29/06/2021
Persediaan awal for our breastfeeding journey
Selalu bersihkan ni**le supaya liang susu terbuka, takde yang tersumbat. Kalau kita perhatikan ni**le kita macam ada ketulan putih di antara liang-liang ni**le tu. So bersihkan ye, buang ketulan tu.
Waktu mandi guna kain lembap untuk cuci bahagian ni**le, bersihkan perlahan-lahan.
Bila dah 7 bulan ke atas, picit-picit sikit bahagian ni**le dan pastikan ada cairan yang keluar. Kalau takde cairan pun takpe, tapi kita start rangsangan dari awal.
Rajin-rajinkan lah diri untuk urut breast dari pangkal bawah ketiak menuju ke ni**le. Urutan ini dapat mambantu membuka saluran susu ibu.
Setkan minda dari awal yang kita nak menyusukan anak kita nanti. Think positive, and yakin kita akan dapat breastfeed sepenuhnya.
Saat paling penting apabila kita dah selamat bersalin nanti. Penting untuk kita terus susukan baby kita, jangan tunggu-tunggu. Walaupun takde susu yang keluar di permulaannya, kita tetap perlu teruskan bagi baby hisap, kerana rangsangan daripada bayi lah yang paling penting untuk pengeluaran susu ibu. Jangan putus asa ye.
Waktu mula-mula baby start breastfeed, ni**le akan pecah. Masa ni memang sakit sangat kat ni**le tu time baby hisap, sampai luka jadinya. Saya menanggung kesakitan ni**le pecah ni selama 2 minggu jugaklah. Demi anak, tahan je, hehe. Rasa puas bila tengok banyak susu keluar, tengok anak kenyang, syukur sangat. Sakit tu belakang kira lah ;)