Lubuk Emas Sawit Kita

Lubuk Emas Sawit Kita Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lubuk Emas Sawit Kita, Grocers, lot 67 Jalan sentosa, Jerteh.

Apa itu penyakit Ganoderma?Penyakit kulat yang menjangkit dan mereputkan batang, akar ataupangkal pokok sawit. Ia juga d...
14/02/2023

Apa itu penyakit Ganoderma?

Penyakit kulat yang menjangkit dan mereputkan batang, akar atau
pangkal pokok sawit. Ia juga dikenali sebagai salah satu jenis
penyakit akar putih disebabkan warna hypha kulat.

Kulat ganoderma adalah sejenis parasit yang tumbuh di kawasan tanah yang bertoksid dan masam. Hal ini kerana kawasan yang bertoksid dan masam tidak mengandungi mikrob baik atau telah mati.

Kesan tanah masam dan tiada organisma baik ini akan menyebabkan hasil kelapa sawit akan berkurangan dan juga jangka hayat pokok juga menjadi pendek atau akhirnya boleh mati.

Tahukah anda apa itu tanah gambut? Mari belajar bersama-sama ๐Ÿ˜‰ Jangan lupa kongsikan fakta ini dengan kawan-kawan anda ๐Ÿ™Œ...
04/09/2022

Tahukah anda apa itu tanah gambut? Mari belajar bersama-sama ๐Ÿ˜‰ Jangan lupa kongsikan fakta ini dengan kawan-kawan anda ๐Ÿ™Œ
โ–ชTanah gambut terbentuk daripada pereputan bahan organik seperti daun, ranting dan kayu yang berlaku secara perlahan (lebih beribu tahun).
โ–ชBahan organik separa reput ini menjadikan air gambut berasid dengan pH 3-5 dan berwarna perang atau hitam.
โ–ชTanah gambut biasanya terbentuk di atas permukaan dasar lempung atau pasir.
โ–ชSecara semulajadi, paya gambut mempunyai komposisi 10% bahan organik dan 90% air.

Salam sejahtera.๐Ÿ˜Š๐ŸŒค๏ธHari ni saya nak share๐Ÿค”*KENAPA SAWIT TAK MENYERAP BAJA SEMULAJADI?*Baja semulajadi ni adalah seperti ...
08/08/2022

Salam sejahtera.๐Ÿ˜Š๐ŸŒค๏ธ

Hari ni saya nak share๐Ÿค”

*KENAPA SAWIT TAK MENYERAP BAJA SEMULAJADI?*

Baja semulajadi ni adalah seperti nitrogen dari tanah dan udara.๐ŸŒ•๐ŸŒฌ๏ธ

Tanah yang subur dapat memberi baja semulajadi yang mencukupi kepada pokok sawit. Sekiranya tanah tak sihat seperti tanah berlumut, baja semulajadi tak dapat diserap oleh pokok.

Kemudian, pokok sawit pun boleh bermasalah seperti tak berbuah dan terbantut tumbesaran.๐Ÿ˜ซ

*CARA NAK PULIHKAN PENYERAPAN BAJA POKOK SAWIT*

Anda boleh buat proses pengapuran untuk meneutralkan tanah.

Pengapuran boleh gunakan Dolomite, Kaserite, atau Garam

Anda juga boleh gunakan baja cecair organik. Baja cecair ni lebih cepat untuk menguraikan toksik baja butir NPK. Tanah pun lagi cepat menjadi subur!๐Ÿ˜ฑ

*[ TIP PENJAGAAN POKOK SAWIT ]*Pokok bunga Pukul 10 atau *Turnera subulata (bunga putih)* ini biasanya di tanam di ladan...
31/07/2022

*[ TIP PENJAGAAN POKOK SAWIT ]*

Pokok bunga Pukul 10 atau *Turnera subulata (bunga putih)* ini biasanya di tanam di ladang kelapa sawit.

Kalau Tuan/Puan perasan ada di keliling ladang kelapa sawit berhampiran pagar. Bagi tanaman kelapa sawit Bunga Turnera Dan Air Mata Pengantin ditanam *bertujuan untuk mengawal ulat bungkus yang menyerang tanaman kelapa sawit.*

Bunga Turnera juga sesuai ditanam di Kawasan tanaman yang Tuan/Puan usahakan seperti Pisang, Kelapa dan lain-lain seperti Padi.

