07/12/2021
Apa itu AMOORA BIDADARI"??
Bidadari ini bukan jamu atau maajun, bidadari adalah makanan campuran kurma dan herba bermanfaat untuk booster energi inspirasi dari diri mami sediri mencari makanan utk tambah tenaga, untuk tambah susu, sekaligus utk kesihatan dalaman dan tenaga maklumlah mami ni ibu anak ramai, kerap bersalin, menyusu ank setiap tahun dari 2008 tak rehat lagi sampailah sekarang menyusu anak ๐คญ, bukan setakat full time suri rumah juga memikul amanah sebagai leader dan ibu kepada anak anak amoora mami, otakni sentiasa nak memikirkan strategi bantu mereka utk terus berjaya dalam perniagaan amoora mereka. Mami perlu sentiasa sihat, cergas, mood yg stabil dan bertenaga.
maka mami sendiri mencari makanan terbaik utk diri sendiri yg boleh diamalkan, sekaligus tidak menjejaskan susu ibu, beri tenaga yg cepat, mami dapat ilham utk cipta resepi bidadari ini adalah inspirasi dari kisah dalam Al Qurโan disebut bahawa Allah memerintahkan Jibril untuk menyuruh Siti Maryam agar memakan buah kurma agar tubuhnya tetap kuat sehingga boleh melahirkan Nabi Isa AS, firman Allah :
โDan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamuโฆโ [Maryam 25]
Dari kisah ini mami mendapat kesedaran jika Allah sendiri yg menyuruh Siti Maryam memakan kurma mesti satu manfaat yg paling dasyat ada dalam kurma utk kesihatan wanita, dan tenaga wanita,kita sedia maklumkan nak melahirkan anak, ibu perlukan tenaga umpama nak berlari satu padang bola, maka kurmalah pilihan Allah utk siti Marym booster tenaga sekaligus memenangnya beliau dari segi emosi juga, oleh itu mami buat keputusan utk cipta resepi Bidadari bahan utamanya juga dari kurma, MasyaAllah Tabarakallah, Haza Min Fadhli Rabbi semuanya dari Allah yg membimbing mami masa tu.
kejatuhan JAMU BIDAN,mami terpaksa harungi pelbagai proses.bukan mudahkan melepaskan produk yg lahir dari jiwa mami yg terlalu cinta pada herba dan alamni, dari inspirasi bahan dari Jamu Bidan juga mami gabungkan bersama dan akhirnya terciptalah resepi Amoora Bidadari yg bukan biasa biasa, bidadari lovers pasti tahu kesannya pada mereka yg mengamalkan secara istiqamah, bidadari bukan produk OEM, resepi ni dtg dari mami sendiri, mami sendiri yg adun dan proses.
Resepi Amoora Bidadari hadir selepas hilang separuh jiwa mami, disaat dah rasa putus asa, kata Sang Guru, ini proses hida, ini proses untuk upgrade diri mu, jadilah seperti SERULING,dipotong potong badannya, dikikis kikis kulitnya, ditebuk-tebuk badannya,disiat-siat kulitnya, akhirnya keluarlah alunan muzik yang indah mengasyikkan ramai orang, yess inilahh yg mami nampak ALLAH tarik keluar jamu bidan nak ganti pada mami dan semua wanita yg sayang diri dengan makanan yg sungguh ajaib utk kesihatan, tenaga,dalaman sekaligus kepada emosi mereka. Subhanallah indahnya disebalik kesakitan yg mami tanggung akibat rampasan k+*m tersebut.
Begitulah perjalanan hidup kita, rebah, bangun dan bangkitlah, mami pasak kata kata ini pada diri mami utk kuatkan mami bangkit, dirimu pernah membantu ramai orang menjadi alat ALLAH sebagai TANGANNYA membahagiakan mereka, menjadi "ALAT SANG SUMBER" untuk rezeki mereka, mana mungkin ALLAH membiarkan "TANGAN ITU" hilang begitu sahaja. itulah "panggilan jiwamu" yang membuatkan mu bahagia dan membahagiakan dirimu dan orang lain satu ketika dulu....๐ญ๐ญ
Kata kata ini membuatkan mami push diri mami trust the process, terus bangkit dan berlari hingga AMOORA makin dikenali saat ini..
"AMOORA" membawa makna seorang wanita yang cantik kekuatan dalamanya, spiritualnya, kebangkitan penuh cinta dan bercahaya membahagiakan ramai wanita disisinya..secrets of love dari Allah.. Insha Allah..
Pemilihan "brand" ini juga bukan sekadar pilih, tetapi dengan jiwa dan air mata.... prosesnya panjang setahun air mata mami menjadi saksi kebangkitan mami...
Selamat tinggal wahai kekasih hati si JAMU BIDAN, perginya dirimu menjadi ingatan dan kerinduan ramaiii sang ratu, hadirmu suatu ketika dulu membahagiakan dan mengembirakan ramai wanita, terima kasih Allah memberi pinjam dirinya walaupun seketika, diriku dan ramai jiwa yg bahagia semakin bahagia..
Selamat datang wahai cahaya cinta si AMOORA BIDADARI semoga kehadiran mu sebagai ganti si JAMU BIDAN bukan sekadar membahagiakan hati sang wanita tetapi sang suami dan ank anak mereka juga, terus menyinari hidup ramai ummah dan mengembirakan Rasulullah kerana ramai para ibu dirawat kesihatannya, emosinya, bila mana ibu ibu bahagia seisi rumah turut bahagia maka lahirlah ummah yg tenang dan bahagiaโค๏ธ
AMOORA BIDADARI bukan sekadar membawa produk untuk makanan kesihatan dalaman lahiriah seorang wanita, tetapi rohaniah dan jiwa wanita itu sendiri inshaAllah ๐
Hampir 15 jenis herba, bijirin organik dan makanan sunnah yg mami sendiri pilih dibantu dengan cadangan beberapa guru mami yg bertauliah dari bidang herba dan pakar pemakanan nutrisi dan organik, mereka banyak membantu mami untuk pilihan herba yg paling terbaik, memastikan bahan bahan herba yang dipilih itu menggunakan sukatan yg betul, diluluskan oleh makmal makanan bertauliah, selamat dan memberi kesan kepada keseluruhan kesihatan wanita,inshaAllah.
Terima kasih wahai guru guru yang banyak membimbing dan juga anak anak team Amoora Superfood mami yg tak pernah putus asa sebarkan manfaat bidadari kepada seluruh bidadari didunia ni aamiin.
Tak sangka sampai tahap ini Amoora sudah berjalan dan mengalir, dgn pelbagai onak duri dan air mata ... Haza Min Fadhli Rabbi..
Terima kasih buat semua AMOORA LOVERS yg telah banyak menyokong kami?
Nak join CHANNEL GROUP RAHSIA MUSLIMAH AMOORA BIDADARI? komen nak mami akan add ke group facebook rahsia Amoora Bidadari โค๏ธ๐น