Persatuan Penjaja Lestari Pasar Tuaran

Persatuan Penjaja Lestari Pasar Tuaran Persatuan ini bertujuan untuk menyatukan penjaja Pasar Tuaran untuk mewujudkan sebuah pasar yang selamat, bersih, selesa dan gemar dikunjungi ramai.

πŸ‘₯ **Kepimpinan untuk Masa Depan Pasar Tuaran** 🌱Hari ini, 13 Oktober 2025, merupakan satu hari yang sangat bermakna bagi...
13/10/2025

πŸ‘₯ **Kepimpinan untuk Masa Depan Pasar Tuaran** 🌱
Hari ini, 13 Oktober 2025, merupakan satu hari yang sangat bermakna bagi kami di **Persatuan Penjaja Lestari Pasar Tuaran (PPLPT)**.

Bersama dengan **Zero Waste Sabah**, kami telah menyertai **Kursus Kepimpinan** yang membuka mata dan hati kami tentang peranan sebenar seorang pemimpin. Kami belajar bahawa menjadi pemimpin bukan sekadar memberi arahan, tetapi hadir untuk melayani, membimbing dan membawa perubahan positif kepada komuniti. πŸ’‘πŸ’š

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
πŸ™ **Yayasan Hasanah** & **Kementerian Kewangan Malaysia** atas sokongan yang memungkinkan kursus ini dilaksanakan.
πŸ™ **Horng Saw** yang sudi berkongsi ilmu dan memberi inspirasi kepada kami semua.

Kami percaya bahawa kursus ini adalah langkah penting untuk memperkukuhkan kepimpinan dalam kalangan penjaja, dan kami bertekad untuk memimpin dengan lebih amanah, bertanggungjawab dan memacu Pasar Tuaran ke arah yang lebih lestari. 🌿

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Mari kita terus maju bersama!

Pada 27  Ogos 2025, PPLPT telah dijemput untuk terlibat dalam Town Hall 1: Perangkaan Bersama Dasar Pengurangan Plastik ...
06/10/2025

Pada 27 Ogos 2025, PPLPT telah dijemput untuk terlibat dalam Town Hall 1: Perangkaan Bersama Dasar Pengurangan Plastik di Tuaran.

8 orang ahli kami telah bertungkus-lumus untuk menyiapkan reruai pameran bertema kelestarian dan berjualan tanpa plastik sekali guna.

Terima kasih kepada mereka yang telah datang untuk membeli.

08/07/2025

PPLPT bersama Zero Waste Sabah dalam usaha Projek Pengurangan Plastik Tuaran. Sebanyak 13 orang penjaja telah mengikuti mesyuarat untuk membincangkan Sesi Town Hall 1 yang bakal diadakan pada hujung bulan depan, atas kerjasama dgn Pejabat Daerah Tuaran.

PPLPT telah dijemput untuk membuat pameran pada hari tersebut dan kami tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada semua usaha memerangi pencemaran plastik di Tuaran kita.

Video credit: Anis Imbug

Address

Pasar Tuaran, Pekan Tuaran
Tuaran
89208

Telephone

+601131322721

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Penjaja Lestari Pasar Tuaran posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share