12/11/2022
POKOK UBI KAYU
Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi
Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahupun luar.
Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia .
Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.
Untuk rawatan dari dalam, gunakan 100 gram batang Ubi Kayu, serai , garam, halia 15 gram. Semua bahan tersebut direbus dengan 1000 ml air hingga menjadi 400 ml.
Ditapis dn minum sebanyak 200 ml sekali dalam sehari.
Lakukan selama dua hari.
Manfaat Ubi Kayu untuk Demam.
Rebus 60 gram batang Ubi Kayu dan 300 gram daun Ubi Kayu dengan 800 ml air.
Biarkan rebusan menyusut hingga 400 ml, ditapis dan minum.
Untuk hasil maksima, minumlah dua kali sehari.
Khasiat Ubi Kayu untuk Luka.
Ubi Kayu juga boleh digunakan untuk mengubati luka yang telah memasuki tahap jangkitan.
Caranya: Tumbuk batang Ubi Kayu yang masih segar, lalu letak di kawasan yang luka .
Boleh juga dibalut lagi dengan pembalut.
Untuk luka yang disebabkan oleh benda panas.
Ubi Kayu boleh diparut dan diperah.
Kemudian sapu di kawasan luka .
Lakukan hingga luka kering.
Manfaat Ubi Kayu untuk Sakit Cirit-Birit.
Untuk mengubati cirit-birit atau sakit perut , cuba gunakan daun Ubi Kayu.
Caranya dengan merebus tujuh helai daun Ubi Kayu dengan 800 ml air dan biarkan hingga menyusut 400 ml dan ditapis dan diminum.
Khasiat Ubi Kayu untuk Sakit Kepala.
Minum ubat sakit kepala terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan.
Oleh kerana itu, sebaiknya cuba cara alami dengan menumbuk daun Ubi Kayu hingga halus.
Lalu menaruhnya di atas kepala untuk penyembuhan
Manfaat Ubi Kayu untuk Penyakit Gout.
Beruntung bagi mereka yang gemar menikmati daun Ubi Kayu, kerana akan terhindar dari penyakit ini.
Namun, bagi yang sudah terkena penyakit gout, harus mengambil 200 gram daun Ubi Kayu rebus seperti sayur-sayuran segar.
Khasiat Ubi Kayu untuk Meningkatkan Stamina.
Untuk meningkatkan stamina, campurkan 100 gram Ubi Kayu, 5 butir kurma China dan air. Untuk mengelakkan rasa pahit, tambah sedikit madu.
Khasiat Ubi Kayu untuk Penyakit Radang Sendi.
Untuk mengubati Radang Sendi (Rheumatoid Arthritis = suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain) rawatan dengan Ubi Kayu boleh dari dalam mahu pun luar.
Pada pemakaian luar, gunakan daun Ubi Kayu lima helai ditambah 15 gram halia .
Lalu ditumbuk dan sapukan pada tubuh.
Ubi kayu mampu mengubati pendarahan
รaunnya yang muda (pucuk) amat popular sebagai sayuran.
Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai serat pemakanan yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, risiko penyakit kardiovaskular, mengurangkan kadar kanser usus serta membantu mencegah penyakit kencing manis dan penyakit jantung.
Ubi kayu bebas daripada gluten maka sangat sesuai bagi orang yang mengidap penyakit celiac, sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil dan gangguan penyerapan nutrien daripada makanan.
Makan ubi kayu merupakan altenatif bagi orang yang alah kepada makanan dari tepung gandum yang mengandungi banyak gluten.
PETUA
Kepada anda yang nak menanam ubi kayu supaya isinya lebih banyak dan berkualiti tinggi, gunakan petua ini.
Tidak perlu keluar modal sesen pun, cuma guna sedikit tenaga, hasilnya 2 hingga 3 kali ganda akan diperolehi.
Pertama : Ambil batang ubi kayu, potong-potong dan simpan di tempat sejuk 1 hingga 2 hari sehingga getahnya hilang.
Kedua : Belah dua atau empat bahagian bawah batang ubi yang telah dipotong untuk dijadikan benih tanaman tadi.
Bukakan belahan, sekang dengan batu kecil atau apa-apa bahan supaya kelihatan terkangkang sedikit bahagian belahan tadi.
Ketiga : Tanamlah batang ubi kayu tadi di atas batas atau lubang tanaman yang telah digembur tanahnya.
Penjagaannya : Jangan biarkan batang ubi kayu yang baru tumbuh lebih daripada satu batang pokok.
Jika lebih, hendaklah dicantas atau dibuang. Biarkan hanya satu batang induk pokok ubi kayu yang tumbuh membesar.
Selepas 8 bulan anda cabut ubi kayu tadi dan lihatlah hasilnya.
Pasti isi ubi kayu akan lebih banyak, besar dan padat.
Jika anda yakin boleh mencuba.
Kalau tidak yakin lupakan sahaja.
Sekian.
MALAS NAK TANAM, LAMBAT MAKAN HASIL..Boleh je beli terus dengan Abang Dien:-
www.wasap.my/60169248670
Fb Ana Mahabu