08/05/2025
Jutaan Terima Kasih pada Kerajaan Negeri Johor,
kepada Menteri Besar Johor, Yang Berhormat Dato' Onn Hafiz Ghazi dan Yang Berhormat Dato' Zahari Sarip. di atas saluran bantuan kepada Silmi Hydrofarm selama ini. Ia merupakan satu tanggungjawab besar pada kami untuk bergerak lebih maju kehadapan seiring matlamat dan visi dalam sektor pertanian ini.
..
7 Mei, 2025 | Rabu
Lawatan Kerja Yang Berhormat Dato' Zahari Sarip, Pengerusi JK Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor ke Silmi Hydrofarm Projek Melon yang bertempat di Jalan Padu Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru.
Turut hadir dalam lawatan ini, Pengarah Pertanian Negeri Johor Tuan Haji Yosri bin Mohd, Timbalan Pengarah Pertanian (pembangunan) Negeri Johor, Encik Hafiz Dato Ramli ,Timbalan Pengarah Pertanian (operasi) Encik Mohd Suffian Aizudin bin Mohd Saleh , Wakil dari Fama Negeri Johor. Puan Nur Aizat binti Abdul Razak Pegawai Pertanian Daerah Johor Bahru serta beberapa ahli kenamaan yang lain.
Lawatan kerja YB Dato' Zahari Sarip ke Silmi Hydrofarm menjadi satu langkah penting dalam memperkukuhkan sektor pertanian moden di Johor.
Kehadiran barisan pegawai tinggi pertanian Negeri Johor dan wakil dari FAMA jelas menunjukkan sokongan terhadap teknologi hidroponik, terutamanya dalam pengeluaran Melon M68 Golden Sun F1 yang terkenal dengan kualiti dan hasilnya yang tinggi.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari penasihat projek, Dato' Sri Simi bin Abdul Ghani yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai pencapaian dan hala tuju projek ini.
Salah satu momen istimewa dalam lawatan ini adalah gimik memetik buah di ladang oleh Yang Berhormat Dato' Zahari Sarip, Pengarah Pertanian Negeri Johor dan wakil dari FAMA Negeri Johor yang melambangkan hasil kejayaan usaha para petani dan pengusaha yang terlibat.
Selain itu, penyerahan Mock Cheque turut menjadi simbol komitmen terhadap perkembangan industri pertanian yang lebih maju.
Pastinya lawatan ini membuka peluang lebih besar dalam memperkasa pertanian berasaskan teknologi moden.
Mohamad Sabu
Arthur Joseph Kurup
Abdul Rashid Bahri
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Pejabat Pertanian Daerah Johor Bahru
FAMA Malaysia
FAMA Negeri Johor
FAMA Daerah Johor Bahru & Kulai
Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)
Pertanian Bandar DOA
MEDIA DIGITAL JOHOR
Pasar Tani Kekal Datin Halimah
Tourism Johor
Bahagian Pembangunan Industri Tanaman Negeri Johor - BPIT Johor
Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia
Pertubuhan Peladang Negeri Johor - PPNJ
Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia
MARDI
Pejabat Daerah Johor Bahru
Pejabat Pertanian Daerah Kluang
Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi
Pejabat Pertanian Daerah Segamat
Pejabat Pertanian Daerah Batu Pahat
Pejabat Pertanian Daerah Pontian
Pejabat Pertanian Daerah Kulai
Pejabat Pertanian Daerah Mersing
Pejabat Pertanian Daerah Muar
Pejabat Pertanian Daerah Tangkak