Koperasi Kariah Masjid Sharifah Fatimah Jitra Bhd

Koperasi Kariah Masjid Sharifah Fatimah Jitra Bhd Membekalkan pelbagai barangan runcit dan keperluan harian, insurans kenderaan

22/08/2026

Mari kenali isteri-isteri Rasulullah ﷺ serta keistimewaan mereka. Mereka ialah Ummahatul Mukminin, ibu-ibu orang beriman yang wajib kita muliakan.

Semoga perkongsian ringkas ini membantu kita mengenali keluarga Rasulullah ﷺ dengan lebih dekat.

22/08/2026
Terima kasih semua..Jangan lupa pakat support JUALAN Koop kita. JUALAN Daging Segar msf..Setiap hari Sabtu (tertakluk pe...
22/08/2026

Terima kasih semua..
Jangan lupa pakat support JUALAN Koop kita.
JUALAN Daging Segar msf..
Setiap hari Sabtu (tertakluk perubahan)





22/08/2026
assalamualaikumsalam maulidur Rasul 1448H .▶️Jom kita p melawat masjid Al Hasanah,Masjid Senyadan, Neg9 & USIM. 🌟🌟🌟🚌🚎.▶️...
22/08/2026

assalamualaikum
salam maulidur Rasul 1448H .

▶️Jom kita p melawat masjid Al Hasanah,Masjid Senyadan, Neg9 & USIM. 🌟🌟🌟🚌🚎.

▶️Aacara shopping di Nilai n KL mesti ada🫰😊🚌🚎

▶️Aturcara 📝
spt dalam poster di atas✅

🌟🌟JOM KITA JALAN2 SAMBIL MENIMBA ILMU DAN BEREHAT MINDA...🌟🌟.👆🤲🙋🏻🙋‍♀️

▶️Lawatan ini anjuran Koperasi.msf (KKMSFJB )
#40 peserta. masih ada tempat kosong lagi.

▶️Tarikh akhir pada 5 September 2026.(Bayaran boleh dibuat 2X bulan Ogos n September = RM250)📝

▶️Sebarang pertayaan sila hubungi Unit Perniagaan KKMSFJB ditalian.no 01156920469 /0124697953 Cikgu Ehsan.
📝📝📝📝📝📝📝📝

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kemanisan Imanعَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ ع...
20/08/2026

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Kemanisan Iman

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Daripada Anas bin Malik RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: "Tiga perkara, sesiapa yang memilikinya, maka dia akan merasai kemanisan iman: (1) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai daripada segala yang lain. (2) Dia mencintai seseorang, hanya kerana Allah. (3) Dia benci untuk kembali kepada kekufuran sepertimana dia benci dicampakkan kedalam api neraka"(HR Bukhari No: 16) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa halawatul iman (kemanisan iman) ialah kenikmatan rohani yang dirasai oleh hati sehingga seseorang berasa tenang ketika beribadah; reda dengan ketentuan Allah; gembira melakukan ketaatan; dan sanggup bersabar menghadapi ujian demi agama.

2. Tiga perkara jika dimiliki akan menjadikan seseorang mendapat kemanisan iman:

a) Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari segala-galanya di dunia. Tanda cinta tersebut ialah seseorang sentiasa mendahulukan perintah Allah dan sunnah Rasulullah SAW apabila berlaku pertembungan dengan kehendak hawa nafsu.

b) Mencintai dan menyayangi seseorang hanya kerana Allah bukan kerana pangkat mahupun kedudukan.

c) Tidak s**a kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dengan hidayah, sebagaimana ia tidak mahu untuk dicampakkan ke dalam api neraka.

3. Mencintai Rasulullah SAW mewajibkan adanya penghormatan, ketundukan dan mengikuti serta mencontohi apa yang dilakukan oleh baginda (mengagungkan sunnahnya).

Allah berfirman:

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِي يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡۚ وَٱللَّهُ غَفُورٞ رَّحِيمٞ ٣١

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” [Ali ‘Imran: 31]

Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini menyatakan: “Ayat ini adalah pemutus hukum bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah namun tidak mahu menempuh jalan yang dilalui Rasulullah SAW, maka orang itu dusta dalam pengakuannya sehinggalah ia mengikuti syariat dan agama yang dibawa Rasulullah SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

4. Di antara tanda cinta kepada Rasulullah SAW adalah dengan mengamalkan Sunnahnya, menghidupkan, dan mengajak kaum Muslimin untuk mengamalkannya, serta berjuang membela As-Sunnah dari orang-orang yang mengingkari As-Sunnah dan melecehkannya. Termasuk cinta kepada Nabi SAW adalah menolak dan mengingkari semua bentuk bid’ah yang menyesatkan.

5. Mencintai seseorang adalah semata-mata kerana Allah. Ibnul Qayyim al-Jauziyyah berkata: “Setiap kecintaan dan pengagungan kepada manusia hanya dibolehkan dalam rangka mengikuti kecintaan dan pengagungan kepada Allah. Mencintai dan mengagungkan Rasulullah SAW adalah penyempurnaan kecintaan dan pengagungan kepada Allah”.

6. Tiga tanda utama seseorang merasai kemanisan iman: cinta yang mendalam kepada Allah dan Rasul-Nya, kasih sayang sesama mukmin kerana Allah, dan kebencian terhadap kekufuran. Kemanisan iman hanya dapat dirasai apabila iman dihiasi dengan ketaatan, keikhlasan, dan kesetiaan kepada ajaran Islam.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul SAW 1448

SebarkanRahmah



07hb Rabiulawal 1448H
20hb Ogos 2026

🌹 **MAJLIS SELAWAT SEMPENA MAULIDUL RASUL ﷺ** 🌹Ayuh kita semarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dengan berselawat bers...
13/08/2026

🌹 **MAJLIS SELAWAT SEMPENA MAULIDUL RASUL ﷺ** 🌹

Ayuh kita semarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dengan berselawat bersama **Kumpulan Al Muhsinin**, Johan Pertandingan Marhaban Peringkat Negeri Kedah sempena Festival Al Quran 3.0.

📅 **20 Ogos 2026 | Khamis**
🕰️ **Selepas Solat Maghrib**
📍 **Masjid Sharifah Fatimah, Jitra**

✨ Hadir bersama keluarga dan sahabat handai.
✨ Hidupkan malam dengan selawat dan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ.

🎥 **Siaran langsung di Facebook & YouTube Masjid Sharifah Fatimah**

**Jom hadir! Semarakkan Maulidur Rasul, suburkan cinta kepada Rasulullah ﷺ.** ❤️








Jemput semua...Road Tour Jitra
12/08/2026

Jemput semua...
Road Tour Jitra


Semua muslimin muslimat dijemput hadir..
31/07/2026

Semua muslimin muslimat dijemput hadir..

Jemput semua ke Masjid Sharifah Fatimah
23/07/2026

Jemput semua ke Masjid Sharifah Fatimah

Address

Jitra

Opening Hours

Monday 08:00 - 22:00
Tuesday 08:00 - 22:00
Wednesday 08:00 - 22:00
Thursday 08:00 - 22:00
Friday 08:00 - 22:00
Saturday 08:00 - 22:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6049161647

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Kariah Masjid Sharifah Fatimah Jitra Bhd posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Kariah Masjid Sharifah Fatimah Jitra Bhd:

Shortcuts

Share

Category