D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti

D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti Kami sedia menerima sebarang tempahan. Sila hubungi nombor tentera untuk sebarang tempahan. Kedai Makan Sate pertama di Batang Kali,dan juga di Hulu Selangor.
(1)

Kami menawarkan harga berpatutan dan rasa sate yang enak kepada pelanggan-pelanggan kami. Landmark kami adalah sebelah Petronas. Buka payung di kaki lima Restoran Deknon

28/04/2026

📍Rawang
Terima kasih, Cik Azhari 🙏

Kalau tak silap, mula kenal sejak 2020 — masa tu saya tengah bakar sate di Tanjung Karang. Dari situ, hubungan jadi lebih daripada sekadar pelanggan… dah macam keluarga sendiri.

Sejak 3–4 tahun ni, setiap tempahan sate melalui catering beliau, DSate tetap jadi pilihan. Satu kepercayaan yang saya hargai sampai hari ini.

Hari ni, majlis rumah terbuka di rumah Cik Azhari. Terima kasih banyak acik sebab sekali lagi pilih kami untuk sajian sate ❤️

Paling seronok bila tengok tetamu berulang-alik ambil sate:
“Eh sate mana ni?”
“Sedaplah sate!”
“Saya tak nak ayam, nak daging je!”

Haa… situ kita dah tahu 😄

Memang tak dinafikan menu killer kita: sate daging🔥

Guna batang pinang, perapan cukup rasa, masin, manis, rempah semua naik. Setiap cucuk memang padu. Sekali rasa… confirm repeat!

Alhamdulillah, bila tetamu makan berkali-kali, itu kepuasan sebenar untuk kami.

DSate… bukan sekadar sate, tapi rasa yang buat orang datang balik 🤝

Ada customer datang dari KKB ke Batang Kali semata-mata nak makan sate saya.Katanya, dia cuma boleh makan dua tempat je:...
20/04/2026

Ada customer datang dari KKB ke Batang Kali semata-mata nak makan sate saya.

Katanya, dia cuma boleh makan dua tempat je:
DSate & sate di Seremban.

Dia jenis cerewet sebab ada alergik. Tak boleh makan sebarangan. Hatta makan ayam pun boleh naik rashes. Tapi bila makan sate saya, alhamdulillah, tak naik rashes langsung.

Bagi saya, ini bukan sekadar feedback.
Ini amanah.
Amanah untuk terus jaga kualiti.
Amanah untuk pastikan kebersihan sentiasa tip-top.
Amanah untuk kekalkan rasa yang konsisten.

Terima kasih sebab percaya 🫶🏻
Kami akan terus buat yang terbaik, bukan sekadar sedap, tapi selamat untuk semua ☺️

Ini Tokteh, atok saudara suami.Tahun ni, alhamdulillah dah 75 tahun.Tapi semangat makan sate tu… kalah orang muda 🤭Hari ...
16/04/2026

Ini Tokteh, atok saudara suami.
Tahun ni, alhamdulillah dah 75 tahun.
Tapi semangat makan sate tu… kalah orang muda 🤭

Hari ni dia datang nak makan sate.
‘Amin, dah sebulan Tokteh tak makan sate. Lalu je kau tutup. Hari ni cuba lalu tengok kau buka. Kasi Tokteh 5 daging 5 kambing 1 nasi impit’

Sampai umur 75 pun masih boleh kunyah dengan selesa, sebab kami memang utamakan kualiti & kelembutan. Bila pelanggan makan dengan senyum macam Tokteh,
itulah kepuasan sebenar kami 🫶🏻

Rahsianya?
Kami tak guna sebarangan daging.
Daging & kambing dipilih khas, lembut, juicy.
Siap pakai bahagian batang pinang, bukan biasa-biasa, bukan murah tau 😆

Nak rasa sendiri sate lembut macam ni?
Datanglah, nanti faham 😉

📍Kaki Lima Restoran Deknon, Batang Kali
🕐 5PM-10PM
❌ Cuti setiap Isnin

Alhamdulillah, selesai majlis rumah terbuka kejiranan di Selindung Daun, Ulu Yam. Seronok sangat bila tengok suasana kej...
12/04/2026

Alhamdulillah, selesai majlis rumah terbuka kejiranan di Selindung Daun, Ulu Yam.

