21/01/2024
Kau dah fikir panjang ke bro, depa gergasi ada duit berjuta-juta dan boleh buang harga begitu sahaja. Silap-silap lebih murah daripada Misi.
Sekarang ni kita dah mula nampak pelbagai app menurunkan fare delivery dan pembayaran upah rider yang tidak adil..
Tanpa pelanggan tahu cerita menyedihkan disebalik delivery murah.. pelanggan guna kerana murah..
Tapi saya tidak nafikan bahawa murah itu penting apabila pesaing2 mula mainkan harga..
Sebab itu, Misi syukur ada kesepakatan peniaga yang sangat luar biasa.. ikhlas dari mereka menawarkan promosi dengan kesanggupan masing2.
Mereka tawarkan Free Delivery, Diskaun setiap makanan, dan Loyalty stamp dengan ganjaran yang sangat besar. Semua ni ikhlas dari mereka berjuang bersama2 dengan Misi.
Ini adalah kunci yang Allah berikan pada saya waktu saya persoalkan juga adakah Misi boleh naik tanpa pelabur..
Allah buatkan saya melihat bahawa peniaga, rider, admin, dan pengguna-pengguna mempunyai hati dan jiwa yang boleh bersatu bukan kerana duit.. tapi kerana ingin mengubah nasib dan berjuang untuk semua..
Itulah Misi.. Allah berikan kita Misi utk kita jalankan sama-sama membina ekonomi baru yang akan membawa perubahan pada negara.
Dulu saya tanya Allah boleh kah..
Tapi harini, Allah yg sempurnakan semua
Hanya perlu berani yakin dgn gerak hati
Jom install App Misi.. Peniaga bukan setakat kekalkan harga kedai.. malah bagi macam2 promosi untuk kita semua.. Alhamdulillah.
Bagitau kawan dan Keluarga