MADU Tualang Tayyibah 0193860422

MADU Tualang Tayyibah 0193860422 Stokis dan Pengedar Madu Tualang Tayyibah COD: Selayang, Gombak, Batu Caves, Kuala Lumpur dan kaw. s

Madu Tualang Asli
100% Asli tanpa proses
Dengan Jaminan Wang Dikembalikan

31/05/2023

100% ORI 'LABTEST"
BIAR BETUL MADU TUALANG NI BOLEH TINGKATKAN SISTEM IMUNISASI TUBUH?!!
Madu tualang asli ni baik untuk :
✅ Booster sistem imun tubuh
✅ Lancarkan darah
✅ Bahan utama penawar peny4kit j4ntung & Str0k.
✅ Rawat luka dalaman dan luaran
✅ Ransang hormon kesuburan lelaki/wanita
Pastikan yang asli baru beli tau.
Rebut harga offer sekarang.

http://www.wasap.my/+60193860422/PromosiMaduSifubee

Atau link shopee

https://shp.ee/8cs4gpx

https://youtu.be/aarXstXQ3VU
25/12/2022

https://youtu.be/aarXstXQ3VU

Gabungan superfood dari 100% madu tualang raw Sifubee + minyak dan serbuk Gred A Habbatussauda, zaitun, delima, manna dan fresh Royaljelly

https://youtu.be/rUZh17E7Fck
25/12/2022

https://youtu.be/rUZh17E7Fck

Madu Tualang Raw Sifubee adalah madu organik mentah Hutan terbaik. Pengalaman selama lebih 20tahun merupakan bukti produk kami diterima pengguna yang mengama...

Walaupun dah 20tahun sebagai pembekal madu tualang, kebanyakan teori keaslian madu aku pun jenuh nak jelaskan sebab semu...
06/10/2022

Walaupun dah 20tahun sebagai pembekal madu tualang, kebanyakan teori keaslian madu aku pun jenuh nak jelaskan sebab semua hanya berpandukan fizikal madu dan rasa madu sedangkan paling utama adalah parameter dalam madu.

Sebab tu ramai yang cipta madu sendiri akan meniru fizikal madu sahaja yang sesuai dengan teori yang beredar dalam dunia madu.

Semut ni tak asli
Cair ni tak asli
Berbiji macam gula ni tak asli
Takde gas tak asli
Tak bentuk sarang kat piring tak asli
Tak jatuh dalam cawan air tak asli
Warna dan rasa begini tak asli
Bukan adik beradik aku amik tak asli

Memang aku pun gunakan ujian makmal paling minima pun dari Genom Malaysia untuk penelitian parameter dalam madu tualang raw sebab ia menganalisis kandungan dalam madu mengikut standar madu raw yang tentu sekali ada SOP dan kalibrasi tertentu secara ilmiah.

* latest hasil analisa batch madu tualang raw gelap dan gold 05 Oktober 2022.

Semoga dimudahkan buat sahabat2 mendapatkan madu tualang raw yang asli selalu..amin 🤲

Credit Md Bahrin Sifubee Bahrin

Musim anak2 tak berapa sihat batuk, demam, selsema cuba bagi madu tualang raw + bawang putih sebagai natural ‘booster’ I...
19/07/2022

Musim anak2 tak berapa sihat batuk, demam, selsema cuba bagi madu tualang raw + bawang putih sebagai natural ‘booster’ Imun, Antibiotik & Antiradang.

200g madu + 2@3 ulas bawang putih (ketuk dulu, gambar bawang putih tunggal). Biarkan terendam dalam madu min 1jam, tapis bawang putih tu baru makan madunya.

Untuk kanak-kanak amalkan 1 sudu pagi, tengahhari & malam sebelum tidur.
Dewasa 2 sudu pagi, petang & malam.
InsyaAllah 1-2 hari beransur sihat.

