Koperasi Surau Bestari

Koperasi Surau Bestari Koperasi Surau Bestari ditubuhkan dengan matlamat memasarkan produk-produk berkualiti tinggi HALAL & SUCI. Matlamatnya menjadi Hub Produk Halal di Johor.

Koperasi Surau Bestari Bandar Baru Kangkar Pulai Johor Berhad telah diilhamkan kewujudannya di Surau Al Taqwa pada awal Disember oleh beberapa ahli qariah surau yang diketuai oleh Prof. Madya Hj. Dr. Mohd Ismail Musytari. Pada 15 Disember 2015, dua nama telah dihantar untuk kelulusan pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia Cawangan Johor untuk didaftarkan iaitu (a) Koperasi Surau Al Taqwa dan (b) Kope

rasi Surau Bestari. Pada 6 Jan 2016 pihak SKM telah meluluskan nama Koperasi Surau Bestari Bandar Baru Kangkar Pulai Johor Berhad. Sayugia itu, pengumuman peringkat Surau telah di jalankan dan telah telah berjaya menarik lebih 100 nama untuk menjadi ahli koperasi. Keperluan minimum keahlian untuk membentuk koperasi adalah 50 orang keahlian sahaja. Pada 9 Feb 2016, Mesyuarat Agong Permulaan telah di adakan di halaman Surau Al Taqwa. Lebih 70 orang bakal anggota telah hadir. Turut hadir adalah En. Raja Kamarulzaman yang mewakili pihak SKM. Hasil daripada Mesyuarat Agong berkenaan, 12 Ahli Lembaga Koperasi (ALK) telah dilantik iaitu:

Prof. Madya, Hj. Dr. Mohd Ismail bin Mustari
Tuan Hj. Rahmat bin Abu Bakar
Tuan Hj. Akber Salim bin S Bahari
Tuan Hj. Mohd Samiin bin Saring
Tuan Hj. Ismail Ahmad
En. Nazri bin Karim
En. Wagiman bin Edris
En. Khairul A’zmi bin Nordin
En. Husin bin Abdul Rahman
En. Zulkhairi bin Ali
En. Zaki Yamani bin Zakaria
Puan Siti Hawa binti A Rahman


Pada 18 Feb 2016, segala dokumen telah dihantar ke Pejabat SKM Cawangan Johor agar Koperasi Surau Bestari Bandar Baru Kangkar Pulai Johor Berhad dapat secara rasmi didaftarkan. Dengan ini, Koperasi Surau Bestari dapat menjalankan aktivitinya.

Address

Jalan Pulai Bestari 7, Bandar Baru Kangkar Pulai
Johor Bahru
81110

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

0137777152

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Surau Bestari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Surau Bestari:

Share

Category