Viral Sana Sini

Viral Sana Sini Viral Sana Sini

05/11/2025
HOMESTAY KONDO MEWAH DIPERIKSA, SUAMI ORANG BAWA SKANDALPenguatkuasa JAINJ tiada masalah untuk membuat tangkapan di mana...
24/10/2025

HOMESTAY KONDO MEWAH DIPERIKSA, SUAMI ORANG BAWA SKANDAL

Penguatkuasa JAINJ tiada masalah untuk membuat tangkapan di mana-mana tempat seperti kondominium mewah atau hotel berapa bintang sekalipun.

Penguatkuasa JAINJ sedaya upaya memastikan tiada tempat selamat untuk pelaku maksiat di negeri ini dan akan mengambil tindakan kepada sesiapa saja. Pembaca dijemput untuk memberi aduan terus kepada JAINJ telefon 07-207 6429 (pengadu akan dirahsiakan)

Beberapa kondominium disewa secara harian melalui aplikasi internet yang dibayar secara online. Penyewa terus datang dan masuk tanpa bertemu pemilik dan tiada kaunter seperti di hotel.

Penguatkuasa JAINJ membuat kajian dan risikan selama lebih 2 bulan kerana kondominium mewah ini dianggap terselamat dari pemeriksaan selepas hotel-hotel sentiasa diperiksa oleh penguatkuasa.

Kajian dilakukan pelbagai sudut termasuk memantau aplikasi berkenaan di internet. Tempat ini mempunyai pengawal keselamatan dan kerahsiaan maklumat adalah penting kepada penguatkuasa.

Penguatkuasa menahan satu pasangan di sebuah bilik studio kondominium mewah di Bandaraya Johor Bahru. Kondominium ini dikelilingi hotel mewah, pusat hiburan dan pusat membeli belah terkenal di sini.

Jam 9.00 pagi, pintu dibuka oleh seorang wanita berseluar pendek dan t-shirt.

Di atas katil, seorang lelaki berbaring dan berselimut separuh badan kepala terjojol. Dia memakai seluar pendek dan t-shirt.

Tengok muka dia berdamo, berpinor biji mata dia kerana terkejut dengan kehadiran penguatkuasa.

Lelaki ini 30-an,ada isteri dan anak, warga Singapura keturunan Melayu. Wanita p**a 20-an, warganegara Singapura keturunan Melayu, berstatus janda tiada anak.

Mereka menyewa bilik ini secara online sejak semalam dan pagi itu mereka akan keluar bilik.

Hubungan mereka sebagai kawan atau skandal satu tempat kerja. Dulu dia orang pernah kerja satu tempat.

Banyak soalan mereka susah nak jawab macam mulut tersedak biji buah duku Kesang. Mungkin sebab masih tidak menyangka mereka kena tangkap. Tak masal kena tangkap walaupun bukan sewa hotel kokak.

Sekarang musim duku Kesang, boleh beli yang ori di Kesang, Tangkak dan Muar. Yang tempat lain tu pakkallah, dia orang ngelat, mengaku Kesang punya.

Mereka ditangkap atas kesalahan khalwat Seksyen 27.

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuma satu kali
Berapa dosa kau buat
(Tobat, Wali Band)

Sumber Penguatkuasa JAINJ



Untuk Kakak, Dari Ibu yang Pernah Silap 💔Saya tak ada masalah rumah tangga pun. Cuma nak kongsi cerita, supaya jadi peng...
20/10/2025

Untuk Kakak, Dari Ibu yang Pernah Silap 💔

Saya tak ada masalah rumah tangga pun. Cuma nak kongsi cerita, supaya jadi pengajaran untuk semua ibu di luar sana…

Saya isteri berusia 25 tahun, suami pun sebaya. Dah 5 tahun kami berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata yang comel. Anak sulung baru nak masuk 4 tahun, dan yang bongsu baru lahir Februari lepas.

Sejak lepas bersalin, saya rasa diri saya banyak berubah.
Dulu periang, sekarang cepat marah.
Mungkin sebab penat. Tak cukup tidur. Suami kerja shift, bila dia ada di rumah, dia bantu juga. Tapi bila dia kerja, semua saya urus sendiri — rumah, anak, bayi menyusu badan. Kadang terasa sesak.

Dan dalam sesak itulah… saya jadi manusia lain.
Saya jadi ibu yang menengking, mencubit, marah anak kecil yang tak bersalah.
Sedangkan dia baru 4 tahun. Masih belajar dunia.

Kakak ni anak yang baik.
Selalu tolong kemas barang, tolong tengok adik, tolong ibu tanpa disuruh. Tapi sebab penat, saya lepas geram pada dia.
Semalam… dia buat saya sedar.

