Surau An - Nur Taman Sri Pandan

Surau An - Nur Taman Sri Pandan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Surau An - Nur Taman Sri Pandan, Grocers, Taman Sri Pandan, Johor Bahru.

Bubur lambuk Ramadhan 2026 telahpun selesai kita lakukan, yang mana sabtu 7Mac merupakan masak kali ke-4 sepanjang Ramad...
08/03/2026

Bubur lambuk Ramadhan 2026 telahpun selesai kita lakukan, yang mana sabtu 7Mac merupakan masak kali ke-4 sepanjang Ramadhan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang, para jawatankuasa, dan juga penduduk yang menjayakan aktiviti ini sepanjang Ramadhan tahun ini.

Kami memohon maaf jikalau sepanjang edaran dilakukan, ada yang tidak dapat merasa atau rasanya kurang memuaskan seperti yang diharapkan. Kami telah berusaha sehabis baik agar semuanya berjalan lancar. InsyaAllah, jika ada kekurangan, maafkan kami dan kami sedia memperbaikinya dimasa akan datang.

Jumpa lagi tahun hadapan. InsyaAllah, semoga usaha kita mendekatkan ukuwah dan berkongsi rezeki ini diberkati Allah. Segala maklum balas boleh terus ke jawatankuasa Surau Tmn Sri Pandan.

Himpunan gambar-gambar Jemaah Surau Tmn Sri Pandan yang berbuka puasa di Surau sepanjang minggu ini.
24/02/2026

Himpunan gambar-gambar Jemaah Surau Tmn Sri Pandan yang berbuka puasa di Surau sepanjang minggu ini.

Program Tadarus Lelaki dan Wanita telah bermula sejak Sabtu lepas. Dijemput semua penduduk yang ingin bertadarus bersama...
24/02/2026

Program Tadarus Lelaki dan Wanita telah bermula sejak Sabtu lepas. Dijemput semua penduduk yang ingin bertadarus bersama, boleh hadir ke bilik mesyuarat selepas solat terawih.

Manakala untuk lelaki, tadarus dijalankan diruang solat Surau An-Nur. Tadarus ini akan diadakan setiap hari sehinggalah Khatam.

Ahad minggu terakhir sebelum puasa, Jawatankuasa bersama jemaah Surau Tmn Sri Pandan mengadakan gotong royong membersihk...
17/02/2026

Ahad minggu terakhir sebelum puasa, Jawatankuasa bersama jemaah Surau Tmn Sri Pandan mengadakan gotong royong membersihkan Surau, dan persekitarannya.

Ianya bagi menyambut datangnya Bbulan Ramadhan lagi beberapa hari lagi. Gotong royong ini disekalikan dengan gotong royong S&D Aedes. Terima kasih AM Zon Desa Harmoni dan KRT TSP yang turut bersama menjayakan program gotong royong kali ini.

Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat. Alhamdulilah, semuanya selesai dan kita berjaya siapkan.

Barang dan perkakas penyediaan bubur lambuk juga sempat bersihkan. Jemput semua jemaah dan qariah Surau bersama-sama bergotong royong pada hari pertama puasa nanti.

Sampai jumpa nanti. Assalamualaikum!!

Suasana semasa Program Kenduri Kelompok / Tahlil Perdana Surau An-Nur Taman Sri Pandan. Majlis berjalan lancar, dan majl...
15/02/2026

Suasana semasa Program Kenduri Kelompok / Tahlil Perdana Surau An-Nur Taman Sri Pandan. Majlis berjalan lancar, dan majlis dipimpin oleh Tuan Imam Hj Yusoff Bin Abdullah sambil dibantu oleh Imam Mohd Yassin.

Kehadiran penduduk, qariah Surau An-Nur amat mengalakkan setiap kali program dijalankan.

Jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat dari segi persiapan, dan penyumbang-penyumbang, didoakan apa yang kita hajati, diterima Allah yang MahaEsa.

Tidak lupa KRT TSP yang sentiasa bersama-sama menjayakan program ini.

11 Feb, Rabu jam 9.00 malam, diadakan Majlis Penutup Kelas Mengaji Surau An-Nur Taman Sri Pandan. Jutaan terima kasih di...
11/02/2026

11 Feb, Rabu jam 9.00 malam, diadakan Majlis Penutup Kelas Mengaji Surau An-Nur Taman Sri Pandan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir mendengar taklimat dan penerangan pada malam ini.

Kelas akan disambung semula selepas Raya Aidilfitri. Sampai berjumpa lagi selepas Raya. Diharapkan segala ilmu yang dicuraikan, tidak terhenti dan teruskan mengulangkaji semasa cuti nanti.

Majlis yassin mingguan pada minggu lepas, berserta majlis tahlil kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang banyak berjas...
11/02/2026

Majlis yassin mingguan pada minggu lepas, berserta majlis tahlil kepada Allahyarham dan Allahyarhamah yang banyak berjasa di Taman Sri Pandan.

Minggu ini, kita ada 3 program lagi. Dijemput untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.

(1) penutup kelas mengaji
(2) kenduri kelompok
(3) gotong-royong

Mesyuarat Surau Bil 2 dan Mesyuarat Tabung Khairat Kematian Taman Sri Pandan Bil 1. Membincangkan hal-hal berbangkit, da...
29/01/2026

Mesyuarat Surau Bil 2 dan Mesyuarat Tabung Khairat Kematian Taman Sri Pandan Bil 1. Membincangkan hal-hal berbangkit, dan program yang akan datang untuk penduduk Muslim amnya di kawasan Taman Sri Pandan.

Penambahbaikan tabung khairat, cara menambah keahlian dan kursus yang diperlukan oleh ahli tabung khairat.

Selain itu, Surau juga terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan hal imam yang mana imam utama Surau kami sedang berehat bagi menumpukan rawatan yang sedang dijalankan.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa bermesyuarat bagi persetujuan bersama mencari alternatif sepanjang ketiadaan imam utama.

Dikesemptan ini, saya juga ingin menyeru agar yang mana membaca posting ini dapat mendoakan kesihatan imam kami pulih dan segera kembali menjalankan tugasnya di Surau kami ini.

Program surau seterusnya, Nisfu Syaban.

Jemputan doa selamat dirumah Timbalan Pengerusi Surau An-Nur Taman Sri Pandan pada isnin lepas. Jemaah surau, pelajar me...
29/01/2026

Jemputan doa selamat dirumah Timbalan Pengerusi Surau An-Nur Taman Sri Pandan pada isnin lepas.

Jemaah surau, pelajar mengaji dan ibu-bapa yang berkelapangan dijemput dan diambil dengan menaiki bas yang telah disiapkan.

Suasana meriah, dan mereka teruja dapat bersama-sama pada majlis tersebut. Alhamdulilah, semuanya berjalan lancar, dan didoakan tuan rumah dimurahkan rezeki dan selamat dunia akhirat.

Untuk makluman semua, kelas mengaji Surau An-Nur Taman Sri Pandan akan cuti rehat seketika pada Bulan Ramadhan ini, dan ...
29/01/2026

Untuk makluman semua, kelas mengaji Surau An-Nur Taman Sri Pandan akan cuti rehat seketika pada Bulan Ramadhan ini, dan akan disambung semula selepas raya Aidilfitri.

1 majlis perjumpaan bersama ibu bapa dan pelajar akan diadakan 11 Feb bersamaan hari Rabu.

Hebahan melalui whatapp akan dibuat didalam group "Class mengaji Surau An-Nur Taman Sri Pandan"

Sekian

Address

Taman Sri Pandan
Johor Bahru
81100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau An - Nur Taman Sri Pandan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category