01/10/2016
Hari ini sy ingin kongsikan kepada semua cara2 untuk membuat claim insuran kereta anda..
1 # REPORT POLIS
Bila dah settle on-site, pergi buat report polis terus. Report ni kena buat kat balai polis trafik kawasan tu. So kena call dulu mana-mana balai polis untuk mengetahui mana balai polis trafik kawasan tempat kemalangan tersebut.
Report polis mestilah dilakukan dalam masa 24 JAM semasa kemalangan berlaku. Lepas buat report polis, tunggu untuk polis trafik ambil gambar. Lepas ambil gambar, next day boleh pick up gambar daripada balai polis trafik tadi. Report polis yang original dan gambar perlu ada untuk urusan claim.
2
Dokumen yang diperlukan masa claim:
- IC pemilik kereta
- Geran kereta yang dikemaskini, maksudnya yang dah renew roadtax la. Kalau renew online, memang takde kemaskini. Tak boleh. Kena bawak pergi ke JPJ untuk kemaskini, atau ke cawangan yg tuan buat rodtax tu,klu dgan myeg kene pegi ke myeg la (tp sekarang dgan sistem baru jpj / geran baru dah tak perlu kemaskini lagi)
- Polisi (cover note) insuran
- IC pemandu yang kemalangan
- Lesen pemandu yang kemalangan
- Report berserta gambar yang original daripada polis
*Kalau nama pemandu tiada dalam polisi insuran (second driver), kena bayar RM400 untuk buat claim. Mana-mana insuran pun sama. Jadi kalau suami beli kereta, letaklah nama isteri dalam polisi insuran.,(atau mana2 nama yg selalu bwk kreta tu, (max 5 org)..
Buatlah claim di authorized dealer insuran tersebut (bengkel panel). Kalau nak claim, biar claim habis-habisan sebab lepas claim NCD dah habis. Next year renew insuran kena bayar full. Pastikan amaun repair yang nak dituntut tu melebihi NCD yang dapat dijimatkan. (Contoh, kalau takde NCD kena bayar RM1,400 instead of RM700 untuk renew insuran, claim yang dibuat tu mestilah dalam RM2000 dan ke atas. Barulah berbaloi).
3
Tengok accident serius ke tak. Kalau setakat bumper rosak, sehari dua siap. Walaupun begitu, kena tunggu supaya adjuster daripada pihak insuran akan datang dan buat inspection. Lepas adjuster datang, kena tunggu approval daripada syarikat insuran untuk approve repair cost. Bila semua dah approve, baru kerja baikpulih boleh dilakukan.
Minimum seminggu jugaklah kena tinggalkan kereta kat bengkel.
***
Jadi itulah sedikit sebanyak cara nak buat claim daripada insuran kereta, Siapa ada info lain boleh tambah kat ruangan komen. :D
**BERHATI2 DI JALAN RAYA..
Sebarang pertanyaan untuk renew insuran & roadtax kenderaan:
call / wasap / sms :
019 976 8767
019 976 8767