Bunganya akan mula kembang pada pukul 10 pagi dan kuncup pada waktu petang. Itu sebabnya dipanggil pokok bunga Pukul 10.

Bunga ini mengeluarkan bau yang babi/khinzir tidak s**a. Ianya boleh tanam di sekeliling Kawasan tanaman untuk dijadikan sebagai โ€˜pagarโ€™ bagi mengelak serangan Perosak. Kita sedia maklum babi aktif lewat petang dan malam. Aroma bunga ini bila malam semakin kuat. Bau ini menganggu deria bau babi.

Sumber: Majalah Keluarga.my

๐Ÿ’กTIPS-TIPS MUDAH DARI OTAI SAWIT ๐Ÿ’ก*1. Bagaimana cara untuk bunuh kulat ganoderma pada pokok sawit?*โœ…Ambil tayar kereta/m...
25/07/2022

๐Ÿ’กTIPS-TIPS MUDAH DARI OTAI SAWIT ๐Ÿ’ก

*1. Bagaimana cara untuk bunuh kulat ganoderma pada pokok sawit?*

โœ…Ambil tayar kereta/motor lama dan belah. Kemudian letakkan di kawasan akar pokok dan bakar tayar tersebut atau titiskan tayar terbakar di kulat gano (jangan letak tayar betul-betul di akar pokok. Perlu jarakkan sedikit).

*2. Apa perlu dibuat jika pokok tidak berbuah?*

โœ…Lakukan pendebungaan secara manual. Ambil bunga jantan, kemudian emparkan pada bunga betina di pokok sawit (jika pokok masih rendah).

*3. Sawit saya kekurangan mineral. Apa perlu dibuat?*

โœ…Taburkan garam di sekitar pangkal pokok sawit. Ataupun tabur baja yg ada unsur Mg tinggi.

*4. Tangan tercucuk duri sawit. Macam mana nak buat?*

โœ… Ambil biji sawit lerai kemudian picit sehingga keluar minyak. Sapu minyak tersebut di kawasan luka.

*5. Kawasan tanah sawit saya adalah tanah jenis berpasir. Apa perlu di lakukan?*

โœ…Buat batas supaya air lambat meresap/turun. Kerana tanah berpasir tidak dapat pegang air dalam tanah tersebut.

Salam sejahtera๐Ÿ˜Š๐ŸŒค๏ธHari ni kita sambung mengenai *kulat MARASMIUS* yea๐Ÿ˜ŠCara cegah kulat ini:-1) Buang atau musnahkan tand...
20/07/2022

Salam sejahtera๐Ÿ˜Š๐ŸŒค๏ธ

Hari ni kita sambung mengenai *kulat MARASMIUS* yea๐Ÿ˜Š

Cara cegah kulat ini:-

1) Buang atau musnahkan tandan yang dah rosak ada kulat ini untuk elakkan berjangkit pada tandan lain.

2) Jika tanda tak rosak boleh cegah dengan menggunakan racun yang ada kandungan *Fungicide* boleh tanyakan kedai racun terdekat.

3) Rawatan dengan suppliment untuk bantu proses permulihan lebih cepat dan digalakkan tabur baja subur sekali 1kg bagi bantu pemulihan.

Antara cara cegah yang dapat membantu agar tiada lagi masalah kulat ini.

Salam sejahtera๐Ÿ˜Š๐ŸŒค๏ธTahukah anda tentang *KENAPA TANDAN SAWIT ROSAK DAN BURUK*Rupanya masih ramai yang tidak mengetahui ke...
18/07/2022

Salam sejahtera๐Ÿ˜Š๐ŸŒค๏ธ

Tahukah anda tentang *KENAPA TANDAN SAWIT ROSAK DAN BURUK*

Rupanya masih ramai yang tidak mengetahui kenapa tandan jadi rosak!

Tandan rosak atau buruk ni berpunca dari kulat *MARASMUS* yang mudah tersebar melalui angin atau kumbang.

