Tom Tom Bak

Tom Tom Bak Menjual makanan bayi seawal usia 6 bulan. Tiada gula, garam, pengawet, perasa, pewarna dan pemanis t Mudah disediakan.

Makanan bayi tanpa gula, garam, bahan pengawet dan perasa serta pewarna. Hanya perlu tambah air panas mengikut kelikatan yang diperlukan. Memudahkan kerja ibu-ibu yang sibuk menguruskan keluarga. Ia jugak mudah untuk dibawa ke taska / pengasuh atau berjalan-jalan. Boleh digunakan seawal 6 bulan sehingga 2 tahun atau lebih mengikut keperluan. Menawarkan khidmat nasihat berkaitan pemakanan bayi.

30/11/2021

Makanan sihat bukan hanya penting untuk anak2 kecil.tapi yg dewasa ni pun penting jugak.

Xde kena mengena dengan video.

Ni anak2 istimewa buat kerja🥰🥰

Mak anak kecik.Jom
14/10/2021

Mak anak kecik.

Jom

"Anak nak minum susu sahaja, tidak mahu makan" ❌
"Hari-hari makan lauk sama" ❌
"Anak tak mahu cuba makanan baru" ❌

Antara kes yang saya kerap jumpa tak kiralah di kalangan anak tipikal atau anak keperluan khas seperti cerebral palsy, autism, ADHD dan lain-lain. Setiap kali waktu makan, setiap kali itulah hati mak ayah tak tenang.

Jika ada mak ayah yang mempunyai anak cerewet makan, jom sertai Webinar “Anak Cerewet Makan? Apa solusinya”.

Tarikh : 20 Oktober 2021 (Rabu)
Masa : 10 am – 1 pm
Platform : Zoom Meeting

Webinar ini menampilkan para panelis yang terdiri daripada pelbagai bidang untuk mengupas secara terperinci isu mengenai anak cerewet makan. Kalian boleh belajar cara mengatasi dan membantu anak cerewet makan dari perspektif terapis cara kerja, ahli dietetik dan psikologis klinikal.

Para peserta juga berpeluang untuk berinteraksi secara langsung dengan panelis sekiranya mempunyai persoalan yang ingin diajukan. Rakaman video turut diberikan selepas program tamat.

Daftar segera kerana tempat terhad. ⏰

*Maklumat lanjut di pautan berikut:
https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdfhwWWmlDnHEgYWR-shIEg3eat-5-6zYFFQN2fV3YhIgWTMQ/viewform?usp=pp_url

Me time Bila ada anak2 ni.Hari tu g Mandi sungai.Duduk di chalet konon nak rest.Xda maknanya rest kalau asyik anak terje...
13/10/2021

Me time Bila ada anak2 ni.

Hari tu g Mandi sungai.
Duduk di chalet konon nak rest.
Xda maknanya rest kalau asyik anak terjerit2.

Ala lala.....

Perut jaga.
Mental kena jaga jugak.

Org yg Saya suggest untuk Bab parenting.

Tip Parenting
( Check Out Sebentar )

Bila anda ‘check in’ – masuk ruang keibubapaan,
menghadap anak sahaja banyak jam, non stop dan tanpa rehat,
anda akan sampai ke tahap ‘overwhelmed’,
rasa macam dah penuh sangat dan boleh ‘meletup’.

Tanda ‘overwhelmed’ tu bila anda mula respon negatif kepada anak,
respon dan gaya sporting mak mithali dah tak ada,
asyik muncul letusan api kecil-kecil aja.

Sebab tu penting untuk ‘check out’,
keluar sebentar dari ruang keibubapaan,
yang anak bergantung sepenuhnya kepada anda sahaja.

Antara yang boleh dilakukan walau 1 minit : check out, di dalam rumah ialah :-

Mandi bersihkan diri

Solat sunat

Minum air kegemaran

Membaca bahan positif barang sebentar

Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang:
Aku positif, aku mama yang tenang, aku sayang anak-anak aku, aku sayang diri aku, aku comel, aku manis.

Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum).

Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph)

Ini semua sebenarnya adalah 'Self Care' namanya.

Sayang diri, pujuk diri, 'treat' diri.
Yang mudah aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat.

Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri.

