Ladang Kontrak Pulau Pinang

Ladang Kontrak Pulau Pinang Program ini di jalankan secara integrasi di bawah konsep MOA Inc. Peralatan yang sesuai akan disediakan mengikut keperluan aktiviti pengendalian tersebut.

LADANG KONTRAK

Pengenalan

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, sektor pertanian diberi tumpuan yang khusus terutamanya aktiviti-aktiviti pengeluaran dan nilai tambah yang boleh meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjadikan sektor pertanian sebagai penjana pertumbuhan ekonomi ketiga negara. Penekanan diberikan kepada beberapa aspek pembangunan pertanian termasuk pengeluaran berkualiti yang mempun

yai nilai tambah yang tinggi menerusi aktiviti seperti pemprosesan, penggredan, pembungkusan, pelabelan dan penjenamaan. Program Ladang Kontrak adalah salah satu projek berimpak tinggi yang di perkenalkan sebagai salah satu mekanisma untuk membantu pengusaha pertanian berskala kecil dan sederhana dalam menjamin pengeluaran hasil pertanian mereka mendapat pulangan yang setimpal. melibatkan Jabatan/Agensi seperti:

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
Jabatan Pertanian
Lembaga Pertubuhan Peladang
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Agrobank
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah
Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak

Objektif Ladang Kontrak

Objektif utama yang telah ditetapkan bagi Program Ladang Kontrak adalah;-
Menjamin kewujudan pasaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan pengeluar;
Mempertingkatkan pengeluaran buah-buahan dan sayur sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran bersistematik;
Memastikan pengeluaran hasil pertanian yang berkualiti dan mapan serta menepati kehendak pasaran melalui Amalan Pertanian Baik (GAP);
Mempercepatkan pemindahan teknologi di dalam rantaian bekalan;
Skop Program Ladang Kontrak melibatkan petani di bawah pengelolaan Jabatan Pertanian, Lembaga Pertubuhan Peladang, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak sebagai pengeluar dan FAMA/Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia bertindak sebagai pembeli dan bersetuju menjamin pasaran hasil tanaman di mana petani mengeluarkan hasil tanaman mengikut jenis, varieti, kualiti, gred, pembungkusan dan jadual pengeluaran yang ditetapkan. Bagi pengeluaran buah-buahan, Program Ladang Kontrak memberi tumpuan kepada ladang kelompok di samping usahawan dan pengeluaran individu di bawah Jabatan/Agensi dan pengeluaran individu swasta. Bagi komoditi nanas pula, pelaksanaannya adalah di bawah bidang kuasa Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia. Faedah Ladang Kontrak

Antara faedah yang diperolehi dengan menyertai ladang kontrak ialah:-
Petani mendapat jaminan pasaran ke atas produk yang dikeluarkan
Menjana dan menambah pendapatan
Jaminan bantuan khidmat nasihat teknikal dan pengurusan ladang yang lebih sistematik daripada agensi dan jabatan
Jaminan kemudahan kredit input kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan
Menikmati peluang menjalani kursus dan latihan untuk meningkatkan motivasi serta pengetahuan dalam bidang pertanian
Kaedah Perlaksanaan

Kaedah pemasaran bagi program ladang kontrak dilaksanakan melalui 2 cara. Iaitu :-
Pengaturan Pasaran
Pengeluar dengan Pengilang/Pemproses
Pengeluar dengan Institusi (hyper/supermarket )
Pengeluar dengan Pengumpul / Peraih / Pemborong
Belian Terus Oleh Fama
Kontrak Belian Mengikut Peratus
Kontrak Pajakan Bermusim
Belian Terus Oleh Fama
Belian Mengikut Peratus
Penghasilan 50 % dijual kepada FAMA dan baki 50% dijual oleh pengusaha sendiri
(Maksud 50% adalah penjualan mengikut hari secara bergilir bagi penghasilan semua gred yang diikat kontrak)
Menandatangani perjanjian kontrak ladang
Belian Kontrak Pajakan Bermusim
Pendahuluan boleh di beri tidak melebihi 20% daripada hasil pengeluaran
Pendahuluan di kira sebagai hutang dan akan di tolak dari hasil yang di jual kepada FAMA
Menandatangani perjanjian kontrak ladang
Pemasaran Hasil Ladang Kontrak

Semua hasil pengeluaran Ladang Kontrak akan dipasarkan melalui saluran-saluran berikut :-
Pasar Borong/ TEMAN/ Gerai Buah-buahan Segar (GBBS)
Rangkaian Hypermarket dan Supermarket
Peruncitan – Pasar Tani, Pasar Malam dan rangkaian pasar mini/kedai
Pembeli institusi seperti MAS, IPTA dan Maktab Perguruan
Usahawan Industri Asas Tani
Eksport

