15/04/2022
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Sahur Dengan Kurma Kering
ุนููู ุฃูุจูู ููุฑูููุฑูุฉู ุนููู ุงููููุจูููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู
ู ููุงูู ููุนูู
ู ุณูุญููุฑู ุงููู
ูุคูู
ููู ุงูุชููู
ูุฑู
Daripada Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW baginda bersabda: Sebaik-baik (makanan) ketika seseorang mukmin bersahur adalah tamar (kurma kering).โ (Sunan Abi Daud No: 2345) Maktabah Asriyyah. Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Bersahur adalah sunnah Rasulullah SAW.
2. Sebaik-baik makanan untuk bersahur adalah kurma kering
3. Syeikh Abd al-Muhsin al-โAbbad mensyarahkan hadis ini menyebut: โPada hadis ini menunjukkan pujian pada sesiapa yang bersahur dengan tamar, kerana pada tamar itu terdapat kekuatan yang tersendiri. Terdapat satu hadis sahih yang menceritakan, "Rumah yang tiada tamar padanya, maka akan lapar penghuninya", kerana tamar merupakan makanan asasi yang utama di sisi mereka. Hal ini menunjukkan bahawa bersahur dengan tamar itu dipuji, kerana perkataan ni'ma (ููุนูู
ู) ini menunjukkan sighah pujian sebagaimana yang diketahui. (Syarh Sunan Abi Daud, oleh Syeikh Abd al-Muhsin al-'Abbad, 8/255)
4. Kurma merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% gula dalam kurma berbentuk glukosa, sedangkan 45% lagi membentuk fruktosa.
5. Glukosa dalam kurma akan cepat berubah menjadi fruktosa, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga. Khususnya jaringan yang perlu tinggi energi, seperti: sel-sel otak, sel-sel saraf, sel-sel darah merah dan sel-sel tulang belakang.
6. Selain glukosa, kurma juga mengandung sejumlah lemak, protein, dan beberapa vitamin seperti vitamin A, B2, B12. Kurma mengandung beberapa mineral, terutama kalsium, sulfat, sodium, fosfor, potassium, magnesium, florin, kuningan, manganese, cobalt, zinc, serta sejumlah selulosa.
At-Thabrani dalam Muโjam al-Kabir, dari Uqbah bin Amir RA
ุฃู ุงููุจู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู
ุฃุฎุฐ ุญููุฉ ู
ู ุชู
ุฑุ ููุงู: ูุนู
ุณุญูุฑู ููู
ุณูู
Bahawa Nabi SAW pernah mengambil segenggam kurma, kemudian bersabda, โIni sebaik-baik hidangan sahur orang Muslim.โ (Muโjam al-Kabir, 17/282).
Jika kita memiliki kurma, selain mengambil nasi bersama ikan dan sayur di waktu sahur, elok juga makan sedikit kurma kering.
Negara Rahmah Ummah Sejahtera
15 April 2022
13 Ramadan 1443H
Cc:telegram 1hari1hadis
Perkongsian Hadis Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor