FGV Holdings Berhad

FGV Holdings Berhad Delivering sustainable foods and agribusiness products to the world

Temui kami di MAHA 2026 dan dapatkan pelbagai barangan keluaran FGV dan anak-anak syarikat Kumpulan FELDA pada harga men...
27/08/2026

Temui kami di MAHA 2026 dan dapatkan pelbagai barangan keluaran FGV dan anak-anak syarikat Kumpulan FELDA pada harga menarik!

Jangan lepaskan peluang untuk mengenali produk-produk kami dan bawa pulang barangan pilihan anda.

MAEPS, Serdang
28 Ogos – 6 September 2026
10.00 pagi - 10 malam

Jumpa anda di MAHA 2026!

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.Semoga kita terus menghayati sunnah dan mencontohi akhl...
25/08/2026

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Semoga kita terus menghayati sunnah dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan Warga FGV.

Members of the Board, Senior Management and Warga FGV are pleased to welcome YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hasnah Dato’ Mohame...
24/08/2026

Members of the Board, Senior Management and Warga FGV are pleased to welcome YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hasnah Dato’ Mohamed Hashim as an Independent Non-Executive Director of FGV. 
 
With more than four decades of experience in Malaysia’s legal and judicial sectors, including her distinguished service as Chief Judge of Malaya, Judge of the Federal Court and Judge of the Court of Appeal, Tan Sri Dato’ Sri Hasnah brings extensive legal expertise, judicial insight and institutional leadership to the Board. 
 
Her appointment further strengthens FGV’s commitment to sound corporate governance, accountability, integrity and responsible decision-making, while enhancing the Board’s oversight and strategic direction in guiding the Group towards sustainable and responsible growth. 
 
FGV looks forward to her valuable contribution, drawing on her wealth of experience and insights as the Group continues to strengthen its governance practices, uphold the highest standards of integrity and create sustainable value for all stakeholders. 
 
 -------
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Kanan dan Warga FGV dengan sukacitanya mengalu-alukan YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Hasnah Dato’ Mohamed Hashim sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif FGV. 
 
Dengan pengalaman lebih empat dekad dalam sektor perundangan dan kehakiman Malaysia, termasuk pernah berkhidmat sebagai Ketua Hakim Negara Malaya, Hakim Mahkamah Persekutuan dan Hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri Dato’ Sri Hasnah membawa kepakaran perundangan, pengalaman kehakiman serta kepimpinan institusi yang luas ke dalam Lembaga Pengarah. 
 
Pelantikan beliau terus memperkukuh komitmen FGV terhadap tadbir urus korporat yang kukuh, akauntabiliti, integriti dan pembuatan keputusan yang bertanggungjawab, di samping mempertingkatkan fungsi pengawasan dan hala tuju strategik Lembaga Pengarah dalam membimbing Kumpulan ke arah pertumbuhan yang mampan dan bertanggungjawab. 
 
FGV menantikan sumbangan bermakna beliau melalui pengalaman dan pandangan yang dimiliki, khususnya dalam memperkukuh amalan tadbir urus, menjunjung standard integriti tertinggi serta memacu penciptaan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan.

Sempena Hari Gajah Sedunia, FGV menegaskan komitmennya dalam menyokong usaha pemuliharaan gajah dan biodiversiti, di sam...
21/08/2026

Sempena Hari Gajah Sedunia, FGV menegaskan komitmennya dalam menyokong usaha pemuliharaan gajah dan biodiversiti, di samping menggalakkan keharmonian antara manusia dan hidupan liar.

Pelbagai inisiatif dilaksanakan di kawasan operasi FGV, termasuk penyediaan kawasan ‘food bank’ sebagai sumber makanan alternatif untuk gajah di FGVPM Tenggaroh Timur 02, pengurusan kawasan High Conservation Value (HCV) melalui program penanaman pokok hutan di Kompleks Tawai, serta penglibatan warga kerja ladang bersama Jabatan Hidupan Liar Sabah dalam pemantauan konflik manusia-hidupan liar melalui program Warden Kehormat Hidupan Liar Sabah.

Usaha ini mencerminkan komitmen FGV untuk memperkukuh pengurusan konflik manusia-hidupan liar, di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja dan masyarakat mengenai kepentingan melindungi serta memelihara hidupan liar dan habitatnya.

FGV Holdings Berhad welcomed Puan Nurul Muhaniza Hanafi on her first day as Group Managing Director on 18 August 2026, b...
20/08/2026

FGV Holdings Berhad welcomed Puan Nurul Muhaniza Hanafi on her first day as Group Managing Director on 18 August 2026, beginning with a warm welcome from Warga FGV at the lobby of Wisma FGV before her first engagement with FGV’s Senior Management.

