16/03/2026
Terima Kasih Perlis Permai ๐๐
โMaaf, Homestay Untuk Raya Semua Penuhโ
PETALING JAYA โ Inap desa atau homestay kekal menjadi piยญlihan golongan perantau yang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga apabila hampir kesemua penginapan berkenaan telah ditempah pelanggan.
Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata golongan perantau membuat tempahan sejak tahun lalu dengan hampir semua inap desa sudah penuh sepanjang minggu pertama Aidilfitri.
Situasi itu menyebabkan majoriti pengusaha inap desa terpaksa menolak tempahan saat akhir. Rata-rata perantau memilih penginapan berkenaan untuk keselesaan kerana rumah keluarga tidak mampu menampung jumlah yang ramai.
Di George Town, pengusaha Ana Jaslina Homestay di Teluk Kumbar, Rohana Aziz berkata, dia mula menerima tempahan bagi empat buah homestay miliknya sejak Aidilfitri tahun lalu dengan paling rancak awal tahun ini.
Menurutnya, pelanggannya terdiri daripada anak perantau yang tinggal Kuala Lumpur dan negeri di wilayah Utara seperti Perlis dan Pulau Pinang yang memilih untuk menginap selama tiga hari bermula 20 Mac ini.
โMereka memilih menginap di homestay pada Aidilfitri kerana mahukan keselesaan dengan ruang kediaman yang lebih luas.
โPelanggan masih inginkan suasana raya dalam vibes kampung. Biasanya, kediaman keluarga terlalu kecil seperti di rumah flat dan tidak muat untuk keluarga besar,โ katanya.
Dalam pada itu, dia mengakui terpaksa menolak tempahan di saat akhir meskipun masih ramai yang menghubungi untuk membuat tempahan ketika ini.
โMaafโฆhomestay sudah penuh. Kami terpaksa tolak untuk tempahan minggu pertama Syawal. Ada beranggapan lebih berbaloi tinggal di homestay dengan tawaran harga dari RM300 hingga RM400 semalam berbanding di hotel,โ ujarnya.
Berbeza dengan di Kangar, pengusaha Homestay Wan Pa, Nurul Azli Adzame mendedahkan, inap desa miliknya turut ditempah mereka yang mengambil peluang untuk bercuti pada Aidilfitri.
โTempahan untuk Aidilfitri tahun ini bagi tarikh 19 hingga 22 Mac sudah penuh. Di sini, tempahan dibuat pelancong luar yang mengambil peluang datang bercuti, bukan sahaja untuk pulang beraya berdasarkan trend tahun-tahun sebelum ini,โ katanya ketika ditemui di sini semalam.
Menurutnya, antara tarikan utama yang menjadi perhatian pengunjung ialah buah harumanis yang dijangka mula dituai sekitar tempoh tersebut.
Pengusaha Persatuan Homestay Kampung Hujung Bukit, Jukhairdi Abidin berkata, lebih 80 peratus daripada 30 unit inap desa ditempah dan dijangka kesemuanya โlarisโ dalam tempoh seminggu sambutan Aidilfitri.
Tambahnya, inap desa menjadi pilihan kerana ia lebih santai disamping aktiviti mengail ikan serta berbasikal di kawasan Ujong Bukit.
Gambar : NURUL AZLI memasang pelita raya sebagai persiapan menyambut pengunjung ke Homestay Wan Pa di Wang Ulu, Kangar semalam.
Artikel Penuh Di Ruangan Komen ๐ฝ
Sumber : KOSMO!
Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.