Malam tu, saya tengah tidurkan adiknya. Ayahnya dah mandikan dia sebelum pergi kerja, tapi tak sempat pakaikan baju. Bila adik dah tidur, saya panggil dia, “Mari sini ibu pakaikan baju.” Tapi dia masih bermain, bergurau kecil.
Dan entah kenapa, rasa marah tu datang laju sangat.

Saya cubit telinga dia. Saya campak baju ke muka dia.
Saya marah, “Nah! Pakai sendiri! Ingat ibu tak ada kerja lain ke?!”
Lepas tu saya tinggalkan dia, terus ke dapur sambung cuci pinggan, kemas rumah…

Bila semua dah siap, saya baru perasan rumah senyap.
Saya cari dia.
Tengok-tengok dia dalam bilik, tengah pakai baju sendiri.
Tanpa pampers. Seluar terbalik. Baju salah lubang.
Tapi dia cuba… dengan tangan kecil dia tu 😭

Bila dia nampak saya, dia panggil perlahan, “Ibu…”
Dan masa tu, hati saya jatuh berkecai.
Saya terus peluk dia, menangis teresak-esak. Dia pun menangis, sampai sedu.

Saya cakap padanya,
“Ibu minta maaf, sayang. Ibu bukan marah kakak. Ibu cuma penat. Tapi ibu tak patut buat macam tu…”

Sampai sekarang, bila teringat, saya masih menangis.
Rasa bersalah tu kuat sangat.

Buat semua ibu di luar sana kalau penat, rehatlah.
Kalau marah, tarik nafas. Jangan lepaskan pada anak-anak kita. Mereka kecil. Mereka tak salah apa-apa.

Dan untuk kakak…
Kalau satu hari nanti kakak baca ni,
Ibu nak kakak tahu,
Ibu sayang kakak lebih dari segalanya.
Maafkan ibu, sayang.
Semoga kakak membesar jadi anak yang solehah.
Doa ibu sentiasa dengan kakak ❤️

Anak buah buat status. Mak die terbaca, mengucap maknye 😂 mak dia nak suruh delete tak sempat sebab anak buah lepas buat...
17/10/2025

Anak buah buat status. Mak die terbaca, mengucap maknye 😂 mak dia nak suruh delete tak sempat sebab anak buah lepas buat status terus p sekolah. Balik sekolah baru boleh delete. Tapi tulah yg seen dah ramai lah🤣🤣🤣🤣 . 6.22 am p**ak tu pos story whattsapp 😂😂😂
Bijaksana jadi binasa aduhaii
Zarif Zarif

Credit:hanimrazak312

Pendaki Gunung Liang, naik sekump**an 11 orang tapi yang turun hanya 10 orang. Seorang ditemui meninggal di puncak😭Pada ...
17/10/2025

Pendaki Gunung Liang, naik sekump**an 11 orang tapi yang turun hanya 10 orang. Seorang ditemui meninggal di puncak😭

Pada 10 Oktober 2025, Mustaqqeem Mansoor,34 bersama 10 orang rakannya telah memulakan pendakian mereka.

Perancangannya,mereka memulakan pendakian dari Bukit Fraser, Pahang dan akan turun di Gunung Liang.

Tapi pada hari Selasa, 14 Oktober 2025 Mustaqqeem terpaksa berjalan perlahan kerana masalah kaki.

16 Oktober 2025, pihak berkuasa menerima laporan kehilangan Mustaqqeem dan menggerakkan operasi mencari SAR.

Namun semuanya berakhir apabila Mustaqqem ditemui tidak bernyawa pada 16 Oktober 2025, Khamis pada jam 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat.

Sumber: Berita Harian
Foto: NSTP, Orang Awam, Jabatan Bomba Perak

Pendakian terakhir. Seorang lelaki ditemui maut di atas puncak Gunung Liang barat, Perak. Mendaki 10 orang. Yg lain 9 or...
16/10/2025

Pendakian terakhir.

Seorang lelaki ditemui maut di atas puncak Gunung Liang barat, Perak. Mendaki 10 orang. Yg lain 9 org dah turun.

Tarikh mendaki: 10 October
Tarikh terakhir dilihat (sakit kaki) : 14 October
Tarikh ditemui : 16 October

📸: Bomba Tanjung Malim

Ambil isteri discharge di Yellow Zone, bawa anak 6 tahun. Tiada papan tanda yang kata tak boleh parking, tiada juga tand...
16/10/2025

Ambil isteri discharge di Yellow Zone, bawa anak 6 tahun. Tiada papan tanda yang kata tak boleh parking, tiada juga tanda “Untuk Ambulans Sahaja”, sebab masa tu sebelah saya pun ada kereta lain.

Ya bang, saya salah parking situ, tapi bukan ini caranya. Pergi bahagian pemandu, mereka cakap,

“Driver semua balik, malam baru mai ambil.” Dalam hati saya terfikir, kalau ada kes ambulans, semua jalan sendiri ke?