During the session, Puan Nurul Muhaniza delivered her inaugural address as GMD, sharing her aspirations and leadership direction for FGV. She underscored the importance of strong governance, transparent management and integrity in strengthening the organisation, driving performance and ensuring sustainable growth.

She also emphasised the importance of FGV’s grassroots, recognising the people who are at the heart of the Group’s operations and whose dedication and contributions are fundamental to FGV’s continued success. She shared her intention to visit FGV’s estates, mills and operations to engage more closely with Warga FGV, understand operational realities and hear their perspectives firsthand.

Recognising the dedication and contributions of Warga FGV, she expressed her appreciation while encouraging everyone across the Group to continue going the extra mile and giving their very best.

As FGV embarks on this new chapter, we look forward to moving forward together with shared purpose, stronger performance and a continued commitment to creating greater value across the wider FELDA ecosystem.

Members of the Board, Senior Management and Warga FGV extends its heartfelt congratulations to Puan Nurul Muhaniza Hanaf...
18/08/2026

Members of the Board, Senior Management and Warga FGV extends its heartfelt congratulations to Puan Nurul Muhaniza Hanafi on her appointment as the first woman Group Managing Director of FGV Holdings Berhad. Her appointment marks a historic milestone for FGV and reflects the Group’s continued commitment to strong leadership, excellence and sustainable growth.

Having served as a member of FGV’s Board of Directors, Puan Nurul Muhaniza brings with her valuable insight into the Group’s strategic priorities, governance and long-term aspirations. Nurul Muhaniza is committed to leading FGV into its next phase of transformation, anchored on closer integration with FELDA, stronger operational performance and sustainable value creation across the wider FELDA Group ecosystem.

We wish Puan Nurul Muhaniza every success in this new chapter and look forward to achieving greater milestones together under her leadership.

-----
Ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan Tertinggi dan Warga FGV merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Nurul Muhaniza Hanafi atas pelantikan beliau sebagai wanita pertama memegang jawatan Pengarah Urusan Kumpulan FGV Holdings Berhad. Pelantikan bersejarah ini merupakan satu pencapaian penting buat FGV, mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan terhadap kepimpinan berwibawa, kecemerlangan dan pertumbuhan lestari.

Dengan pengalaman sebagai Ahli Lembaga Pengarah FGV, Puan Nurul Muhaniza membawa bersama pemahaman yang luas mengenai keutamaan strategik, tadbir urus serta aspirasi jangka panjang Kumpulan. Nurul Muhaniza komited untuk menerajui FGV dalam fasa transformasi seterusnya, berlandaskan integrasi bersama FELDA, prestasi operasi yang lebih kukuh serta penciptaan nilai lestari bagi keseluruhan ekosistem Kumpulan FELDA.

Semoga Puan Nurul Muhaniza terus mencipta kejayaan dan memimpin FGV ke arah masa depan bersama yang lebih kukuh, berdaya tahan dan lestari.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Razuwan Che Rose atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pe...
17/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Razuwan Che Rose atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Besar Perladangan FELDA dan Yang Berusaha Encik Ahmad Syaarani Azulan atas pelantikan beliau sebagai Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti FELDA.

Pelantikan ini mencerminkan keyakinan terhadap kepimpinan, pengalaman serta keupayaan masing-masing dalam menggalas amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi dan integriti, serta terus menyumbang kepada pengukuhan pembangunan perladangan, komuniti dan kesejahteraan warga FELDA.

Selamat menjalankan amanah dan setinggi-tinggi tahniah diucapkan!

Bersempena Hari Harimau Sedunia, FGV menegaskan komitmennya dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti melalui peng...
17/08/2026

Bersempena Hari Harimau Sedunia, FGV menegaskan komitmennya dalam menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti melalui pengurusan Kawasan Bernilai Pemuliharaan Tinggi (HCV), pemulihan habitat, inisiatif koridor hidupan liar, mitigasi konflik manusia–harimau, serta pelaksanaan program kesedaran kepada pekerja ladang, khususnya di kawasan yang berisiko berlaku konflik dengan harimau.

Sebagai sebahagian daripada usaha ini, FGV bersama FELDA telah menyertai sesi libat urus bersama pihak berkepentingan pada 14 Mei 2026 bagi menyokong pembangunan Pelan Tindakan Konservasi Harimau Negeri Perak. Penyertaan ini membolehkan FGV berkongsi perspektif industri serta menyumbang kepada pendekatan pengurusan konflik manusia–harimau yang lebih berkesan, menyeluruh dan berteraskan pemuliharaan.

