24/08/2020
8 KHASIAT MINYAK ZAITUN
1.Melindungi Jantung
- Minyak zaitun asli dapat membantu menyongsangkan keradangan ini serta penyakit yang berkaitan dengan perubahan jantung dan salur darah sebagaimana menurut kajian pada tahun 2009 yang telah diterbitkan dalam the Journal of Cardiovascular Pharmacology.
Kajian tersebut menunjukkan bahawa minyak zaitun dapat membantu merendahkan hipertensi disebabkan oleh kandungan asid nitriknya yang lebih mudah terurai dan akhirnya menjadikan arteri lebih bersih dan tidak tersumbat.
2.Membantu Melawan Kanser
- Minyak Zaitun mengandungi akteoside, hidroksitirosol, tirosol dan asid fenil propionik (acteosides, hydroxytyrosol, tyrosol and phenyl propionic acids).
Kedua-dua buah dan minyak zaitun mengandungi bahan lain yang bersifat anti-kanser seperti skualena dan terpenoid (squalene and terpenoids) begitu juga asid oleik.
3.Membantu Menurunkan Berat Badan dan Mencegah Obesiti
- Banyak makan lemak yang sihat merupakan kunci kepada pengawalan insulin yang berlebihan yang merupakan sejenis hormon yang mengawal kandungan gula dalam darah.
Ia menjadikan kita dapat mengurangkan berat badan walaupun kita telah mengurangkan pengambilan kalori dan bersenam.
4.Menyokong Kesihatan Otak
- Minyak zaitun dikenali sebagai makanan untuk otak yang membantu meningkatkan tumpuan dan ingatan.
5.Melawan Masalah Mood dan Tekanan
- Dalam kajian pada tahun 2011 di mana telah dijalankan oleh the University of Las Palmas di Sepanyol telah mendapati bahawa lemak monotaktepu dan politaktepu menunjukkan kaitan songsang kepada risiko tekanan.
Dalam masa yang sama, pengambilan lemak trans dan risiko tekanan p**a memiliki kaitan yang bersifat sejajar. Ia menunjukkan bahawa pengambilan lemak trans yang tinggi dan lemak politaktepu serta monotaktepu yang rendah dapat membantu menangani masalah mood dan merawat tekanan.
6.Bagus untuk Meningkatkan Kesihatan Kulit
- Diet yang tinggi dengan sumber-sumber lemak boleh membantu menangani kesan berbahaya pada kulit kita daripada pendedahan terhadap bahan-bahan toksik, radikal bebas, sinaran UV berbahaya dan alahan terhadap makanan.
7.Mencegah atau Merawat Diebetis
- Pengambilan minyak zaitun juga merupakan satu cara yang terbaik untuk rasa lebih kenyang selepas makan yang mana membantu anda mengelakkan diri daripada mula ketagih kepada gula dan terlebih makan sehingga membawa kepada komplikasi diabtes.
8.Membantu Menyeimbangkan Hormon
- Apabila anda cuba untuk menyeimbangkan hormon dan mengurangkan simptom yang berkaitan dengan PMS, ketidaksuburan atau menopause, adalah penting untuk diet anda memiliki nutiren yang banyak serta lemak yang sihat.