Kalau orang lain buat salah macam saya, bang, jangan buat kat orang lain macam abang buat kat saya. Suruh masuk ikut bonet belakang, masa orang gelak-gelak tu, lagi sakit hati bang. Nice attitude diorang ni.

Dah tak ada pilihan, masa masuk tu dengar bunyi…
Ya, saya salah, tapi bukan itu caranya.

- Perkongsian warga TT

Bila ko sama2 rider..tp bila tgk rider mcm ni kesian..sedih semua ada..jmpa kt persimpangan🚦 semabok area JAKEL..Aku tan...
15/10/2025

Bila ko sama2 rider..tp bila tgk rider mcm ni kesian..sedih semua ada..jmpa kt persimpangan🚦 semabok area JAKEL..

Aku tanya dh b*k order x kak?..die ckp baru 2..aku ckp kesian kak kt anak2 panas..kt rmh xde org boleh jaga ke?die ckp xde org jaga..aku igtkan 2 org je anak die bwk..rupanya depan ada satu lg..3 org die bwk sekali..allahuakbar..aku pn hulur 💵kt akk ni walaupun x b*k..korang org melaka kalau jmpa akk bantu la ape yg patut..ko klu rasa susah tp igt Ade org lg susah kt luar tu..

Sumber : Wan Redz Dar Custom

14/10/2025

Alhamdulillah Pasukan Bola Sepak Negara beroleh kejayaan menentang Laos 5-1

゚viralシfypシ゚ Viral Sana Sini

Kelayakan Piala AsiaFull-Time :🇲🇾Malaysia 5-1 Laos🇱🇦⚽️ Faisal Halim⚽️⚽️ Romel Morales⚽️ Thapaseut⚽️ Paulo JosueWhat a co...
14/10/2025

Kelayakan Piala Asia

Full-Time :
🇲🇾Malaysia 5-1 Laos🇱🇦

⚽️ Faisal Halim
⚽️⚽️ Romel Morales
⚽️ Thapaseut
⚽️ Paulo Josue

What a comeback Harimau Malaya. Senaman jantung betul match ni.

Tahniah Malaysia berjaya kutip 3 mata lagi.

KISAH INSPIRASINur Rafidah Man, yang mesra dipanggil Fida, berasal dari suku Jahut dalam masyarakat Orang Asli. Beliau t...
14/10/2025

KISAH INSPIRASI

Nur Rafidah Man, yang mesra dipanggil Fida, berasal dari suku Jahut dalam masyarakat Orang Asli. Beliau tinggal di Kampung Penderas, Kuala Krau, Temerloh, Pahang.

Sebelum menjadi usahawan berjaya, Fida bekerja sebagai pembantu kantin sekolah.

Pada suatu ketika, beliau mengikuti bengkel berkaitan multimedia dan perniagaan digital yang diadakan di SMK Kuala Krau. Di situ, beliau belajar cara merakam dan menyunting video, memilih tajuk kandungan yang menarik, serta penggunaan peralatan seperti mikrofon, lampu dan tripod.

Pada sekitar November dalam tahun sebelum laporan media, Fida mula menjalankan perniagaan sendiri. Produk yang diusahakan adalah berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali, madu, serta ramuan herba lain.

Dia menggunakan platform TikTok sebagai saluran utama untuk memasarkan produknya. Dengan akaun bernama Girl atau identiti “Jungle Girl”, beliau menghasilkan video pendek, siaran langsung (live), dan kandungan lain yang memaparkan aktiviti harian, produk herba, serta kehidupan di kampung.

Keikhlasan dan kesederhanaan beliau dalam menghasilkan kandungan menjadikannya dekat dalam hati ramai penonton. Banyak video yang menonjol bukan sahaja produk tetapi juga suasana kampung, adat Orang Asli dan keseharian beliau.

Dalam tempoh hanya tujuh hari, terdapat laporan bahawa hasil jualan mencapai RM1.04 juta melalui TikTok, dengan jualan sebanyak 29,720 unit produk.
Bahkan dalam tempoh 28 hari, melalui tiga akaun TikTok Shop miliknya bersama ejen, jumlah jualan dilaporkan mencapai sekitar RM7.4 juta.

Keuntungan daripada perniagaan ini membolehkan Fida dan keluarganya membina rumah impian mereka. Menurut laporan, pembinaan rumah tersebut dirancang siap sekitar bulan Mei selepas bermulanya perniagaan.

Selain itu, Fida juga memberi sumbangan kepada masyarakat. Misalnya, beliau pernah mendermakan sebanyak RM100,000 dan menaja pelajar sekolah ke luar negara (Abu Dhabi). Beliau turut menyumbang 100 televisyen pintar untuk kegunaan sekolah.

Address

Pasir Gudang
Johor Bahru
81700

Telephone

+60132007308

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Viral Sana Sini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Viral Sana Sini:

Share

Category