Seksyen Pertanian Lojing

Seksyen Pertanian Lojing Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Seksyen Pertanian Lojing, Grocers, Bertam.

21/04/2026

Insentif Pengeluaran Tanaman Makanan: Galakan Tingkatkan Hasil Tempatan
Dalam situasi semasa yang dipengaruhi oleh krisis tenaga global serta peningkatan kos pengeluaran, usaha memperkukuh pengeluaran makanan tempatan menjadi semakin penting.
Sehubungan itu, insentif pengeluaran tanaman makanan sebanyak RM200 bagi setiap tan metrik diperkenalkan sebagai galakan kepada pengusaha untuk meningkatkan hasil tanaman dan menyokong keterjaminan makanan negara.
Melalui insentif ini, jumlah bantuan akan dikira berdasarkan hasil pengeluaran semasa dengan had maksimum sebanyak RM1,000 bagi setiap penerima.
Permohonan terbuka kepada warganegara Malaysia yang berdaftar dalam sistem GeoTanaman, serta memiliki sijil myGAP atau myOrganic yang masih sah khusus bagi tanaman makanan.
Selain itu, pemohon juga perlu mempunyai akaun Agrobank yang aktif, kerana pembayaran bantuan akan dibuat melalui kaedah pindahan elektronik (EFT).
Bagi melengkapkan permohonan, beberapa dokumen perlu disediakan, termasuk salinan kad pengenalan atau dokumen pendaftaran syarikat (SSM), salinan sijil pensijilan myGAP atau myOrganic yang masih aktif serta rekod hasil pengeluaran seperti ringkasan pengeluaran, rekod jualan dan invois yang disahkan melalui borang berkaitan.
Maklumat akaun Agrobank yang aktif juga perlu dikemukakan bagi tujuan penyaluran dana.
Proses permohonan bermula dengan penghantaran borang lengkap ke Pejabat Pertanian Daerah berhampiran.
Permohonan seterusnya akan dinilai dan disahkan sebelum dimajukan ke Jabatan Pertanian Negeri untuk kelulusan.
Setelah diluluskan oleh Ketua Pengarah Pertanian, bayaran insentif akan dikreditkan terus ke akaun pemohon melalui akaun Agrobank.
Inisiatif ini bukan sahaja membantu mengurangkan beban kos pengeluaran, malah menggalakkan pengeluaran makanan tempatan secara lebih mampan.
Dalam menghadapi cabaran krisis tenaga global, peningkatan pengeluaran domestik merupakan langkah strategik bagi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi dan stabil.

Borang permohonan : https://t.me/mydoa_hq/2491



Sumber : Jabatan Pertanian Malaysia

Tarikh : 06 Mac 2026Hari     : IsninMasa   : 9.00 pagi - 12.00 tgh hariPERBINCANGAN BERSEMUKA BERKENAAN ISU LAMBAKAN HAS...
08/04/2026

Tarikh : 06 Mac 2026
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tgh hari

PERBINCANGAN BERSEMUKA BERKENAAN ISU LAMBAKAN HASIL SAYURAN DI LOJING, KELANTAN. HADIR BERSAMA AGENSI FAMA NEGERI KELANTAN DAN WAKIL PERTUBUHAN SAYUR BUNGA LOJING.

Jabatan Pertanian Kelantan
Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Murniwati Mohd
Pejabat Pertanian Gua Musang

07/04/2026
11 MAC 2026 (Rabu),Lawatan Daripada Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Ke Tempat Pertanian Di...
11/03/2026

11 MAC 2026 (Rabu),
Lawatan Daripada Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Ke Tempat Pertanian Di Jajahan Kecil Lojing, Lawatan Ini Bertujuan Untuk Mendapatkan Petani Bagi Penanaman Secara β€˜Tryer’ Untuk Tanaman Kentang @ π‘†π‘œπ‘™π‘Žπ‘›π‘’π‘š π‘‘π‘’π‘π‘’π‘Ÿπ‘œπ‘ π‘’π‘š 𝐿.

