Al-Quds Mart Kajang

Al-Quds Mart Kajang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Al-Quds Mart Kajang, 127-G Jalan Tenaga 20, Taman Tenaga, Kajang.

LANDMARK : NO.127, TINGKAT BAWAH, JALAN TENAGA 20, TAMAN TENAGA, 43000 KAJANG, SELANGOR

CALL - 01123274493 / 0387337503

* HQ KAJANG*
OPERATION HOURS 5 days work - 9am - 5pm
Closed: Saturday & Sunday

Hi assalamualaikum kepada semua warga kajang.. Kami di Alquds Mart ingin memberitahu bahawa kedai kami telah berpindah d...
27/12/2024

Hi assalamualaikum kepada semua warga kajang.. Kami di Alquds Mart ingin memberitahu bahawa kedai kami telah berpindah di Taman Tenaga, Kajang. Alquds Mart kini tiada lagi kedai serbaneka. Hanya dibuka pada waktu office hour sahaja untuk staff kami packing barang2 online. Alquds Mart mempunyai jualan online di social media iaitu di TIKTOK, SHOPEE dan juga LAZADA. Jika tuan2 dan puan2 ingin membeli produk kami di Alquds Mart, Tuan2 dan Puan2 boleh lihat pada link yang kami berikan. terima kasih dan selamat bershopping...

Shopee link: shopee.com.my/alqudsmart
Tiktok Link: https://vt.tiktok.com/ZS6rSbNjP/?page=TikTokShop
Lazada Link: https://s.lazada.com.my/s.ny6f

UGREEN Flat Cat7 Ethernet Cable RJ45 10Gbps Network Cable U/FTP Lan Cable Cat 7 RJ45 Patch Cord for Router Laptop Cable Ethernet,Black-Flat Version

MADU HABBATUS SAUDA " BLACK SEED HONEY " Madu habbatussauda yang berasal dari bunga yang di hisap oleh lebah yang berasa...
07/08/2024

MADU HABBATUS SAUDA

" BLACK SEED HONEY "
Madu habbatussauda yang berasal dari bunga yang di hisap oleh lebah yang berasal dari tanaman jintan hitam (habbatussauda) yang kemudian lebah mengambil saripati dari putik bunga jintan hitam atau Nigella Sativa. Madu habbatussauda bukanlah madu campuran atau yang lazim disebut sebagai madu oplosan sebagaimana banyak madu yang dijual di pasaran. Madu habbatussauda merupakan madu asli yang berasal dari Nektar bunga habbatussauda.
Madu atau yang dalam bahasa arab ‘Asl. Madu dari jintan hitam atau yang disebut dengan madu habbatussauda juga terkandung dalam ayat suci Al-Quran dalam firman Alloh SWT ” Dari perut lebah itu keluar cairan dengan berbagai warna, di dalamnya terdapat kesembuhan bagi manusia” (QS. An-Nahl: 69).

KHASIAT DAN KELEBIHAN MADU HABBATUS SAUDA

1.Memperkuat sistem kekebalan tubuh dari serangan Virus, Kuman dan Bakteria
Hasil Penelitian Dr. Ahmad Al Qadhy, 1986 dan laporan penelitian lainnya seperti tertera dalam Jurnal Farmasi Pakistan, 1992

2. Mempertahankan tubuh dari serangan kanser / tumour
Hasil penelitian Prof. G Reitmuller, Direktur Institut Immonologi dari University Munich dan laporan terpisah dari penelitian tim Dr. Basil Ali, Universitas King Faisal, Arab Saudi, serta laporan penelitian Immono Biology Laboratory, California, AS. Laporan lain menyebutkan bahwa Habbatussauda dapat menghentikan pertumbuhan sel tumor

3. Meningkatkan fungsi otak dan daya ingatan
Dengan kandungan linoleat (Omega 6) dan linolenat (Omega 3), Habbatussauda merupakan nutrisi bagi sel otak yang berguna untuk meningkatkan daya ingat, kecerdasan, dan relativiti sel otak . Habbatussauda juga memperbaiki mikro (peredaran darah) ke otak dan sangat sesuai diberikan pada anak usia yang membesar

