Telur Itik Kota Tinggi - Telur Masin

Telur Itik Kota Tinggi - Telur Masin Penternakan Itik Penelur - Pembekal Telur Itik Segar dan bersih serta Telur Masin Halal. Ummi Rich Farm ialah syarikat yang mempunyai Sijil Halal JAKIM.

02/08/2026



29/07/2026

Ada yang nak ke 😜

"Jemputan Ekslusif Jelajah Padanan Perniagaan " anjuran  Telur Masin UmmiRich bersama Anchor Business Matching 🧡        ...
08/07/2026

"Jemputan Ekslusif Jelajah Padanan Perniagaan " anjuran

Telur Masin UmmiRich bersama Anchor Business Matching 🧡







17/06/2026

SALAM MAAL HIJRAH

Muharam Bulan Utama Berpuasa Selepas Ramadan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ، وَإِنَّ أَفْضَلَ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْمَفْرُوضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

Daripada Abu Hurairah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: Puasa yang paling utama selepas puasa bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharam dan sesungguhnya solat yang paling utama setelah solat fardu ialah solat malam (Tahajud). (HR Abu Daud No: 2429) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Di antara amalan soleh yang sangat digalakkan untuk umat Islam lakukan pada bulan Muharam adalah dengan memperbanyakkan berpuasa sunat.

2. Sebaik-baik puasa setelah puasa wajib di bulan Ramadan adalah puasa sunat di bulan Muharam.

3. Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang bulan apakah yang Rasulullah perintahkan untuk dirinya berpuasa setelah bulan Ramadhan? Maka jawab baginda SAW:

إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمِ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ

Maksudnya: Sekiranya kamu hendak berpuasa setelah bulan Ramadan maka berpuasalah kamu pada bulan Muharam kerana sesungguhnya ia adalah bulan Allah. (HR Tirmizi No: 741)

4. Bulan Muharam disebut sebagai bulan Allah menunjukkan kemuliaan dan kelebihan bulan Muharam. Umum mengetahui jika sesuatu perkara itu disandarkan kepada Allah maka ianya menjadi suatu yang mulia. Sama seperti Baitullah, Abdullah, Rasulullah, dan seumpamanya.

5. Menurut Imam Nawawi bulan Muharam adalah antara bulan yang paling utama untuk memperbanyak puasa sunat. Antaranya berpuasa pada hari ke-9 Muharam (Tasuua’a) dan ke-10 Muharam (Asyura’).

6. Solat yang paling utama setelah solat fardu adalah solat sunat di malam hari (qiamullail) seperti solat Tahajud, Taubat, Witir dan lain-lain. Solat malam memerlukan keikhlasan, kesabaran juga pengorbanan keselesaan.

7. Hadis ini mengajarkan kita bahawa amalan sunat yang dilakukan dengan ikhlas dan berterusan selepas amalan fardu merupakan jalan mendekatkan diri kepada Allah. Ia menggalakkan kesungguhan ibadah puasa walaupun di luar bulan Ramadan, serta menjadikan waktu malam sebagai peluang besar untuk meningkatkan pahala.

8. Marilah kita perbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini, antaranya puasa sunat Isnin, Khamis, puasa sunat hari puteh (13, 14 dan 15 hb) juga puasa Sunat Tasuua’a dan Asyura pada 9 dan 10 hb Muharam.

Selamat Menyambut Kedatangan Tahun Baru Hijrah 1448. Madani Dihayati, Ummah Diberkati.

15/06/2026

Telur Itik Segar setiap hari 🧡






11/06/2026

🧡

10/06/2026
25/05/2026

Puasa Sunat Arafah

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة

Daripada Abu Qatadah RA bahawasanya Nabi SAW bersabda: "Puasa pada hari 'Arafah, sesungguhnya aku mengharapkan daripada Allah agar ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga setahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah bagi selain orang yang berada di 'Arafah (bukan Jemaah haji yang wuquf di Arafah). (Sunan Tirmizi No: 680) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Disunahkan berpuasa pada hari Arafah (9hb Zulhijjah) bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji

2. Puasa pada hari Arafah mempunyai kelebihan yang sangat besar. Orang yang berpuasa pada hari Arafah akan mendapat ganjaran keampunan dosa setahun sebelum dan setahun yang akan datang.

3. Menurut ulama, yang dimaksudkan pengampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang ialah dosa-dosa kecil. Adapun dosa besar memerlukan taubat yang khusus.

4. Ganjaran puasa sunat Arafah seolah-olah berpuasa selama dua tahun.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَلِمَةً تُشْبِهُ عَدْلَ ذَلِكَ قَالَ صَوْمُ عَرَفَةَ بِصَوْمِ سَنَتَيْنِ وَصَوْمُ عَاشُورَاءَ بِصَوْمِ سَنَة

Daripada Abu Qatadah bahawa Nabi SAW mengucapkan kata-kata yang mirip dengan kesamaannya, ia berkata; Puasa 'Arafah seperti puasa dua tahun dan puasa 'Asyura` sama seperti puasa setahun. (Musnad Ahmad No: 21568)

5. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak menunaikan puasa Arafah ketika melaksanakan ibadah Haji, namun boleh sahaja untuk berpuasa.

سُئِلَ ابْنُ عُمَرَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ بِعَرَفَةَ فَقَالَ حَجَجْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ أَبِي بَكْرٍ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُمَرَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَمَعَ عُثْمَانَ فَلَمْ يَصُمْهُ وَأَنَا لَا أَصُومُهُ وَلَا آمُرُ بِهِ وَلَا أَنْهَى عَنْهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ وَقَدْ رُوِيَ هَذَا الْحَدِيثُ أَيْضًا عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ رَجُلٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَأَبُو نَجِيحٍ اسْمُهُ يَسَارٌ وَقَدْ سَمِعَ مِنْ ابْنِ عُمَر

Ibnu Umar RA ditanya tentang puasa Arafah di 'Arafah, dia menjawab, saya pernah melaksanakan haji bersama Nabi SAW dan dia tidak puasa di Arafah, saya juga pernah haji bersama Abu Bakar beliau juga tidak puasa 'Arafah, pernah juga bersama Umar dan dia tidak berpuasa, demikian halnya bersama 'Utsman, beliau juga tidak berpuasa dan saya tidak berpuasa juga tidak menyuruh orang lain untuk berpuasa dan tidak juga melarangnya. (HR Tirmizi No: 682) Status: Isnad Sahih

6. Hadis ini menunjukkan kelebihan luar biasa puasa Hari Arafah sebagai salah satu amalan terbaik dalam sepuluh awal Zulhijjah. Dengan rahmat Allah, puasa ini menjadi sebab penghapusan dosa selama dua tahun bagi orang yang melakukannya dengan penuh keimanan dan keikhlasan. Ia juga mendidik umat Islam agar sentiasa merebut peluang hari-hari yang mulia untuk memperbanyakkan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Marilah kita mengambil kesempatan untuk melaksanakan puasa sunat hari Arafah pada Selasa ini 26hb Mei 2026 bagi kita di Malaysia. Ayuh ingatkan ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan kita untuk merebut peluang yang hanya datang setahun sekali. Tahun depan belum tentu kita menemuinya.

20/05/2026

Alhamdulillah 🤣🤣🤣

Address

Ummi Rich Farm
Johor Bahru
81900

Telephone

+60137732329

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Telur Itik Kota Tinggi - Telur Masin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share