Turut Hadir Bersama Puan Erni Sabrina Mohd Noor (Pengarah Mardi Negeri Kelantan), Puan Zulaika Mazlan ( Pegawai Penyelidik Kanan), Dr Farahzety Abdul Mutalib ( Pegawai Penyelidik Kanan) Dan Puan Wan Azrika Muhamad Zuki, Pen Pegawai Penyelidik.
Jabatan Pertanian Kelantan
Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd

11/03/2026

Tahukah anda bendi boleh mula dipetik sekitar 50 hingga 55 hari selepas ditanam?
Tanaman sayuran ini antara yang mudah diusahakan dan cepat memberi hasil jika diurus dengan baik.
Dengan teknik penanaman yang betul, bendi berpotensi menghasilkan sekitar 10,000 hingga 15,000 kilogram sehektar sekali gus menjadi pilihan menarik bagi petani dan pengusaha kebun sayur.
Ingin mengetahui langkah lengkap penanaman bendi dari penyediaan tanah hingga penyimpanan hasil? Rujuk infografik ini untuk panduan yang lebih mudah dan jelas.

22/02/2026

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menetapkan empat tumpuan strategik menjelang tahun 2026 bagi memperkukuh keterjaminan makanan dan kemampanan sektor pertanian negara.
Inisiatif ini memberikan penekanan khusus terhadap peningkatan hasil padi serta pemerkasaan industri ruminan untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber luar.
Selain itu, pembangunan ekosistem industri hiliran dipergiat bagi meminimumkan pembaziran dan meningkatkan nilai komersial hasil tani melalui pusat pemprosesan yang lebih efisien.
Pemulihan serta pemantapan infrastruktur melalui pendekatan membina dan menyelenggara prasarana menjadi nadi utama dalam menyokong produktiviti subsektor tanaman serta ternakan.
Secara keseluruhannya, langkah bersepadu ini bertujuan menjamin bekalan makanan yang stabil dan berkualiti demi kesejahteraan rakyat pada masa hadapan.

16/01/2026
Seksyen Pertanian Menerima Lawatan Daripada Pegawai  Perancangan & Pegawai-Pegawai Jajahan Jabatan Pertanian Dari Seluru...
14/11/2025

Seksyen Pertanian Menerima Lawatan Daripada Pegawai Perancangan & Pegawai-Pegawai Jajahan Jabatan Pertanian Dari Seluruh Negeri Kelantan Di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Lojing, Kelantan Dan Di Taman Konservasi Janaplasma Durian, Lojing, Kelantan.

Lawatan Berlangsung Selama 2 Hari Bermula 12/11- 13/11/2025. Lawatan Kali ini Bertujuan Untuk β€˜Sharing Idea’ Dan Pengalaman Masing-masing Bagi Terus Memperkasakan TKPM Lojing Dan Taman Konservasi Janaplasma Durian Seterusnya Mencapai Matlamat Dan Visi Jabatan Pertanian Malaysia.

Turut Hadir Bersama YAB Tuan MD Yani,( Lojing District Official) Dan En Muhamad Fairu, (Pengawas Hutan Lojing) Untuk Menyantuni Para Pegawai Dari Jabatan Pertanian, Negeri Kelantan. Jabatan Pertanian Kelantan Ptjk Lojing Jabatan Pertanian Malaysia Pejabat Tanah Dan Jajahan Kecil Lojing Pejabat Pertanian Gua Musang

06 Oktober 2025, Lawatan Seksyen Pertanian Lojing Bersama Dengan Seksyen Perhutanan Dan Penolong Pegawai Jurutera Pejaba...
06/11/2025

06 Oktober 2025, Lawatan Seksyen Pertanian Lojing Bersama Dengan Seksyen Perhutanan Dan Penolong Pegawai Jurutera Pejabat Tanah Lojing. Lawatan ini bertujuan untuk berkongsi Idea Untuk Membangunkan Semula Pusat Janaplasma Taman Durian Lojing Seterusnya Meletakkan Sasaran Sebagai Tempat Tumpuan Pelancong Selain Daripada Bunga Rafflesia.

Jabatan Pertanian Kelantan

GreatestHighlights

Address

Bertam

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Seksyen Pertanian Lojing posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category