Anak anak Jertih-AAJB 2.0

Anak anak Jertih-AAJB 2.0 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Anak anak Jertih-AAJB 2.0, Grocers, Jertih, Jerteh.

17/07/2023

Bunyi2 pn padu terik ni🤣

06/10/2022

GLOBAL: Tanah runtuh dekat kubur, beberapa jenazah hampir hanyut

BANDUNG, INDONESIA: Perkhidmatan Perancang Ruang (Distaru) Kota Bandung, Jawa Barat melaporkan sebanyak 25 kubur terjejas akibat tanah runtuh ketika hujan lebat di Tanah Perkuburan Awam (TPU) Sirnaraga.

Agensi berita Antara melaporkan, Ketua UPT Tanah Perkuburan Wilayah 1 Distaru, Kota Bandung, Saeful Iman berkata, ketika ini pihaknya sedang mengenal pasti kubur terlibat untuk dimaklumkan kepada waris atau keluarga.

CNN Indonesia p**a melaporkan, benteng penahan TPU terbabit runtuh menyebabkan beberapa kubur terbongkar dan hampir menyebabkan beberapa jenazah hanyut.

Jelas Saeful, pihaknya juga sedang bertungkus-lumus bagi memastikan kejadian tanah runtuh itu menjadi semakin buruk dan menjejaskan kubur lain.

Katanya, daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Sementara itu, Ketua Polis Sektor Cicendo, Sadewo berkata, kejadian tanah runtuh sekitar TPU Sirnaraga itu berpunca daripada hujan lebat yang berlaku sekitar pukul 2.37 petang (waktu Indonesia Barat).

Air dari Sungai Cilimus melimpah dan menyebabkan benteng di pinggir sungai itu runtuh.

ā€œDaripada tujuh kubur itu, dua daripadanya adalah jenazah kanak-kanak kecil, lima lagi dewasa. Dalam keadaan baik, hanya ada sedikit yang boleh dilihat secara langsung seperti bahagian kepala,ā€ katanya

Daripada 25 kubur terbabit, 10 kubur mengalami kerosakan dengan tujuh dicadangkan untuk dipindahkan.

Gambar/Video: Media Sosial
05/10/2022

Address

Jertih
Jerteh
22020

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak anak Jertih-AAJB 2.0 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category