CARE,
Maznah Ibrahim

*Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di

t.mazn.me/chan

Parenting. Jom belajar.
07/10/2021

Parenting. Jom belajar.

Mendengar perkataan yang kurang enak yang dilontarkan ibu bapa kepada anak-anak kecilnya,
Belum lagi campur dengan nada tinggi, berbaur ancaman, jeritan pekikan,
tidak dapat dibayangkan bagaimana anak-anak ini
membesar, bertumbuh.....secara sihat dalamannya....

Fizikal mereka tumbuh membesar,
dalaman, mungkin emosi tertentu semakin membesar (marah, keliru, marah, takut, rasa bersalah)
dan pastinya keyakinan diri sebenarnya semakin mengecil,
dan itulah yang menjadikan mereka seorang yang semakin keras dalamannya (atau luarannya), dan kurang empatinya mereka.

Aduh, marilah kita berusaha menutup mulut dan urus emosi kita ya.

🌈Sabar dan kuatkan kesabaran,
💝Hamburkan rasa-rasa tak enak itu kepada saluran lain yang lebih selamat seperti membasuh, mencuci, bersenam dsb....
💐 Bajai lah mereka dengan secukupnya layanan baik, menyantuni mereka sebaiknya (VIP dipinjamkan oleh Allah kepada kita), kata-kata doa yang yakin kepada kemampuan mereka bertingkahlaku baik seperti kita dambakan....

Moga anak kita tumbuh di taman syurga rumah kita yang baik persekitarannya, insyaAllah.

Care,
Maznah Ibrahim.

T.mazn.me/chan

Https://ebook.hypnoscript.cc

Kenapa buat mcm tu?????AtauBuat apa tu?????Jom tido😁😁😁😅
05/10/2021

Kenapa buat mcm tu?????

Atau

Buat apa tu?????

Jom tido😁😁😁😅

KENAPA, KENAPA, KENAPA...?

Kenapa ambil tepung mama ni?
Kenapa tepuk adik baby?
Kenapa sepah mainan lagi ni?
Kenapa tak pakai seluar lagi ni?
Kenapa tak faham-faham Papa dah ajar banyak kali ni?

Kita tukar, kepada APA.

Ramai dah mencuba kata kunci 'APA' berbanding 'KENAPA' untuk situasi anak buat silap, sesuatu kurang kena dan seangkatan dengannya....

Dan mendapati .... memang magik!!!

sebab anak menjawab sesuatu yang kita tak pernah terfikir pun!!!

Oh!

Namun untuk situasi meneroka dan menggalak berfikir (suasana positif pembelajaran yang emosi kita pun baik-baik aja),

tidak mengapa tanya 'kenapa awan warna gelap?' dan sebagainya,

namun, TIDAK sekali-kali untuk situasi biasa harian yang melibatkan kesalahan anak atau kita ternampak sesuatu tak kena pada mata kita.

ELAKKAN lah tanya KENAPA adik buat macam ni, macam tu, gitu gini semua, KENAPA sepah mainan, KENAPA pukul adik baby so on....

Just tanya frasa magik ini: APA yang adik buat ni........

Oh sangat comel jawapan mereka tau.

*kondisi anak mampu menjelaskan makna perbuatan mereka :)

CARE,
Maznah Ibrahim.

p/s: banyak lagi 'keyword' penting/utama dan tepat untuk kita gunakan, ada dalam: https://ebook.hypnoscript.cc

T.mazn.me/chan

Pagi pagi ni apakata cuba turbocharge otak. Masukkan 3 sudu greek yogurt, satu sudu madu dan 10 biji blueberry. Tambah p...
29/09/2021

