Tokey Garam

Tokey Garam Ulfi Rich Distributor adalah sebuah syarikat yang membekalkan pelbagai produk Muslim

AssalamualaikumSubhanallah Alhamdulillah AllahuakbarSemalam dugaan untuk aku..Hampir 30 kedai aku masuk untuk close sale...
27/05/2023

Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Semalam dugaan untuk aku..Hampir 30 kedai aku masuk untuk close sale tapi tak berhasil..Memang tak dinafikan rasa down tu ada walaupon dah berpuluh kali kena macam tu tapi rasa down tetap ada..

Tapi aku rasa berbaloi jugak sebab, no contact aku ambil dari setiap satu premis. Di Bangi ni banyak kedai runcit yang dimiliki orang Acheh..Hebat kedai Acheh ni banyak produk Indonesia dijual di sini dan target customer depa adalah warga Indonesia yang menetap di sini.

Bayangkan betapa ramainya pendatang asing sehinggakan depa boleh buat bisnes untuk sesama depa.

Walau rasa down tapi kalau kita back to basic, apa big why kita. InsyaAllah ada jalannya.

Apa-apa sebelum kerja, kita makan dulu!

SIPUT SEDUT DAN MANUSIAIkutlah resmi siput sedutWalau dinding baldi tu licinSiput tetap panjat Walau ditolak jatuh ke ba...
26/05/2023

SIPUT SEDUT DAN MANUSIA
Ikutlah resmi siput sedut
Walau dinding baldi tu licin
Siput tetap panjat
Walau ditolak jatuh ke bawah banyak kali
Siput tetap panjat kembali

Begitu juga manusia
Kau jatuh banyak kali pon kau wajib bangun
Kau ditolak kiri kanan kau tetap move
Kau dikecam kiri kanan atas bawah
Kau tetap jalan terus

Siput berhenti panjat bila dimasak
Kau berhenti usaha bila kau mati

AssalamualaikumSubhanallah Alhamdulillah AllahuakbarInsyaAllah akan memulakan tugas sebentar lagiSarapan maggi goreng ho...
26/05/2023

Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

InsyaAllah akan memulakan tugas sebentar lagi
Sarapan maggi goreng homemade

Pagi Jumaat ni elokla pakat-pakat baca surah Al Kahfi 10 ayat pertama dan 10 ayat terakhir. Paling takdan pon 10 ayat pertama.

InsyaAllah kita akan terlindung dari fitnah. Kepada Allah kita memohon.

PETUA TURUN BERAT BADAN DI MUSIM PANASMusim panas masih terasa. Seeloknya banyakkan minum air kosong. Dan jangan tahan k...
25/05/2023

PETUA TURUN BERAT BADAN DI MUSIM PANAS

Musim panas masih terasa. Seeloknya banyakkan minum air kosong. Dan jangan tahan kalau rasa nak kencing. Air kosong banyak manfaat dan kosnya lebih murah dari teh tarik.

Aku baru sampai di tempat penginapan. Ada jumpa kawan-kawan kat sini. Semua tegur aku ni sakitkah? Sebab depa tengok badan aku susut.

Aku bagi petua yang aku dapat dari bini aku :

Ambik sarapan dengan air kosong
Amik makan tengahari dengan air kosong
Amik makan malam pun dengan air kosong
Sedar tak sedar akibat banyak ambik air kosong, berat badan pon boleh turun.

Petua tambahan dari bini aku lagi :

Kalau makan nasi campoq, kuah jangan banjir serupa nasi kandaq tu! Contohnya, kalau cedok seketoi ayam masak merah, cukuplah sekadar kuah yang melekat kat ayam tadi tu, tak perlu cedok tambah. Tau kenapa? Kuah tu la tempat pertembungan segala perasa, masam, masin dan gula. Memang ler sedap, tapi kalau duk tahiyat akhir menyenget serupa mat rempit amik kona..best ka?