Semoga semakin sihat dan berkah buat sahabat semua, amin 🤲

Credit : Md Bahrin @ Sifubee
Madu vs Ubat Batuk

Bila ada yang tanya begini? Kenapa jadi macam ni madu saya?Ini namanya kristalize bagi madu.Betul ke bukan ada campuran ...
15/07/2022

Bila ada yang tanya begini? Kenapa jadi macam ni madu saya?
Ini namanya kristalize bagi madu.

Betul ke bukan ada campuran gula?
Bukan tuan, ia fenomena biasa bagi madu yang ada kandungan glukosa dalamnya. Boleh juga tuan ‘cross check’ fakta ilmiah di mana2 sumber dengan tajuk ‘honey crystalization’.

Betul ya bukan auta?
Tidak auta tuan ianya fakta, banyak isu madu bila diberi pencerahan dikatakan auta je lebih. Kalau tuan inginkan kebenaran boleh tanya pengkaji madu yang lain atau penternak madu di Malaysia, US, German, New Zealand semuanya akan jelaskan info yang sama. Elakkan tanya kawan2 yang dia pun dengar dari ‘orang-orang’ juga.

Rosak ke madu bila begini?
Tak rosak, nak ‘reverse’ kepada keadaan asal madu boleh atau nak makan terus pun boleh.

Ada yang tak jadi pun macam ni bertahun2 saya simpan?
Ya betul, bagi madu raw memang berbeza sebab ianya poliflora, tiap nektar poliflora berbeza mengikut nektar musim bunga yang dominan (kristalize ni antara faktor utama adalah nisbah glukosa yang tinggi dalam madu)

Sebab itu, ada yang kristalize dan tak, ada yang bergas dan tak, ada yang berubah-ubah warna, ada yang berbeza kepekatan (kadar air), berbeza rasa dan aroma.

Ok semoga sihat dan berkah ya..🤲😊

Credit Md Bahrin @ Sifubee Bahrin

Berbuih la madu tualang aku ni. Kenapa agaknya?Ramai yang panik bila madu tualang atau madu mentah mereka berbuih, semog...
28/06/2022

Berbuih la madu tualang aku ni. Kenapa agaknya?

Ramai yang panik bila madu tualang atau madu mentah mereka berbuih, semoga info di bawah dapat membantu untuk kembali tenang.

1. Ia berbuih sebab madu mentah bermulanya proses fermentasi.

2. Fermentasi hanya berlaku ketika madu mentah masih fresh, mengapa?

3. Sebab kandungan madu masih banyak gula natural untuk bertindak balas dengan yis lalu menghasilkan gas karbobat (CO2)

4. Analogi mudah seperti air Coke/Pepsi dalamnya di masukkan karbonat untuk rasa lebih menggigit dan unik, apa yang berlaku bila digoncangkan?

5. Bagi madu tualang atau madu mentah/raw lain yang kandungan kadar air yang tinggi kecenderungan fermentasi/penapaian berlaku lebih cepat dan aktif ketika suhu tempat simpan panas atau ketika penghantaran kurier (mungkin transit dalam stor dan kenderaan yang agak panas)

6. Hasilnya kandungan madu otomatik menyerap karbonat tadi dan hasilkan gas juga. Kalian bayangkan gas tu nak pergi mana kalau botolnya ‘airtight’.

7. Paling penting! Ianya bukan penunjuk madu tersebut rosak atau basi namun ia fenomena biasa bagi madu mentah tanpa proses sebab masih ada yis pada kandungan air dalam madu.

8. Hanya madu yang fresh sahaja akan berlaku fermentasi sebab yis perlukan gula natural dalam madu untuk bertindak balas, madu yang terlalu lama tentu dah habis proses fermentasi ia akan semakin cair, gelap dan masam.

9. Apabila tiba satu peringkat tekanan tinggi dalam botol ia pasti kembung atau pecah. Ada juga yang terus membuak macam ‘coke’ bila di buka.