LADANG KONTRAK

Perkhidmatan Sokongan Dari FAMA

Kemudahan Infrastruktur
Infrastruktur disediakan di peringkat ladang bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan pemasaran. Kemudahan yang disediakan ialah Pusat Pengumpulan Ladang yang berfungsi sebagai tempat menjalankan aktiviti pengendalian lepas tuai, penggredan, pembungkusan dan pelabelan. Maklumat Pasaran
Maklumat pasaran disediakan sebagai panduan dan bahan rujukan bagi memudahkan pengeluar membuat keputusan berkaitan dengan pengeluaran dan pemasaran. Maklumat pasaran yang disediakan adalah seperti berikut:-
Maklumat harga (di peringkat ladang, borong dan runcit)
Maklumat bekalan dan permintaan
Kajian potensi pasaran
Senarai perantara pasaran

Khidmat Nasihat dan Rundingan
Khidmat nasihat disediakan bagi membantu dan memudahkan pengeluar membuat keputusan memilih jenis tanaman atau ternakan yang ingin diusahakan dan yang memenuhi keperluan dan kehendak pasaran. Panduan pemasaran juga disediakan bagi memudahkan pengeluar memasarkan hasil keluarannya dengan lebih berkesan. Penerokaan dan Pembangunan Pasaran
Penerokaan dan pembangunan pasaran dijalankan secara berterusan bagi memastikan pengeluar mendapat pasaran bagi hasil yang dikeluarkannya. Aktiviti ini dijalankan di dalam dan di luar negara melalui misi perdagangan, promosi, pameran, ekspo dan lawatan. Perkhidmatan Sokongan Dari Jabatan/ Agensi Lain

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)
Pembiayaan infrastruktur asas
Penyaluran input awal
Pembiayaan infrastruktur pengeluaran dan pemasaran
Pengaturan program latihan
Penyediaan kemudahan komunikasi/ICT

Jabatan Pertanian
Khidmat nasihat pengembangan
Bantuan insentif pertanian
Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
Penyertaan skim SALM

Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
Bantuan Input Petanian
Bantuan Bahan Input Tambahan
Latihan dan kursus teknikal dan motivasi
Kemudahan Infrastruktur

MARDI
Research & development
Perkhidmatan bimbingan
Program latihan
Kumpulan Sasar
Petani/Peladang/Penternak individu
Projek berkelompok
Pengeluar komersil
Projek-projek di bawah agensi kerajaan
Syarat-syarat Untuk Menyertai Ladang Kontrak
Individu Perseorangan/Kelompok Petani/Syarikat
Memiliki kawasan tanah tapak projek dengan pemilikan/sewaan yang sah disisi undang-undang
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam projek tanaman yang diusahakan
Berpengalaman dalam pengeluaran komoditi buah yang diusulkan
Mempunyai modal kerja yang mencukupi

11/09/2023
10 September 2023 | AHAD | RTC SIMPANG AMPANGSuasana sepanjang program Juanlan Agro Madani yang berlansung di perkaranga...
10/09/2023

10 September 2023 | AHAD | RTC SIMPANG AMPANG

Suasana sepanjang program Juanlan Agro Madani yang berlansung di perkarangan RTC Simpang Ampat, Seberang Perai Selatan. Yang bermula 10 - 12 September 2023 (Ahad - Selasa).

Dapatkan barangan keperluan seperti beras, gula, minyak, tepung, ayam, daging, ikan dan lain-lain barangan dengan harga yang berpatutan.

Datang beramai-ramai bagi memeriahkan program dan memberi sokongan kepada produk-produk usahawan tempatan.




17 Julai 2023 ( Selasa )Perjanjian Jual Beli (FA) Di Antara Pusat Operasi  FAMA Negeri Pulau Pinang  dan Pemasar RPKP De...
18/07/2023

17 Julai 2023 ( Selasa )

Perjanjian Jual Beli (FA) Di Antara Pusat Operasi FAMA Negeri Pulau Pinang dan Pemasar RPKP Dengan Peserta Ladang Kontrak Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) disaksikan oleh Pegawai FAMA Daerah Seberang Perai Selatan, En. Muhammad Farid Bin Ali di Kg.Changkat, SPS.

Address

Pejabat FAMA Negeri Pulau Pinang, 2442 Tingkat Perusahaan 1, Kawasan Perusahaan Perai
Bukit Mertajam
13600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6043907222

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ladang Kontrak Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ladang Kontrak Pulau Pinang:

Share