Cukuplah nasi sebagai manis
Garam pulak guna garam organik HALAGEL (warna pink)

AssalamualaikumSubhanallah Alhamdulillah AllahuakbarBismillahitawakkaltua’lallahYa Allah Ya TuhankuSelamatkan perjalanan...
25/05/2023

Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Bismillahitawakkaltua’lallah
Ya Allah Ya Tuhanku
Selamatkan perjalanan pergi dan balik kami
Kami hambaMu yang lemah bertebaran di bumiMu
Untuk mencari rezeki buat keluarga kami

Ya Rahman Ya Rahim
Kurniakan kesihatan kepada kami dan kedua ibu bapa kami
Lindungi keluarga kami ketika ketiadaan kami

Akhir sekali Ya Allah
Pasakkan hati kami 7 petala langit dan 7 petala bumi
Agar kami terus kasih dan setia kepada isteri atau suami kami yang sedia ada
Aminnnnnn!!!

AKU OUTSTATION SEMINGGUEsok aku akan ke KL untuk mencari peluang yang ada untuk aku jual produk HALAGEL..Aku bercadang n...
24/05/2023

AKU OUTSTATION SEMINGGU

Esok aku akan ke KL untuk mencari peluang yang ada untuk aku jual produk HALAGEL..Aku bercadang nak ke kawasan Bandar Baru Bangi atau Putrajaya.

Kenapa aku pilih dua lokasi tu? Sebab paling utama adalah kerana dua bandar tu tersusun, ada seksyen dan presint. Memudahkan urusan aku menyusun perjalanan kerja sepanjang aku di sana.

Tak dinafikan sudah ada produk HALAGEL di sana tetapi aku pasti masih ada kedai yang belum jual produk ni. HALAGEL ada 34 produk!

Memandangkan aku ni s**a camping jadi aku bawak segala periuk belanga. Memang kebiasaan aku macam tu.

Hari ini aku rehat sambil selesaikan apa yang patut di rumah. Sempat la aku masak untuk family aku. Tak la pandai tapi anak aku boleh angkat pinggan hirup kuah gulai siakap yang aku buat dah boleh wat aku rasa bangga 🙂

Garam pink HALAGEL jadi pilihan aku sebab ianya organik dan lebih sihat dan selamat digunakan di dalam masakan.

Ada yang nak rasa gulai siakap yang aku masak? Jangan sampai bini hangpa cemburu dan pikiaq janda mana yang masak sampai laki balik mulut bau kari!

ADAB SEBAGAI JURUJUALPagi tadi aku ada cerita pasai senyum. Sekarang pon masih lagi cerita pasal senyum. Aku mudah senyu...
24/05/2023

ADAB SEBAGAI JURUJUAL
Pagi tadi aku ada cerita pasai senyum. Sekarang pon masih lagi cerita pasal senyum. Aku mudah senyum dengan sesiapa saja dan biasanya aku akan tegur seseorang dengan senyuman walau aku tak kenal orang tu. Sunnah kecil dari nabi yang mampu aku ikut.

Setakat hampir 1 tahun aku berkecimpung dalam arena pengedaran produk Halagel ni, pelbagai ragam t**e kedai yang aku jumpa. Tapi percayalah cakap aku, kalau mulakan dengan bagi salam atau ucap selamat diiringi dengan bibir yang tersenyum InsyaAllah kau dapat closing deal di situ. Paling tidak mungkin t**e kedai tak order tapi dia recommend kedai kawan-kawan dia..siapa tahu

Jika tak dapat, pasti senyuman kau tak cukup manis 🙂

Kau bayangkan kau adalah t**e kedai, datang salesman tapi muka salesman sombong..Kau nak ambil ka barang dengan dia? Ambil jadi menantu jauh sekali!