Kulat MARASMUS ini kita boleh lihat pada tandan ada tompok atau kesan berwarna putih atau sesawang putih๐Ÿค”

Jika tak cegah akan mudah berjangkit pada tandan lain atau pokok lain๐Ÿ˜ฑ

Cara cegah ada 3!!

Saya akan sharekan semula yea๐Ÿ˜Š

๐™‚๐™–๐™ฃ๐™ค๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– adalah satu penyakit yang amat di takuti oleh para pekebun dan peladang kelapa sawit. ๐Ÿ„๐™‚๐™–๐™ฃ๐™ค๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– atau kata lai...
16/07/2022

๐™‚๐™–๐™ฃ๐™ค๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– adalah satu penyakit yang amat di takuti oleh para pekebun dan peladang kelapa sawit. ๐Ÿ„

๐™‚๐™–๐™ฃ๐™ค๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– atau kata lain ๐™ฅ๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™–๐™ ๐™ž๐™ฉ ๐™–๐™ ๐™–๐™ง ๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ž๐™ adalah satu jenis penyakit kulat yang berjangkit dan mereputkan batang, akar dan pangkal pokok kelapa sawit. Ia berlaku kerana kekerapan penggunaan ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐—บ๐—ถ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป
seperti racun dan baja kimia berlebihan. Selain itu ia terjadi kerana tiada langsung mikrob baik di dalam tanah๐Ÿ›

๐’๐ข๐ฆ๐ฉ๐ญ๐จ๐ฆ :
๐ŸŒดDaun bawah berjuntai seperti skirt
๐ŸŒดPucuk pokok sawit berganda
๐ŸŒดReput dan berlubang di batang pokok
๐ŸŒดKemunculan cendawan kulat ๐™‚๐™–๐™ฃ๐™ค๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™–
๐ŸŒดDaun hijau muda kekuningan

๐—ž๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ถ๐—น๐—ฎ ๐—ฝ๐—ผ๐—ธ๐—ผ๐—ธ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—š๐—ฎ๐—ป๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ :
๐ŸŒดPokok sawit akan mati
๐ŸŒดHasil pengeluaran buah berkurangan
๐ŸŒดBerlaku pokok tumbang bila batang start mereput di musim berangin.

๐™๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ :
๐Ÿ’ŠSuntikan racun kulat hexaconazale pada batang pokok sawit menggunakan alat penyuntik (recommanded) dengan cara ini dapat memanjangkan jangka hayat pokok.
๐Ÿ’ŠKawalan biologi menggunakan mikroorganisma endofitik, kulat pengurai dan bahan tanaman sawit rintang
๐Ÿ’ŠKawalan ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต dari terkena penyakit Ganoderma adalah stabilkan pH tanah dan rawat tanah dengan menggunakan ๐—ฆ๐—ผ๐—ถ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฒ yang berfungi sebgai perawat tanah, stabilkam pH tanah dan penggalak akar
๐Ÿ’Š๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฐ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐—ต penyakit GD dengan menggunakan kaedah orang lama iaitu membakar tayar atau tiup ambil getah panas tampal kawasan kulat

Tambahan ๐Ÿ™ Anggaran kerugian apa bila terkana penyakit ๐™‚๐™–๐™ฃ๐™ค๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– adalah ๐—ฅ๐—  ๐Ÿญ.๐Ÿฑ ๐—•๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ผ๐—ป setahun untuk ๐Ÿฎ๐Ÿฎ๐Ÿญ,๐Ÿฌ๐Ÿฌ๐Ÿฌ ๐—ต๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ฎ๐—ฟ. ๐Ÿ’ธ๐Ÿ’ธ

Itu sahaja perkongsian pada hari Jumaat penghulu segala hari, yang baik itu datang dari Tuhan dan yang kurang itu datang dari diri saya sendiri. ๐Ÿ‘จโ€๐ŸŒพ

Terima kasih, semoga bermanfaat buat semua ๐Ÿ˜Š

14/07/2022

Terbaik lah felda jengka 25 .Tahniah diucapkan menang felda cemerlang dengan hadiah bernilai 1juta tu.

Address

Lot 67 Jalan Sentosa
Jerteh
22000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lubuk Emas Sawit Kita posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category