Seksyen Pertanian Lojing

  • Home
  • Seksyen Pertanian Lojing

Seksyen Pertanian Lojing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Seksyen Pertanian Lojing, Grocers, .

LAWATAN PENGAUDITAN DI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KECIL LOJING 📍 11 – 13 Ogos 2026 | Tanah Tinggi LojingSeksyen Pertanian...
14/08/2026

LAWATAN PENGAUDITAN DI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN KECIL LOJING

📍 11 – 13 Ogos 2026 | Tanah Tinggi Lojing

Seksyen Pertanian Lojing menerima Lawatan dari Jabatan Audit Negara Negeri Kelantan bagi melaksanakan Pengauditan berkenaan Pengurusan projek penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan di Tanah Tinggi Lojing.

Pengauditan memberi fokus kepada aspek pematuhan peraturan, status dan kegunaan tanah, pembangunan ladang serta data pengeluaran tanaman, termasuk projek TKPM dan syarikat/pengusaha tanaman sayur-sayuran disenaraikan dalam skop semakan.

Lawatan ini bukan sekadar proses pengauditan, tetapi menjadi platform penting untuk memperkukuh tadbir urus, pematuhan dan kelestarian pembangunan pertanian di Lojing. Seksyen Pertanian Lojing mengucapkan Jutaan terima kasih kepada Pihak Jabatan Audit Negara dan juga Pejabat Tanah Jajahan Kecil Lojing yang banyak membantu bagi menjayakan proses pngauditan di Jajahan Kecil Lojing.

🌿 Lojing bukan sekadar tanah tinggi yang subur, tetapi merupakan salah satu nadi keterjaminan makanan negara.

Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil LojingJabatan Pertanian Kelantan

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN ...
04/08/2026

LAWATAN KERJA KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN (KPKM) KE TAMAN KEKAL PENGELUARAN MAKANAN (TKPM) DAN PROJEK PERTANIAN DI JAJAHAN KECIL LOJING, KELANTAN

Tarikh : 4 Ogos 2026 | Jajahan Kecil
Lojing, Kelantan

Jajahan Kecil Lojing telah menerima lawatan kerja rasmi YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama YBhg. Dato' Nor Sam binti Alwi, Ketua Pengarah Pertanian Malaysia, bagi meninjau perkembangan projek pertanian serta pelaksanaan pembangunan sektor agromakanan di Jajahan Kecil Lojing.

Ketibaan delegasi telah disambut oleh Encik Md Yani bin Mat Zin, Ketua Jajahan Kecil Lojing, selaku tuan rumah bersama pegawai-pegawai Jabatan Pertanian. Turut hadir mengiringi lawatan ialah Puan Murniwati binti Mohd, Timbalan Pengarah Pertanian (Pengembangan); Puan Nor Hazlini binti Ab. Manan, Timbalan Pengarah Pertanian (Operasi); Encik Mohd Farhan bin Athir, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengembangan Pertanian dan Industri Asas Tani; serta Encik Mawardi bin Mahusin, Pegawai Pertanian Komunikasi.

Lawatan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai pembangunan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lojing sebelum delegasi meneruskan lawatan ke lot peserta TKPM, Pusat Penggredan Tomato serta beberapa projek pertanian komersial di sekitar Jajahan Kecil Lojing.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan KPKM dan Jabatan Pertanian Malaysia dalam memperkukuh pembangunan sektor pertanian, meningkatkan produktiviti serta memastikan agenda keterjaminan makanan negara terus diperkasakan demi kesejahteraan komuniti petani dan pembangunan agromakanan di Jajahan Kecil Lojing.

Jabatan Pertanian MalaysiaJabatan Pertanian KelantanPejabat Tanah Dan Jajahan Kecil LojingJabatan Pertanian Negeri Kelantan,Bahagian Biosrkuriti TumbuhanPtjk Lojing

23/07/2026
Salam Hari Arafah Dan Salam Hari Raya Aidul Adha Dari Kami Seksyen Pertanian Lojing Negeri KelantanPtjk LojingJabatan Pe...
26/05/2026

Salam Hari Arafah Dan Salam Hari Raya Aidul Adha Dari Kami Seksyen Pertanian Lojing Negeri Kelantan
Ptjk Lojing
Jabatan Pertanian Kelantan

13/05/2026
12/05/2026
21/04/2026

Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan: Galakan Tingkatkan Hasil Tempatan
Dalam situasi semasa yang dipengaruhi oleh krisis tenaga global serta peningkatan kos pengeluaran, usaha memperkukuh pengeluaran makanan tempatan menjadi semakin penting.
Sehubungan itu, insentif pengeluaran tanaman makanan sebanyak RM200 bagi setiap tan metrik diperkenalkan sebagai galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Melalui insentif ini, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dalam sistem GeoTanaman, serta memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang masih sah khusus bagi tanaman makanan.
Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai akaun Agrobank yang aktif, kerana pembayaran bantuan akan dibuat melalui kaedah pindahan elektronik (EFT).
Bagi melengkapkan permohonan, beberapa dokumen perlu disediakan, termasuk salinan kad pengenalan atau dokumen pendaftaran syarikat (SSM), salinan sijil pensijilan myGAP atau myOrganic yang masih aktif serta rekod hasil pengeluaran seperti ringkasan pengeluaran, rekod jualan dan invois yang disahkan melalui borang berkaitan.
Maklumat akaun Agrobank yang aktif juga perlu dikemukakan bagi tujuan penyaluran dana.
Proses permohonan bermula dengan penghantaran borang lengkap ke Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.
Permohonan seterusnya akan dinilai dan disahkan sebelum dimajukan ke Jabatan Pertanian Negeri untuk kelulusan.
Setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian, bayaran insentif akan dikreditkan terus ke akaun pemohon melalui akaun Agrobank.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos pengeluaran, malah menggalakkan pengeluaran makanan tempatan secara lebih mampan.
Dalam menghadapi cabaran krisis tenaga global, peningkatan pengeluaran domestik merupakan langkah strategik bagi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi dan stabil.

Borang permohonan : https://t.me/mydoa_hq/2491



Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Tarikh : 06 Mac 2026Hari     : IsninMasa   : 9.00 pagi - 12.00 tgh hariPERBINCANGAN BERSEMUKA BERKENAAN ISU LAMBAKAN HAS...
08/04/2026

Tarikh : 06 Mac 2026
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh hari

PERBINCANGAN BERSEMUKA BERKENAAN ISU LAMBAKAN HASIL SAYURAN DI LOJING, KELANTAN. HADIR BERSAMA AGENSI FAMA NEGERI KELANTAN DAN WAKIL PERTUBUHAN SAYUR BUNGA LOJING.

Jabatan Pertanian Kelantan
Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Murniwati Mohd
Pejabat Pertanian Gua Musang

Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seksyen Pertanian Lojing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Grocery Store?

Share