4. Menyembuhkan berbagai jenis penyakit pernafasan Menyembuhkan penyakit bronchial asthma , bronchitis, lelah, batuk kronik dan penyakit pernafasan lain

5. Mengatasi gangguan tidur dan stress Unsur Sapion terdapat pada Habbaussauda mempunyai fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi karbohidrat, protein dan lemak serta memengaruhi fungsi jantung, ginjal, otot tubuh, dan saraf. Sapion berfungsi untuk mempertahankan diri dari gangguan stress, menghilangkan stress, dan melancarkan air susu ibu

6. Sebagai Anti Histamin & Anti Alergi Berdasarkan penelitian Nirmal Chakravaty MD 1993, dan penelitian lain oleh Dr. Med. Peter Schleincher, ahli immonologi dari Universitas Munich. meredakan penyakit eczema , allergic dermatitis

7 .Mengawal Kolestrol dan Kadar GULA dalam darah
megawal penyakit kencing manis dan amat berkesan menghindari komplikasi kencing manis. Seperti suplemen lain,madu habbatus sauda harus diamalkan secara berterusan dalam kehidupan seharian untuk anda mendapatkan kesan yang optimum.

8. Mengawal tekanan darah serta paras kolestrol dalam darah

9. Merawat Saluran Perkumuhan dan pencernaan
Merawat jangkitan pundi kencing, melawaskan perkumuhan , membantu pencernaan

10 . membantu membentuk kulit dan rambut yang cantik

11. memulihkan tenaga dengan segera

12.Membersihkan, membuang segala kotoran dalam darah

13. Membaikpulih dalaman wanita

14.Memelihara kesihatan kaum lelaki serta menambah keharmonian rumahtangga.

15.impotensi, meningkatkan tenaga seksual (untuk lelaki dan wanita) . meningkatkan daya tahan ketika hubungan suami isteri , mengeratkan hubungan suami isteri dan amat berkesan mengatasi masalah ejakulasi pra matang

Manfaat Makan Kekacang, Menstabilkan Gula Dalam Darah & Menjaga Kekuatan Jantung. Kekacang boleh menjadi isu yang agak k...
07/08/2024

Manfaat Makan Kekacang, Menstabilkan Gula Dalam Darah & Menjaga Kekuatan Jantung. Kekacang boleh menjadi isu yang agak kontroversi pada hari ini. Namun, ianya bergantung kepada siapa anda bertanya mengenainya, sama ada ianya berkhasiat atau berbahaya. Terdapat sesetengah orang juga memilih untuk menghapuskan kekacang daripada diet harian mereka secara keseluruhannya. Tetapi, persoalannya adalah patutkah kekacang dielakkan, atau adakah terdapat kelebihan makan kacang dalam diet yang sihat?

Kekacang adalah sumber yang hebat dari beberapa nutrien penting, termasuk pelbagai vitamin dan mineral.

Walaupun profil nutrien yang tepat boleh berbeza-beza untuk jenis kekacang tertentu, namun kebanyakannya umumnya tinggi dalam folat, mangan, besi dan magnesium, bersama-sama dengan pelbagai jenis mikronutrien utama.

Kekacang juga merupakan sumber protein dan serat berasaskan tumbuhan yang hebat, yang mana kedua-duanya penting untuk beberapa aspek kesihatan.

Protein, sebagai contoh, adalah penting untuk fungsi imun, komposisi badan, pembaikan tisu, dan pertumbuhan dan pembangunan yang sihat.

Sementara itu, serat telah ditunjukkan untuk mengurangkan tekanan darah, menurunkan tahap kolesterol, meningkatkan kepekaan insulin, meningkatkan kehilangan berat badan dan banyak lagi.

