Dapur Cikgu Donut

Dapur Cikgu Donut Sebagai sumber rujukan untuk diri sendiri dan rakan-rakan..

13/03/2025

RESEPI BISKUT SAMPERIT PANJANG

BAHAN-BAHAN :

2 cawan tpg kastad
1 cawan tpg jagong
1 cwn tpg gndum
2 sudu bsr tpg beras
1 cwn gula aising
1 ketul butter
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telor.

CARA MEMBUATNYA :

Ayak semua tpg.
Satukn butter, gula dan esen vanilla. Kacau dgn senduk kayu manja2 je.
Masokkn tpg sikit2. Uli sebati.

Kalau lembut sangat tambah tpg jagong sikit. Tekan atas dulang pembakar.

Bakar suhu 160.dlm 30 minit.

Ikut oven masing2 ye.

Sejukkn dulu baru tanggalkn dr dulang. Kalau panas2 nti biskut patah.

Fungsi tepung beras selain meranggupkn biskut, boleh mengelakkn biskut dr cpt patah.

Cuba ye biskut legend yg tak pernah jemu di makan.

Juga mengamit kenangan masa kita kecik2 dulu๐Ÿ˜

Kredit : Sarimah Kadiron

SELAMAT MENCUBA ๐Ÿ‘

10/03/2025

RESEP KEK BELACAN SARAWAK

Sumber Resipi: Seni Patisserie
Rebake By : Julaili's Kitchen

BAHAN :
450g pure butter (saya guna Golden Churn)
10 biji telur gred A
1 cawan gula halus
300g susu pekat manis
1 tin kecil seri kaya (180g)
100g dairy whipping cream/ Nestle cream
200g horlicks
100g milo
2 cawan tepung gandum
1 botol kecil (140g) browning sugar (gula hitam)
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil esen vanila

CARA PEMBUATAN :
1. Pukul butter dengan gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu.
3. Masukkan kaya, susu, vanilla essence & whipping cream. Pukul hingga sebati.
4. Masukkan horlicks, milo & serbuk koko.
5. Masukkan tepung sikit demi sedikit.
6. Masukkan browning sugar. Gaul hingga sebati.
7. Sediakan loyang 8" x 8". Oleskan butter pada loyang. Saya guna Canola Spray. Masukkan adunan ke dalam loyang & tutup loyang dengan aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 6 jam. Selepas 6 jam, tutup api & biarkan kek di dalam pengukus selama 30 minit. Kemudian bila kek dah sejuk barulah potong & balut dengan cling wrap.

Note :
Percubaan kali kedua buat kek belacan sarawak. Kali ni saya tambah 100g milo & kukus selama 6 jam. Rasa kek ni lagi bertambah sedap & moist ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜Š Berbaloi tunggu 6 jam ๐Ÿ˜…

Selamat Mencoba ๐Ÿ˜Š

Kredit empunya resepi.

05/03/2025

....................
Resepi Biskut Makmur Susu Sukatan Cawan Sedap Cair Di Mulut๐Ÿ˜‹

Bahan2:

Bahan Doh Biskut Makmur Gebu:
4 Cawan Tepung Gandum disangai hingga naik bau
1/2 Cawan Gula castor
1/4 Cawan susu tepung tak kisah brand apa
3 Sudu besar buttercup / minyak sapi. Cairkan dulu & tunggu sejuk
Minyak jagung secukupnya

Bahan Inti Biskut Makmur:

500 gm kacang tanah sangai tanpa minyak, buang kulit, kisar @ ditumbuk
Minyak jagung secukupnya

Cara2:

Cara Buat Biskut Makmur Gebu Cair Di Mulut:

Sangai tepung gandum di atas kuali. Sangai tanpa minyak, hingga naik bau.
Campurkan tepung gandum tu bersama gula castor, butter/minyak sapi yang dah dicairkan (pastikan butter/minyak sapi dah sejuk lepas dicairkan), susu tepung. Gaul rata.
Masukkan sikit2 minyak jagung ke dalam adunan. Masukkan secukupnya hingga tepung adunan tu boleh digentel dengan cantik. Kalau nak biskut tu jadi gebu, pastikan doh tidak berderai masa digentel.
Untuk inti biskut makmur, sangai kacang tanah tanpa minyak.
Buang kulitnya dan kisar kacang tu. Terpulang nak kisar halus mahupun kasar. Nak tumbuk pun boleh. Tambahkan gula secukup rasa.
Campurkan dengan sedikit minyak jagung @ mazola ke dalam kacang yang dah dikisar tadi. Tujuannya supaya doh tak berderai masa gentel nanti.
Bakar dengan suhu 150หš selama 20 minit.
Dah siap bakar biarkan suam sikit biskut makmur tu.
Golekkan biskut makmur ke dalam gula icing.
Boleh susun dalam balang bila biskut dah sejuk. Masukkan dalam balang yang kedap udara.

Kredit : Nora Afida

05/03/2025
02/03/2025

Selalu orang buat kek batik guna biskut Marie kan. Tapi ternyata guna biskut cream crackers hup seng lagi sedap, nak buat pun senang nak susun petak petak kalau biskut Marie kena pecahkan atau lenyek nak bagi mampat ๐Ÿ˜‚

RESEPI KEK BATIK CREAM CRACKER

- Cairkan 1/2 butter dlm kuali, api kecil je.
- Setelah cair, tutup api.
- Masukkan 1/2 tin susu pekat & 1 cawan milo. Nak lagi sedap letak โžก๏ธ https://tekan.la/bahan-wajib-menjadi (instant boleh). Then kacau sampai tak berketul.
- Lepas dah siap masukkan sikit adunan ke
dalam loyang/bekas dan ratakan menutupi
dasar loyang/bekas. Saya guna tupperware petak senang nak susun.
- Then susun 1st layer biskut dalam bekas, curahkan adunan & ratakan then susun biskut lagi. Ulang step ni sampai penuh bekas.
- Lastly permukaan atas, tuang lebihan adunan setebal sekeping biskut hupseng dan tabur dengan serbuk milo.

Dah boleh letak dalam peti ais๏ฟผ 2-3 jam. Then makan!

Empunya Resepi




Address

GSH
Seremban
70300

Telephone

+60172807137

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur Cikgu Donut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category