Seronok sangat bila tengok suasana kejiranan yang ramah tamah, meriah dengan gelak tawa semua yang hadir.

Antara yang sempat kami dengar:
‘Sate dia lembutttttt la 😍’
‘Sate ni yang dekat Petronas kan?’
‘Kuah dia pekat, padu! Makan panas-panas memang terbaik 🔥’
‘Tak cukup makan, kena repeat lagi ni!’

Yang datang bertambah-tambah, alhamdulillah, sate kami menepati citarasa semua ❤️

Untuk LIVE COOKING:
✅ Minimum order: 1000 cucuk
✅ Luar kawasan Batang Kali: ada caj pengangkutan

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, boleh WhatsApp saya
📲 012 - 582 0965

Terima kasih semua yang support.

Pagi tadi hantar sate dekat SK Antara Gapi.Tengah turunkan sate, ada cikgu tanya:“Ni sate Batang Kali ya? Yang dekat Pet...
10/04/2026

Pagi tadi hantar sate dekat SK Antara Gapi.

Tengah turunkan sate, ada cikgu tanya:
“Ni sate Batang Kali ya? Yang dekat Petronas tu?”
Kita pun jawab, “Haah betul”
Sekali dia cakap, “Sedap tauuu sate situ!”

Hehe terus tersenyum kita dengar 😬
Alhamdulillah, ngam dengan selera. Terima kasih support Dsate 🫶🏻

Tempahan untuk raya minggu depan masih buka ya!
Siapa nak, cepat-cepat roger 📝

Waktu operasi :
Selasa - Ahad
5.00pm - 10.00pm

Cuti setiap hari Isnin.

012-582 0965 - DSate

🌙 TEMPAHAN JAMUAN HARI RAYA DIBUKA! 🌙Nak buat jamuan raya tapi tak sempat masak? Biar kami uruskan! ✨Special tahun ini, ...
26/03/2026

🌙 TEMPAHAN JAMUAN HARI RAYA DIBUKA! 🌙

Nak buat jamuan raya tapi tak sempat masak? Biar kami uruskan! ✨

Special tahun ini, kami buka tempahan SETIAP HARI.

Sesuai untuk:
Rumah terbuka
Jamuan pejabat
Jamuan keluarga

🔥 Servis LIVE COOKING juga disediakan – masak panas-panas di lokasi anda!

Penghantaran:
• Kawasan jauh : Lalamove
• Kawasan dekat : Self pickup

⏰ Tempahan boleh diambil seawal jam 7 pagi

📌 Tempahan perlu dibuat berserta deposit

❗ Tiada last minute order
📍 Lokasi : Batang Kali

📲 Tempahan & pertanyaan:
012-582 0965 (DSate)

✨ Slot Hari Raya sangat terhad, booking awal untuk elak penuh!

Sepatutnya hari Jumaat baru kami beroperasi. Tapi, telefon tak berhenti berbunyi dari raya pertama. Ramai sangat tanya, ...
25/03/2026

Sepatutnya hari Jumaat baru kami beroperasi. Tapi, telefon tak berhenti berbunyi dari raya pertama. Ramai sangat tanya, ramai sangat nak.

Akhirnya.. kami buka juga gerai sate hari ni 😊

Tengah sibuk membakar, datang seorang customer order:
‘Dik, 30 ayam, 10 daging’

Sembang punya sembang.
Rupanya akak ni dari Sungai Besar, nak ke Raub. Singgah Batang Kali, semata-mata nak beli sate kami.

Bila tanya macam mana boleh kenal…
Katanya hari tu ambil anak dari UPSI,
Singgah isi minyak di Petronas Batang Kali.

Anak turun beli sate, 10 cucuk je.
Lepas makan..
Eh, sedap pulak

Hari ni lalu lagi, nampak gerai buka. Rezeki.
Terus singgah sebelum naik ke Raub.

Alhamdulillah.
Rasa penat membakar tu hilang bila tahu.
Orang datang jauh, makan sate kita. Dan repeat lagi.