Rasanya ramai yang mungkin pernah minum air ini namun tidak tahu bahawa sebenarnya terdapat banyak khasiat teh herba bua...
07/08/2024

Rasanya ramai yang mungkin pernah minum air ini namun tidak tahu bahawa sebenarnya terdapat banyak khasiat teh herba buat kesihatan tubuh badan. Berbeza dengan teh biasa yakni teh kuning, teh hijau atau teh hitam yang biasa kita jadikan minuman petang, teh herba ini mungkin adalah jauh lebih baik. Persoalannya, apakah antara jenis teh herba yang dipercayai bagus untuk kesihatan kita semua?

- TEH HERBA CHAMOMILE
Chamomile adalah sejenis herba yang berasal daripada bunga dan biasa diekstrak menjadi minyak atau teh yang boleh disapu pada badan serta diminum. Khasiat teh herba ini dipercayai mampu memberi efek ketenangan dan selalu digunakan oleh individu yang mengalami masalah gangguan tidur atau gangguan mental. Menurut kajian yang dijalankan pada 34 pesakit insomnia, mengambil minuman teh chamomile ini sebanyak 2 kali sehari dikatakan mampu merawatnya. Selain itu, herba chamomile ini juga mempunyai sifat antibakteria, antiviral dan antiradang yang dipercayai mampu melindungi organ hati anda.

- TEH PUDINA
Teh pudina dihasilkan melalui proses pengestrakan daun pudina yang kemudiannya dijadikan sebagai antara minuman herba terkenal di dunia.Ia dipercayai mampu meningkatkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pencernaan ekoran unsur antioksidan yang dimiliki oleh tumbuhan ini. Menurut kajian makmal yang pernah dijalankan, dipercayai teh pudina mampu merelakskan usus serta perut yang mengalami sebarang masalah. Kesannya, minuman ini mungkin mampu merawat masalah seperti ketidakhadaman, senak perut, sakit perut, mual-mual, muntah-muntah serta pedih ulu hati.

- TEH HALIA
Teh halia dihasilkan melalui proses percampuran di antara air teh biasa dengan halia yang kemudiannya akan dijadikan sebagai minuman herba. Ia berperisa agak kuat dan pedas, namun dipercayai mampu menyelesaikan masalah mual-mual dan muntah-muntah yang sering dialami ibu hamil. Menurut kajian yang dijalankan terhadap wanita hamil yang sedang dalam proses awal kehamilan, pengambilan teh halia mampu mengurangkan gejala itu. Dalam pada itu, ia juga dikatakan mampu membantu merawat masalah berkaitan organ perut seperti sakit perut, senak perut serta ulser perut.

“Seringkali kita mendengar pepatah bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. Namun pengertian bagi setiap individu past...
07/08/2024

“Seringkali kita mendengar pepatah bahawa mencegah lebih baik dari mengubati. Namun pengertian bagi setiap individu pasti berbeza. Amat penting untuk kita ambil berat akan apa yang baik dan perlu dielakkan untuk kesihatan” – Hj Firdaus

APAKAH ITU MINYAK ZAITUN?
Minyak zaitun adalah lemak yang diperoleh hasil dari perahan buah zaitun (Olea europaea) yang mana pohon zaitun ini merupakan tanaman tradisional di rantau Mediterranean. Oleh karana khasiat minyak zaitun yang tinggi, ianya banyak digunakan dalam kosmetik, perubatan, memasak, sabun, dan juga digunakan sebagai bahan bakar untuk lampu tradisional.

APA FUNGSI MINYAK ZAITUN NI KEPADA TUBUH?
Dari sudut nutrisi pemakanan, badan kita memerlukan lemak sihat setiap hari. Apa? biar betul? Kan selama ini kita diberitahu untuk kurangkan makanan berminyak. Haa, itulah Hj nak share kat sini. Sebenarnya, dah banyak kajian yang membuktikan bahawa khasiat minyak zaitun banyak memberi kesan positif kepada kesihatan.

Harus kita fahami bahawa lemak yang dimaksudkan adalah bukan dari jenis “trans-fat“. Sebaliknya mestilah majoritinya dari jenis “unsaturated fats” (lemak tidak tepu). Lemak tidak tepu banyak terdapat dalam tumbuh-tumbuhan seperti minyak zaitun.

