Raja Madu Kelulut

  • Home
  • Raja Madu Kelulut

Raja Madu Kelulut madu kelulut

Mari pkt2 minum kopi ramo blako...sedap n berkhasiat...
16/04/2023

Mari pkt2 minum kopi ramo blako...sedap n berkhasiat...

KOPI RERAMA ALMANNA STEVIA Kesan seawal 3 hari. Amalkan selama 3 hari berturut-turut anda pasti akan merasai perubahannya. Ramai pelanggan lama kami cakap kopi rerama ni sangat-sangat terbaik lain dari yang lain. Fungsi KOPI RERAMA ALMANNA STEVIA sesuai utk membantu merawat pesakit : 🔴Sle 🔴Dia...

23/07/2021

test

HABITATLebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut seti...
16/07/2021

HABITAT
Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau sarang burung kakak tua. Spesis lain p**a tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.

Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).

Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.

Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.

Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis p**a bercampuran

Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu) dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron. Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haploid),.Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makan jeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan. Namun demikian, terdapat juga komponen genetik sehingga 25% (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu. Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati.

Lebah kelulut atau kelulut sahaja ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarka...
16/07/2021

Lebah kelulut atau kelulut sahaja ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis.

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Raja Madu Kelulut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Grocery Store?

Share