Pagi pagi ni apakata cuba turbocharge otak. Masukkan 3 sudu greek yogurt, satu sudu madu dan 10 biji blueberry.
Tambah p**a dengan sebiji pisang untuk tingkatkan hormon serotonin.
Kalau nak naikkan metabolisme tubuh bolehlah cuba greek yogurt plain. Dalam GY ni ada probiotik. Penting untuk otak kedua manusia iaitu usus.
Selain probiotik GY kaya dengan kalsium, protein, iodine dan Vitamin B12.
Yang ramai akan s**a ialah bab kenyang. Kajian sebut ambil GY sebabkan kita rasa kenyang lebih lama. Kurangkah sikit tendency nak makan dan berkudap.
Kajian tahun 2016 dalam jurnal Nutritional Neuroscience oun menarik. Kajian sebut mereka yang ambil 100g GY yang ada probiotik sehari dapat:
1. Redakan stres
2. Kurang depression
3. Turunkan anxiety
Madu p**a kaya dengan anti oksida seperti flavonoids. Dalam jurnal Agricultural & Food Chemistry tahun 2003 p**a sebut nilai anti oksida akan naik dalam darah.
Anti oksida ini p**a dikaitkan dengan turunnya risiko serangan jantung, strok dan beberapa jenis kanser.
Yang ada tekanan darah tinggi mesti s**a ambil madu. Sebab dikaitkan dengan turunnya tekanan darah tinggi.
Ini kajian dari USM tahun 2012 yang ada dalam jurnal Oxidative Medicine and Cellular Longevity.
Bolehlah cuba.
Kredit


Jom try Kat anak p**ak. Anak saya s**a GY dgn madu ni.
Letak buah lagi laju.

Makan, makan jugak.Kata2 pun boleh dianggap sebagai "makanan" anak jugak.Apa yg dia "makan". Itulah yg akan jadi darah d...
26/09/2021

Makan, makan jugak.

Kata2 pun boleh dianggap sebagai "makanan" anak jugak.

Apa yg dia "makan". Itulah yg akan jadi darah daging dia.

Kalau perasan terbanding anak. Bawa2 la bertenang.😅😅

Satu Hari. Si anak Dan ana jiran. Bercerita. Membandingkan mak2 mereka.
😅😅 Umi yg dengar pun nak geli hati.

Topik nya. "Mak siapa paling garang, s**a marah"

Kita Bimbang Ayat Kita Akan Menjadi Toksik, Apabila Kita Ter'Banding'kan Anak Kita dengan Adik Beradik Dia:

Tukarlah ya.

Dulu:

"Tengok adik tu, pandai dah dia masuk cawan ke sinki, abang tu selalu sepahkan cawan minuman ...." (bebel dan banding)

(sesuatu yang abang tak buat dengan bagus (kita mahu abang buat) dan adik p**a memang diperhatikan boleh buat dengan baik p**a, sebab ekspektasi kita, bila dah diajar perlulah boleh buat dengan baik, kan.

Kita niat nak gerakkan abang lah, maka sengaja bandingkan atau ter sebut adik sebab itu depan mata.

Maka kita mula berfikir ayat bagaimana sebaiknya? Ini pilihan lebih baik.

Tukar kepada:

"Wah adik terus letak cawan dalam sinki, baguslah macam ni, mudahkan Mama kan"

(puji tingkahlaku anak yang buat betul, di hadapan orang lain, perlu segera bukan tangguh, dan secara tak langsung yang tak buat: si abang, akan terdorong juga nanti).
Boleh?

Situasi 2, dengan kanak-kanak lain bukan adik-beradiknya yang sama usia, seperti anak kawan kita, atau jiran, atau kawan si anak.

"Anak kawan Mama tu umur macam abang juga dah 9 tahun tapi solat dia elok sangat tak main-main macam abang" (Banding tingkahlaku sama dengan kanak-kanak lain sama usia).

Ni memang menghiris hati, sebab anak orang tu kita tak tahu experience dan latihan dia di rumah orang, kan, ibu ayah nya bagaimana,

Taknak nanti secara tak langsung anak juga akan banding mak dia dengan mak lain p**a nanti:

"Mak dia cakap elok-elok aja tak pernah jerit jerit, Mama saya p**a selalu marah-marah (contohnya)".

Maka bagaimana?

Boleh tukar kepada, mungkin:

"Abang, solat aja elok-elok, malaikat catat, Allah nampak, tahun depan dah nak 10 tahun, perlu lebih baik ok".

Kita ingatkan diri, niat yang baik, disusuli perkataan yan gbaik.
Buat ya.

Care,
Maznah Ibrahim.

Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di :

T.mazn.me/chan

Mari dapatkan Ebook hypnoscript untuk perkataan yang lebih baik:

https://hypnoscript.cc

Address

Sungai Petani

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tom Tom Bak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tom Tom Bak:

Share