Dari Sabak Bernam, singgah Batang Kali. Kemudian teruskan perjalanan ke Raub. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Terima kasih semua yang support 🙏
Sate kami mungkin biasa. Tapi kenangan dan rasa tu yang buat orang kembali 🫶🏻

Waktu operasi : Selasa-Ahad (5pm-10pm)
Lokasi : Kaki lima Restoran Dek-Non, Batang Kali.

21/03/2026

🔥 TERIMA KASIH SEMUA 🔥
Ribuan terima kasih kepada semua pelanggan yang membuat tempahan sate untuk malam raya & Raya pertama ❤️

Sokongan anda memang padu — kami sangat hargai! 🙏

📌 Untuk makluman:�Kami akan bercuti sehingga Raya ke-7

✨ OPEN SLOT TEMPAHAN JAMUAN HARI RAYA ✨
�Slot terhad! Siapa cepat dia dapat 😉
Nak buat open house, kenduri atau majlis?
�Jangan tunggu last minute, booking awal sekarang 👍

📲 PM/WhatsApp untuk tempahan
012-582 0965

Terima kasih atas kepercayaan anda 🫶🏻�D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga ❤️Terima kasi...
20/03/2026

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنكُم

✨ Selamat Hari Raya Aidilfitri ✨

Maaf Zahir & Batin daripada kami sekeluarga ❤️

Terima kasih atas sokongan anda semua yang sentiasa memilih kami. Semoga Aidilfitri kali ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kegembiraan bersama insan tersayang 🌙

Ikhlas daripada kami,
D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti

‼️TEMPAHAN SATE AIDILFITRI DITUTUPTerima kasih yang buat tempahan dengan DSate. Kita jumpa pagi raya in shaa Allah 😊
14/03/2026

‼️TEMPAHAN SATE AIDILFITRI DITUTUP

Terima kasih yang buat tempahan dengan DSate. Kita jumpa pagi raya in shaa Allah 😊

⚠️ TEMPAHAN SATE RAYA HAMPIR DITUTUP ‼️Berbaki 1 hari lagi sebelum tempahan ditutup.Siapa nak sate untuk Raya, boleh loc...
12/03/2026

⚠️ TEMPAHAN SATE RAYA HAMPIR DITUTUP ‼️
Berbaki 1 hari lagi sebelum tempahan ditutup.

Siapa nak sate untuk Raya, boleh lock slot sekarang.

📍 Self Pickup Sahaja
🌙 Malam Raya (19hb)�⏰ 5.00pm – 9.00pm

🌙 Pagi Raya (20hb)�⏰ 6.00am – 10.00am

❗ Tarikh tutup tempahan: 13/3

Biasanya bila dekat-dekat tarikh ni slot cepat penuh. Bila dah penuh kami terus tutup tempahan.

Nak makan sate masa malam raya atau pagi raya, boleh WhatsApp untuk booking sekarang.

012 582 0965

Ingat tak makcik yang order sate nak bawa terbang ke Abu Dhabi tu.Hari ni anak makcik pulak ws. Order sate frozen untuk ...
12/03/2026

Ingat tak makcik yang order sate nak bawa terbang ke Abu Dhabi tu.

Hari ni anak makcik pulak ws. Order sate frozen untuk hantar ke rumahnya. Katanya nak makan masa hari raya nanti.

Alhamdulillah.
Sate kami masih menepati selera mereka walaupun jauh di luar negara.

Sate bukan sekadar makanan.
Kadang2 jadi pengubat rindu pada kampung halaman.

Kalau nak rasa sendiri kenapa orang sanggup order banyak setiap minggu. Boleh cuba sate kami.

Tak janji paling murah.
Tapi in shaa Allah jaga rasa dan kualiti.

Address

No 73G & 75G, Jalan Meranti 1A
Batang Kali
44300

Opening Hours

Tuesday 18:00 - 22:00
Wednesday 18:00 - 22:00
Thursday 18:00 - 22:00
Friday 18:00 - 22:00
Saturday 18:00 - 00:00
Sunday 18:00 - 22:00

Telephone

+60125820965

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D Sate - Rasa Sate Yang Segar & Berkualiti:

Share