Notis : Senyum sambil tengok handphone depan bini..Kena jaga-jaga

AssalamualaikumSubhanallah Alhamdulillah AllahuakbarSenyumlah walau hati sedang berdukaSenyumlah walau diberi tugas yang...
24/05/2023

Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Senyumlah walau hati sedang berduka
Senyumlah walau diberi tugas yang berat
Senyumlah walau teruk dikecam

Duka akan jadi gembira
Berat akan jadi ringan
Kecaman bertukar jadi pujian

Sabarlah dan terus senyum

PENTINGKAH TAHU BAHASA INGGERIS?Mungkin bagi sesetengah orang bahasa Inggeris ni tak penting sebab bukan bahasa rasmi ki...
23/05/2023

PENTINGKAH TAHU BAHASA INGGERIS?
Mungkin bagi sesetengah orang bahasa Inggeris ni tak penting sebab bukan bahasa rasmi kita dan kehidupan sehariannya tidak memerlukan bahasa asing ini

Bagi aku yang pada mulanya hanya menjual garam di kedai-kedai runcit tempatan banyak berbahasa Melayu.Bezanya kalau di Terengganu bunyinya lain sikit, di Kedah bunyinya lain dan di Negeri Sembilan pun lain bunyinya.

Setelah bertukar status dari enterprise ke sendirian berhad. Aku memikirkan perlu untuk syarikat mula main ‘game’ besar sikit. Aku cuba approach syarikat-syarikat pasaraya besar. Ada antara pasaraya ni ownernya bukan dari Malaysia. Dan tak secara langsung orang-orang kanannya juga bukan dari Malaysia.

Dengan sedikit ilmu meniru semasa belajar dulu dan ilmu tengok rambo part 1 bersubtitlekan bahasa Melayu, adalah sedikit keberanian nak bertutur dan menulis di dalam bahasa Inggeris. Tapi tajwidnya aku rasa lari banyak.Lantaklah!

Aku pernah juga menegur ejaan di status facebook seorang kawan.Tau apa dia jawab? Tak jatuh akidah lah kalau salah pun! Fine..

Belajar tak salah asalkan ilmu itu bermanfaat untuk kita dan kepada orang lain. Jangan lupa, ilmu bermanfaat juga bekal di dalam alam sana

Assalamualaikum dan selamat pagiSubhanallah Alhamdulillah AllahuakbarAllah adakan waktu pagi sebagai simbolik permulaan ...
21/05/2023

Assalamualaikum dan selamat pagi
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Allah adakan waktu pagi sebagai simbolik permulaan hari. Yang membawa maksud semua yang bermula pada pagi ini adalah baru. Semangat baru
Idea baru
Plan baru
Bagaimana kita habiskan seharian ini bermula dengan bagaimana kita sambut suasana pagi.

Jom kerja

AssalamualaikumSubhanallah Alhamdulillah AllahuakbarDari malam tadi sampai sekarang hujan turunAdakala lebat, adakala re...
21/05/2023

Assalamualaikum
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar

Dari malam tadi sampai sekarang hujan turun
Adakala lebat, adakala renyai. Begitulah hidup sebagai seorang salesman macam aku.

Kadang-kadang sales sehari jumlahnya banyak. Kadangkala sikit tapi Alhamdulillah tak pernah kosong. Macam semalam dan hari ini adalah hari aku buat sales di daerah Muallim tapi labanya tak berapa tinggi.

Walaupun macam tu, aku tukar strategi lain sikit hari ini. Dari approach menjual kepada approach ambil no telefon owner atau person in charge. Hari lain boleh aku berurusan melalui whatsapp ja

Hari ni Ahad..Hari rehat t**ey kedai…Huhuhu..Jadi kepada sesiapa yang nak tahu produk apa yang aku jual? Klik www.wasap.my/60125873667 nanti kita sembang-sembang

Address

Semanggol
Bagan Serai
34400

Telephone

+60125873667

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tokey Garam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tokey Garam:

Share

Category