Pemuliharaan Harimau Malaya bukan sahaja penting untuk melindungi spesies ikonik yang sangat terancam ini, malah turut memainkan peranan dalam memelihara hutan, biodiversiti dan khazanah alam negara untuk generasi akan datang.

Melindungi Harimau Malaya, Memelihara Warisan Alam Negara.

Program ILHAM: Serumpun Sehaluan menghimpunkan kepimpinan dan warga Kumpulan FELDA dan FGV dalam memperkukuh semangat ke...
05/08/2026

Program ILHAM: Serumpun Sehaluan menghimpunkan kepimpinan dan warga Kumpulan FELDA dan FGV dalam memperkukuh semangat kebersamaan, menyatukan aspirasi serta memperjelas hala tuju organisasi ke arah merealisasikan agenda transformasi bersama.

YBhg Dato' Dr. Suzana Idayu Wati Osman, Pengarah Besar FELDA bersama bersama Pengerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Eksekutif FGV, YBrs. Puan Nurul Muhaniza Hanafi telah memulakan perkongsian yang cukup bermakna dengan pembentangan Hala Tuju: Fajar Baru Kumpulan FELDA.

Seterusnya, Pengerusi FGV, YBhg. Datuk Abu Huraira Abu Yazid, berkongsi prestasi, pencapaian serta hala tuju strategik FGV dalam memperkukuh peranan Kumpulan bagi menyokong aspirasi FELDA serta memacu pertumbuhan yang lestari.

Warga FGV turut berpeluang mendengar amanat daripada Pengerusi FELDA, YBhg. Tan Sri Dato' Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang menekankan kepentingan nilai Inspirasi, Laksana, Halatuju dan Amanat Minda (ILHAM) sebagai panduan dalam memperkukuh kesatuan, integriti, budaya kerja berprestasi tinggi serta komitmen bersama seluruh warga Kumpulan FELDA.

Berteraskan semangat Serumpun Sehaluan, FGV akan terus memperkukuh sinergi bersama Kumpulan FELDA, memacu kecemerlangan serta menyumbang kepada agenda transformasi bagi memastikan legasi FELDA terus berkembang dan memberi manfaat kepada generasi masa hadapan.

FGV Bersama menjadi platform komunikasi strategik yang menghimpunkan Warga FGV bagi memperkukuh hubungan antara kepimpin...
05/08/2026

FGV Bersama menjadi platform komunikasi strategik yang menghimpunkan Warga FGV bagi memperkukuh hubungan antara kepimpinan dan warga kerja, di samping berkongsi perkembangan semasa, pencapaian serta hala tuju strategik Kumpulan.

Sesi Townhall ini menampilkan perkongsian daripada barisan kepimpinan FGV yang merangkumi aspek tadbir urus, prestasi kewangan, strategi pertumbuhan serta pembangunan modal insan dalam memastikan Kumpulan terus bergerak seiring dengan aspirasi yang ditetapkan.

Pengerusi Ahli Jawatankuasa Lembaga Eksekutif FGV, YBrs. Puan Nurul Muhaniza Hanafi, berkongsi pandangan berkaitan peranan kepimpinan, tadbir urus serta pengawasan strategik dalam memperkukuh daya tahan dan kecemerlangan organisasi.

Turut berkongsi perkembangan semasa ialah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Encik Shahril Ibrahim, yang membentangkan prestasi kewangan serta kedudukan semasa FGV; Ketua Pegawai Strategi, Encik Abbas Ariff, yang berkongsi hala tuju strategik, agenda pertumbuhan dan inisiatif transformasi Kumpulan; serta Ketua Pegawai Modal Insan, Encik Adzlan Zakaria, yang menyentuh aspek pembangunan bakat, budaya kerja dan kesejahteraan warga FGV.

Melalui platform FGV Bersama, Kumpulan terus memperkukuh budaya komunikasi terbuka, tadbir urus berkesan serta kesepakatan warga dalam memastikan setiap warga FGV bergerak seiring untuk memacu kecemerlangan dan pertumbuhan lestari.

Address

Thongwa

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:30
Tuesday 08:30 - 17:30
Wednesday 08:30 - 17:30
Thursday 08:30 - 17:30
Friday 08:30 - 17:30

Telephone

+60327890000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when FGV Holdings Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to FGV Holdings Berhad:

Shortcuts

Share