Juju Melonfarm - Pembekal Melon Manis Terengganu

Juju Melonfarm - Pembekal Melon Manis Terengganu PEMBEKAL MELON MANIS TERENGGANU
JUALAN SECARA RUNCIT DAN BORONG

17/05/2026

2 plot mmt dah habis dituai..tinggal 1 plot lagi untuk karnival jualan buah diladang.. jemput ramai2 meriahkan lagi karnival kami ❤️

Terima kasih kepada semua❤️
15/05/2026

Terima kasih kepada semua❤️

13/05/2026
PLOT PERTAMA KEBUN MELON MMTSedang menunggu masa untuk dituai🤭.. disebabkan plot pertama di kebun baru.. banyak perkara ...
25/04/2026

PLOT PERTAMA KEBUN MELON MMT

Sedang menunggu masa untuk dituai🤭.. disebabkan plot pertama di kebun baru.. banyak perkara yang perlu dititikberatkan.. pembesaran buah tidak berapa cantik kerana terlepas pandang mengenai pH sumber air.. inshaAllah penambahbaikan akan dilakukan untuk Musim ke 2 nnti..

Mana yang berminat untuk buat pembelian boleh tekan link dibawah 👇👇👇

https://www.wasap.my/0136132658/NakOrderMMT
https://www.wasap.my/0136132658/NakOrderMMT

21/04/2026

Tak mudah..ada air mata mengalir disaat tunggu saat ni terjadi.. rasa hajat nak bukak kebun baru sendiri ni..Dari tahun 2022.. dekat 3 tahun menanti.. tertunda lamanya.. asalnya plan kumpul modal untuk bukak kebun sendiri..tapi hasil tanaman..kadang menjadi..kadang diuji tiada hasil.. jadual kebun ditempat lama pulak kena ikut keputusan peserta lain sebab kebun berkumpulan..
Lepas tu dapat offer joint venture dengan pemborong.. excited.. habis kawasan bersihkan..tapi setahun tunggu gerak kerja .tiada progress.. lepas meeting2..tapi habuk pom tak de😂..

Jadi awal tahun 2025 terdetik nak apply geran agropreneur muda Dari Jabatan Pertanian..
Tengah tahun bentang depan pegawai Dan site visit. Hujung tahun 2025 lulus permohonan.

Alhamdullillah bulan 2 tahun 2026.. dapat barang supplier 1/2.. 2/2 terus start progress kerja..process pasang rangka taksampai 2 minggu..semua gerak kerja buat sendiri. Siap pasang rangka Dan atap uv. Terus buat batas untuk tanaman . Siap buat persiapan batas check sumbur air boleh sedut Dan sampai tak dekat kawasan tanam.. semua gamble buat sendiri😂.

Bila check sumber air ada . Tak cakap banyak terus jatuh benih melon esokkannya😂..

Sekarang tengah menunggu hari untuk buah masak..alhamdullillah walau banyak cacat cela.. banyak try Dan error untuk Musim ni sebab kawasan Dan persekitaran baru .. moga maju jaya ke hadapan❤️.. Amin🤲

Tiada rezeki utk Musim 3 2025..ujian Musim tengkujuh..pokok bertahan sampai pruning sahaja..waktu pembesaran buah keadaa...
08/12/2025

Tiada rezeki utk Musim 3 2025..ujian Musim tengkujuh..pokok bertahan sampai pruning sahaja..waktu pembesaran buah keadaan cuaca hujan Dan panas mengejut..

Buah untuk jualan lelong sekadar untuk lepas kos Baja Dan benih.. mana yg berminat boleh wasap https://www.wasap.my/0136132658/NakOrder

HST 9.. Musim ketiga untuk tahun 2025
23/10/2025

HST 9.. Musim ketiga untuk tahun 2025




16/10/2025

Jom dapatkan produk segar di Karnival Jualan Agro Madani @ Terengganu 2025 bertempat di Perkarangan Kompleks Majlis Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, Terengganu

Bila program berlangsung?

Pada 16 hingga 19 Oktober 2025 ini, jadi ready semua!

Pelbagai lagi aktiviti menarik termasuk persembahan artis jemputan sepanjang program berlangsung.

✅ Produk Segar & IKS - hasil tani terus dari ladang dengan harga berpatutan
✅ Food Truck & Makanan Viral
✅ Petting Zoo & Pameran Agensi
✅ Malam berselawat
✅ Pertandingan Masakan Rakyat
✅ Agro Show Cooking
✅ Jualan Florikultur

"Pakat hadir ramai-ramai ajok belaker deh"

Jumpa anda nanti di sana!

Address

Besut
Kampung Raja
22200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Juju Melonfarm - Pembekal Melon Manis Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share