Istimewanya minyak zaitun adalah kerana mengandungi antioksidan (hidroxytyrosol, dll) yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi sama ada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari. Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.

Manfaat antioksidan bagi tubuh adalah untuk melindungi sel-sel dari kerusakan akibat radikal bebas. Untuk bisa memperole...
07/08/2024

Manfaat antioksidan bagi tubuh adalah untuk melindungi sel-sel dari kerusakan akibat radikal bebas. Untuk bisa memperoleh manfaat tersebut, Anda perlu mengonsumsi beragam sumber makanan yang mengandung antioksidan.

Antioksidan adalah suatu zat yang memiliki peranan penting untuk melindungi sel-sel tubuh dari radikal bebas berlebih. Zat ini bisa didapatkan secara alami pada makanan, seperti buah, sayuran, dan kacang-kacangan, serta dalam bentuk suplemen. Selain itu, antioksidan juga terdapat pada minuman, seperti teh, coklat, dan kopi.

Manfaat Antioksidan dalam Menangkal Radikal Bebas
Radikal bebas adalah zat yang terbentuk secara alami saat terjadi proses metabolisme di dalam tubuh. Selain itu, zat ini juga bisa berasal dari luar tubuh, misalnya polusi udara, asap rokok, pestisida, atau obat-obatan.

Radikal bebas dapat merusak susunan DNA sel, meningkatkan kadar kolesterol jahat di dalam tubuh, menyebabkan peradangan, dan melemahkan daya tahan tubuh. Paparan radikal bebas secara berlebihan dan terus-menerus bisa meningkatkan risiko terjadinya penuaan dini dan beberapa penyakit, seperti penyakit jantung, kanker, dan demensia.

Oleh sebab itu, tubuh memerlukan antioksidan untuk melawan efek dari paparan radikal bebas tersebut. Zat-zat yang memiliki sifat antioksidan adalah flavonoid, polifenol, beta karoten, lutein, likopen, selenium, zinc, antosianin (zat warna pada buah dan sayur), serta vitamin A, C, dan E.

Beberapa penelitian menyebutkan bahwa vitamin D juga diduga memiliki efek antioksidan.

Madu atau honey merupakan sejenis makanan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar daripada ribuan bunga.Madu asli ...
07/08/2024

Madu atau honey merupakan sejenis makanan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar daripada ribuan bunga.

Madu asli datangnya daripada sarang lebah. Ia ditapis secara minimum untuk memastikan kandungannya 100% asli.

Berbeza dengan madu asli, madu yang boleh didapatkan di kedai melalui proses pemanasan yang membuatkannya lebih melekit dan mudah untuk ditapis.

Dianggarkan sekurang-kurangnya terdapat 320 jenis madu di seluruh dunia. Menariknya, ke semua jenis madu ini juga mempunyai bau, warna dan rasa yang berbeza.

Menurut pakar nutrisi, sebalang madu mengandungi gula dan juga campuran asid amino, vitamin, mineral, zat besi, zink dan antioksidan. Ia juga digunakan secara turun temurun untuk merawat batuk dan merawat luka fizikal pada badan disebabkan sifat antiseptiknya.

Khasiat madu untuk kesihatan badan :
1. Menurunkan berat badan. ...
2. Menguatkan sistem imun badan. ...
3. Bagus untuk kulit muka dan badan. ...
4. Menguatkan memori. ...
5. Penawar semula jadi untuk batuk. ...
6. Pemanis semulajadi & sumber tenaga segera. ...
7. Menyihatkan usus, menguatkan otot & sendi. ...
8. Penyembuh luka.

Amalan meminum cuka seakan satu topik kontroversi kerana ada yang mengatakan ianya memberi manfaat dan ada juga sebalikn...
07/08/2024

Amalan meminum cuka seakan satu topik kontroversi kerana ada yang mengatakan ianya memberi manfaat dan ada juga sebaliknya. Di dalam pasaran p**a terdapat pelbagai jenis cuka seperti cuka epal, cuka delima, cuka kurma, cuka tin dan cuka buatan (berwarna jernih). Sewajarnya kita mencari info yang tepat dan sahih bagi memastikan apa yang kita amalkan benar-benar memberi manfaat.