Jangan panik!
Tipnya begini,

(jika perasan buih atau botol tu nampak kembung atau keras semacam)

1. Buka penutup perlahan2 dan biarkan gas bebas dalam bekas. Dalam 2-3jam buih akan jadi cecair madu semula.

2. Risau meletop, membuak? Simpan terus dalam peti ais sehari. Bila suhu sejuk akan berlaku perubahan tekanan. Kalau terlupa terus dan jadi ‘kristalize’ (lihat post beberapa hari yang lepas mengenai madu dan peti sejuk)

3. Jika tak perasan buka je botol terus membuak? Hah..ambil gelas tuangkan separuh madu tu. Biarkan ia bertenang 2-3jam akan normal semula. Hati-hati dengan serangga je lah ya.

4. Bagi saya madu yang gas kuat ni memang bagus simpan dalam peti ais. Bila sejuk fermentasi kurang aktif namun ada yang s**a madu begini ada sebaliknya.

5. Untuk yang setiap hari amalkan simpan suhu bilik pun ok, sebab makin berkurang madu dan selalu ‘buka tutup’ penutup tu tekanan dalam botol akan semakin rendah.

* Gambar pertama, baru isi 5 jenis madu tualang mentah berlainan tempat, kepekatan dan nektar, berbeza buihnya kan.

* Gambar terakhir, bila di biarkan selama beberapa jam (penutup tak rapat) ia akan normal semula.

Semoga dapat menambah info mengenai isu-isu madu kepada sahabat semua.

Credit
Md Bahrin @ Sifubee
Asalkan madu betul ok je!😅

Madu Sifubee belanja FREE SHIPPING utk Semenanjung Malaysia.Tak perlu Voucher... Betul2 FREE SHIPPING 😍🐝
13/06/2022

Madu Sifubee belanja FREE SHIPPING utk Semenanjung Malaysia.
Tak perlu Voucher... Betul2 FREE SHIPPING 😍🐝

at 20% off!RM120.00 only!Get it on Lazada now!

https://youtu.be/PgA69xxAda4
12/05/2022

https://youtu.be/PgA69xxAda4

Terima kasih buat Ust Zamri Mantop mengamalkan madu tualang raw Sifubee untuk kesihatan. Kami berbesar hati berkongsi manfaat madu tualang raw terbaik dari s...

25/01/2022

Soalan sinis yang selalu dikomen kenapa boleh banyak sangat madu?

Orang jual madu ni mana boleh dapat banyak2, pembohong semua ni?

Hah..korang ni semua penipu, aku ni asal kampung mana ada sarang banyak2 boleh dapat? Ni lagi lah nak jual satu Malaysia.

Ni semua madu China dorang repack semula takdepun campur-campur bahan apa buat kat kilang, China kan pandai buat macam2.

Lebih 40tahun aku makan madu mana ada banyak sikit je, tu pun ada musim dia? Korang ni naya pak karim..

Aku musykil betullah dorang ni mana boleh dapat banyak2, sembang kari semua ni.

Dan banyak lagilah komen yang kau kena ‘bulletproof’ sikit 😅

Jawapan aku:

1. Memang tak sama orang yang ada sesuatu pengetahuan dengan yang acah-acah tahu semua benda.

Contoh semua orang makan nasi, ada yang dah 80tahun makan nasi. Kau tanya apa komposisi dalam nasi yang dia makan pun belum tentu dia tahu? GI dia berapa? Gred? Jenis? Nak beza Nasi Beryani dengan Nasi Arab bolehlah kan.

Macam itulah madu ni ramai yang makan namun belum tentu di tahu semuanya kalau bukan pengkaji madu tersebut.

2. Untuk lebih mudah faham aku kongsi sikit sumber madu tualang raw aku ni.

lihat video: ni salah satu dari penuai/pemanen madu tualang raw aku di salah satu kepulauan di Riau, Indonesia. Dalam video ni pun dah hampir 70sarang besar-besar. Belum di daratan lain seperti di Siak, PekanBaru dan lain-lain.

