Pemborong Cendawan JB

Pemborong Cendawan JB harga borong 1 kg rm14

02/09/2022
Pemborong Cendawan JB Rahsia Petani Kaya vs Petani Miskin" Kita tanam cendawan tapi kita jangan jual cendawan. Kita jual...
03/06/2021

Pemborong Cendawan JB

Rahsia Petani Kaya vs Petani Miskin

" Kita tanam cendawan tapi kita jangan jual cendawan. Kita jual cendawan goreng. Baru boleh dapat income ratus ribu " Itu yang saya cakap pada peserta kursus cendawan.

Saya tinggal dikampung 386km dari bandar metropolitan Kuala Lumpur. Kampung saya di Kota Tinggi. Datang Kota Tinggi pagi-pagi boleh makan soto dan lontong. Tengah hari boleh cuba nasi ayam hj baser atau belangkas kota. Malam korang cari steam boat dan char kue tiaw tepi sungai kota.

Hari ni saya nak cerita sikit. Saya terinspirasi dari perniagaan Takoyaki (Sejenis makanan jepun) yang kini sudah menjadi salah satu makanan viral dan di gemari rakyat Malaysia. Brand Chef Tako memang sudah tidak asing dan mereka sudah mempunyai ratusan gerai tepi jalan yang hanya menjual takoyaki.
Saya mula bertanya, Industri cendawan di Malaysia sudah bermula sejak tahun 1980 an lagi dan sehingga sekarang, amat sukar jumpa brand atau peniaga goreng cendawan sahaja di mana-mana tempat. Sedangkan permintaan cendawan mentah sahaja amatlah tinggi dalam negara kita.
Jadi, saya mulakan sendiri cendawan goreng jalanan dan di brandkan atas nama Kampong Cendawan.

" Tanam cendawan lebih baik dari melabur ASB "

Sebab tu ada Group Jutawan Cendawan. Tanam cendawan je boleh jadi Jutawan. 🤣
Jangan marah dulu baca apa yang saya nak tulis.
Formula tanam cendawan

Hanya perlu ruangan yang minima 10x10 kaki sudah cukup.

Kanopy 10x10 boleh masuk sebanyak 1000-1500 bongkah.

Cendawan ambil masa 45 hari untuk keluar cendawan dan jangka hayat lebih kurang 3 bulan dengan purata pengeluaran sebanyak 5-6 kali semusim.

Satu bongkah cendawan bergantung pada penjagaan, suhu, kelembapan, kebersihan dan pengudaraan. Dapat antara 250g - 300g. Kalau kurang penjagaannya dapat 100g je. Jangan amalkan 7T (Tanam, Tak Tengok-Tengok, Tinggal...Tunggu Tuai). Panjagaan kena serius.

OK jom kita kira

1000 bongkah x purata hasil 200 gram sebongkah

200 kilogram dijual secara borong kepada pembekal RM10 sekilo.

Semusim RM2,000

Kalau dibuat cendawan goreng bagaimana kiranya ?

1 kg cendawan goreng bersamaan 10 bekas.

200kg x 10 = 2,000 bekas semusim (3 bulan)

1 bekas cendawan goreng biasa dijual dengan harga RM5 = RM10,000 semusim

1 bekas cendawan goreng cheese dijual dengan harga RM7 = RM14,000 semusim

1 bekas cendawan goreng Fully Loaded dijual dengan harga RM12 = RM24,000 semusim

Jadinya kalau tanam 10,000 bongkah berapa boleh dapat kalau jual cendawan gorengnya?

RM100,000-RM240,000 semusim berbanding RM20,000 semusim jika jual cendawan segar secara borong.

Banyak sangat jurang perbezaan tu, tipulah. Kalau dapat 20K pun dah banyak kan.

"Cukup ke tanam 1000 bongkah untuk order tiap-tiap hari? " Purata pengeluaran cendawan untuk 1000 bongkah hanya dalam 2kg-3kg sehari.

Sekarang gerai buka di kampung sahaja pun 3-5kg setiap hari boleh jalan. Apa lagi kalau buka di bandar. Sehari 10kg pun boleh punya untuk satu gerai.

Kalau nak pendapatan yang tinggi lagi buka lagi gerai dan upah pekerja yang boleh di percayai. Sebagai contoh kita buka 5 gerai. Sehari kena ada 50kg cendawan.
Untuk hasilkan 50 kg cendawan setiap hari, kita kena ada sebanyak 25,000 bongkah cendawan jeee.. 🍄

Kesimpulan

1. Saya nasihatkan jangan tengok sangat kiraan kat atas kertas. Tapi perlu ada asas, ilmu dan kesungguhan.

2. Semua perkara ada masalahnya sendiri, ada risiko. Kena serang kulat lain, Takut bongkah rosak, Takut cuaca panas, Takut segala macam . KIta tawakal dan usaha sungguh-sungguh.

3. Nak jadi petani kaya kena maksimumkan pendapatan. Buat jadi produk. Belajar buat marketing. Selagi Malaysia ni ada manusia tak pindah plenet lain. Sumbur makan pertanian ni mesti laku.

Bongkah tiram kelabu gred A
Utk order contact 0182224598 aishah

Selalu pergi kedai runcit dapat cendawan yang dah tidak cantik?yang sudah tidak fresh?susah dapat beli stock cendawan?ki...
01/05/2021

Selalu pergi kedai runcit

dapat cendawan yang dah tidak cantik?

yang sudah tidak fresh?

susah dapat beli stock cendawan?

kini tidak lg, kerana cendawan yang kita jual sentiasa petik setiap hari dan selalu ada stock

berminat utk jadi agent cendawan atau nk order, boleh terus contact 0182224598

Cendawan tiram fresh rm15 per kg

utk harga borong boleh terus contact 0182224598 aishah

01/05/2021
Cendawan fresh,,ade 30 kg,,nk order pm je,berbaloi baloi buat cendawan celup tepung sendiri,beli 500g je dh blh mkn samp...
28/02/2021

Cendawan fresh,,ade 30 kg,,nk order pm je,berbaloi baloi buat cendawan celup tepung sendiri,beli 500g je dh blh mkn sampai puas seisi keluarga...

500g rm8...

Tq sudi order...
06/02/2021

Tq sudi order...

Cendawan fresh,hari2 petik...
31/01/2021

Cendawan fresh,hari2 petik...

Cendawan fresh,stock sampai hari jumaat ni, 1 kg rm15...berminat pm,area jb dan berdekatan
27/01/2021

Cendawan fresh,stock sampai hari jumaat ni, 1 kg rm15...berminat pm,area jb dan berdekatan

Address

Jalan Mulia
Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pemborong Cendawan JB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pemborong Cendawan JB:

Share