Penggunaan cuka dalam masakan oleh masyarakat kita bukanlah perkara asing terutama dalam membuat acar timun dan masakan lain. Namun amalan meminum cuka mungkin ada yang belum pernah mendengarnya. Selain dari dijadikan bahan dalam menu masakan, cuka juga boleh diminum tetapi haruslah cuka yang semulajadi bukan dari bahan kimia dan mestilah dibancuh air sebelum diminum.

Terdapat juga hadis yang mengaitkan tentang amalan cuka. Diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah;

Ertinya: Bahawa Nabi Muhammad SAW bertanyakan ahli keluarganya tentang hidangan lauk, lalu mereka menjawab, “Kita tidak mempunyai apa-apa pun melainkan cuka. Baginda meminta cuka dibawa, memakannya sambil bersabda, ‘Sebaik-baik hidangan ialah cuka. Sebaik-baik hidangan ialah cuka”

Antara khasiat cuka kepada kesihatan seperti yang diterangkan menerusi kitab Al – Quranfit Tibb (Ibnu Sina) & At-thib An Nabawi (ibnu qoiyyim) adalah:

Membantu masalah rahim
Membantu merendahkan kadar gula dalam darah
Membantu membuang darah kotor
Membantu menurunkan tahap kolestrol jahat (LDL)
Melancarkan pergerakan usus
Melancarkan pengaliran darah
Membantu masalah kerongkong,kahak & batuk yang berpanjangan
Memelihara & mencantikkan kulit
Mengimbang asid alkali dalam badan & mengeluarkan lebihan garam
Membersihkan hempedu dari lemak
Melancarkan pengeluaran susu ibu
Mencegah keracunan dari ubat yang pelbagai
Cuka dihasilkan melalui dua proses ringkas iaitu pembentukan alkohol (etanol) kemudian ditukar kepada asid asetik. Cuka semulajadi bermula daripada perapan buah manakala cuka buatan menggunakan bahan dari penyulingan bahan kimia.

Cuka dikatakan mampu memberi kesan baik kepada kesihatan yang apabila digunakan degan betul kerana ia mengandungi pelbagai jenis polifenol, mikronutrien dan sebatian bioaktif lain yang menyumbang kepada kesan farmakologi.

Apa itu Faedah Kesihatan Minyak Zaitun Al-Aqsa????Kekayaan minyak zaitun berasal daripada nutrien dalam komponennya memp...
07/08/2024

Apa itu Faedah Kesihatan Minyak Zaitun Al-Aqsa????

Kekayaan minyak zaitun berasal daripada nutrien dalam komponennya mempunyai asid foleik, fenol, tokoferol, pigmen, fosfat, karbohidrat, komponen aromatik dan gliserol.

Kajian terbaru telah membuktikan kualiti meningkatkan kesihatan menggunakan minyak zaitun dalam diet biasa seseorang kerana sebahagian daripada sifat antioksidannya. Menelan minyak zaitun boleh memberi kesan positif kerana ia merendahkan kolesterol LDL yang tidak baik sambil mengekalkan kolesterol HDL yang baik dan ia adalah sumber Vitamin E yang baik. Kerana fakta ini, minyak zaitun telah menikmati kebangkitan semula dalam penggunaan sebagai tambahan kepada makanan dan badan umum dan penjagaan kulit, dengan itu menikmati peningkatan dramatik dalam penggunaan dan permintaan.

Address

127-G Jalan Tenaga 20, Taman Tenaga
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 09:30 - 22:00
Tuesday 09:30 - 22:00
Wednesday 09:30 - 22:00
Thursday 09:30 - 22:00
Friday 09:30 - 22:00
Saturday 09:30 - 22:00
Sunday 09:30 - 22:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al-Quds Mart Kajang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share