3. Pokok dan koloni lebah di sana sangat berbeza di Malaysia. Kalau di Malaysia mungkin maksimum 10-30 sarang, di sana ada yang sampai 100 koloni bagi satu pokok.

Anggaran kasar satu sarang besar boleh dapat 3-5kg madu. Kalau 50sarang pun dah 50x5 = 250kg madu.

Korang tau tak area Riau je ada lebih 2000pokok tualang atau sejenisnya yang jadi tempat habitat lebah Apis Dorsata.

4. Sumber madu tualang Sifubee je ada 4-5 negeri di sana iaitu area Riau, Sumbar, Palembang, Jambi dan Bengkulu. Sebab tu madu tualang aku ni banyak variasi, saja aku nak bagi semua rasa unik sikit dan mana yang lebih serasi dengan ‘taste’ dan kesihatan korang.

5. Cuma taklah aku borong semua mana nak cekau modal kan. Sebab tu banyak syarikat lain yang jual madu di Malaysia kebanyakan ambil di sana juga. Takpelah rezeki masing2 dah ada.

6. Madu tualang raw aku ni semua yang dah bersama aku sejak 10-20tahun dulu, itupun semua aku ‘double check’ lagi keaslian di Genom, UKM & lab yang ‘accredited’ seperti ALS & SGS. Sebahagian pelanggan pun ‘cross check’ lagi dengan ujian makmal.

7. Jadi yang mengata ni semua auta, aku rasa korang belum ada pengalaman keluar dari kampung yang ada sebatang dua pokok tualang tu. Kata cikgu aku dulu jauh perjalanan luas pandangan. Malu bertanya sesat barat jadi komennya.

Ok semoga sahabat semua dapat sedikit pencerahan. Jangan lupa amalkan madu walaupun dah pekena ‘Booster’ ya 😁

Credit
Md Bahrin @ Sifubee
Penunggu Madu Tualang 🐝

Ramai yang ada diabetes takut nak makan madu sebab dalam madu memang ada ‘natural sugar’ walaupun memang 1juta% asli.Kal...
11/01/2022

Ramai yang ada diabetes takut nak makan madu sebab dalam madu memang ada ‘natural sugar’ walaupun memang 1juta% asli.

Kalau tanya Dr, memang tak galakkan makan banyak-banyak, cukup sehari satu sudu sahaja.

Hah..guna tip ni yang ada diabetes boleh makan 2 sudu pagi dan malam.

Ramai yang cuba Alhamdulillah turun gula (diabetes)dan jika ada luka diabetes cepat kering (note: pantang la juga ya sumber gula yang lain)

Bawang putih tunggal (belah 2) rendam dalam madu tualang raw, simple kan.

Lepas 1-2jam boleh amalkan madunya. Bawang putih tunggal tu biarkan jadi macam jeruk dalam madu minimum 2minggu.

Kunyah setengah biji pagi dan setengah biji malam. Rasa memang sedap yang dah masak dalam madu tualang ni.

Semoga bertambah sihat dan berkah selalu buat sahabat yang ada diabetes, yang sihat pun boleh amalkan cegah sebelum kena 😊

Credit
Md Bahrin @ Sifubee
Tip Cegah Diabetes & Natural Antibiotik

Address

Kedai Jimat/Madu Tualang Tayyibah 122, Jalan Jasa 5, Taman Jasa
Batu Caves
68100

Opening Hours

Monday 07:30 - 22:00
Tuesday 07:30 - 22:00
Wednesday 07:30 - 22:00
Thursday 07:30 - 22:00
Friday 07:30 - 22:00
Saturday 07:30 - 22:00
Sunday 07:30 - 22:00

Telephone

+60193860422

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MADU Tualang Tayyibah 0193860422 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MADU Tualang Tayyibah 0193860422:

Share