RushingHour

RushingHour . Lost time is never found again. – Benjamin Franklin.

Tajuk: Kasih Yang SempurnaPenulis : Rachel The-WriterSinopsis:Samantha dan Faustina—dua sahabat yang dipertemukan sejak ...
28/04/2026

Tajuk: Kasih Yang Sempurna
Penulis : Rachel The-Writer

Sinopsis:
Samantha dan Faustina—dua sahabat yang dipertemukan sejak usia muda—membesar bersama, berkongsi impian, rahsia, dan harapan tentang masa depan yang indah. Mereka percaya bahawa hidup akan sentiasa berpihak kepada mereka. Namun, takdir mempunyai caranya sendiri untuk menguji kekuatan hati dan erti sebenar kasih dalam kehidupan mereka.

Samantha, yang memilih untuk berkahwin awal dengan cinta hatinya, Brandon, pada mulanya Merasakan dirinya wanita paling bertuah. Rumah tangga mereka dibina atas dasar cinta yang tulus, penuh dengan janji manis dan impian untuk hidup bersama hingga ke akhir hayat. Di awal tahun perkahwinan mereka dihiasi dengan kebahagiaan yang sederhana namun bermakna. Namun, kebahagiaan itu tidak kekal lama. Segalanya berubah apabila Brandon mula mengenali seorang wanita lain. Sedikit demi sedikit, sikapnya berubah—dari seorang suami yang penyayang menjadi dingin, jauh, dan akhirnya kasar.

Samantha yang dahulu dipuja kini dipinggirkan. Kata-kata cinta bertukar menjadi herdikan, dan sentuhan penuh kasih bertukar menjadi pukulan yang menyakitkan. Dia terperangkap dalam perkahwinan yang penuh penderitaan—bukan sahaja luka pada tubuh, tetapi juga luka yang dalam pada jiwa. Dalam diam, Samantha menanggung semuanya. Dia memilih untuk bertahan, berharap lelaki yang dicintainya akan kembali seperti dahulu.

Namun, setiap hari yang berlalu hanya menambahkan luka dan menghakis sedikit demi sedikit harga dirinya sebagai seorang wanita.
Dalam masa yang sama, Faustina p**a menjalani kehidupan yang kelihatan sempurna di mata orang lain.

Dia seorang wanita berkerjaya, berdikari, dan dihormati dalam bidangnya. Namun, di sebalik kejayaan itu, dia menyimpan kekosongan yang sukar diungkapkan.

Perkahwinannya diuji apabila dia masih belum dikurniakan anak walaupun sudah bertahun-tahun mendirikan rumah tangga. Tekanan daripada keluarga, pandangan masyarakat, dan bisikan halus yang mempertikaikan kesempurnaannya sebagai seorang wanita mula meresap ke dalam hatinya.

Faustina sering tersenyum di luar, tetapi di dalam hatinya, dia bergelut dengan rasa tidak cukup—tidak cukup sebagai isteri, tidak cukup sebagai wanita.

Dia mula mempersoalkan dirinya sendiri, seolah-olah nilai dirinya diukur hanya melalui kemampuan untuk menjadi seorang ibu walaupun suaminya masih setia di sisi, luka dalaman itu tetap membesar, menjadikan dirinya semakin rapuh.

Dalam dunia yang semakin menekan, Samantha dan Faustina kembali kepada satu-satunya tempat yang tidak pernah berubah—persahabatan mereka. Mereka menjadi tempat untuk saling bersandar, berkongsi air mata, dan mencari kekuatan yang hampir hilang.

Dalam setiap perbualan dan pelukan, mereka belajar bahawa mereka tidak keseorangan.

Mereka belajar bahawa luka tidak perlu disembunyikan, dan kelemahan bukanlah sesuatu yang memalukan.

Perjalanan mereka bukan mudah.

Samantha akhirnya berhadapan dengan pilihan paling sukar dalam hidupnya—untuk terus bertahan dalam perkahwinan yang memusnahkan dirinya, atau melangkah pergi demi menyelamatkan sisa harga diri yang masih ada.

Faustina p**a perlu belajar menerima bahawa nilai dirinya tidak ditentukan oleh pandangan orang lain atau status keibuannya, tetapi oleh kekuatan hatinya sendiri.

"Kasih Yang Sempurna” menyelami perjalanan dua wanita yang diuji dari sudut yang berbeza, namun berkongsi kesakitan yang sama—kehilangan makna diri dalam dunia yang penuh tuntutan.

Ini adalah kisah tentang keberanian untuk bangkit, tentang persahabatan yang menjadi penyelamat, dan tentang memahami bahawa kasih yang sempurna bukanlah tentang hidup tanpa kekurangan, tetapi tentang menerima diri seadanya, memaafkan masa lalu, dan terus melangkah dengan penuh harapan.

Dalam setiap luka, ada kekuatan yang tersembunyi. Dan dalam setiap kehilangan, ada ruang untuk menemukan kembali erti kasih yang sebenar.

" Ini adalah kisah nyata yang diterjemahkan dalam bahasa manusia. Andai ini adalah kisah hidupku, maka jadikan ia kisah yang sempurna. "
-Faustina

❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹❤‍🩹

TEASER 1

GUGURKAN saja bayi yang ada dalam kandungan dear tu. Dear tahu jugakan saya belum bersedia? Kerja yang ada sekarang pun tidak tetap. Lagipun masih banyak impian saya belum tercapai. We’re still young, dear. Jadi tak perlulah sangat fikir mengenai hal anak dulu. Chill. Relax. Kita enjoy our lives selagi bujang. Ini tak pasal-pasal anak p**a jadi beban kita di kemudian hari. Lecehlah dear.” Brandon sudah membayangkan dirinya sedang sibuk mengurus anak kecil di rumah. Tiada kebebasan. Rimas mendengar si kecil menangis. Belum lagi memikirkan soal kewangan. Oh, tidak! Serba tak kena jadinya.
Samantha terkedu melihat reaksi Brandon. Sungguh dia tidak menyangka Brandon tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian. Memang benar mereka sudah terlanjur. Namun, Samantha tidak berniat untuk menambah dosa yang sedia ada walaupun dia cukup sedar bahawa mereka masih terlalu muda untuk memikul tanggungjawab sebagai ibubapa.
‘Berani p**a berbicara mengenai soal masa depan sedangkan darah daging kau yang tidak berdosa ini menjadi taruhan. Apalah nilai sebuah impian jika diri kita dikotori dengan darah orang lain? Berhenti berbicara lagaknya hidup kau lebih penting daripada nyawa orang yang tidak berdosa,’ Samantha berbicara dalam hati. Mengutuk perbuatan Brandon tetapi tidak p**a disuarakan segala bisikan nurani.
“Esok kita pergi klinik.” Dengan tegas Brandon bersuara.
Samantha p**a diam tanpa sebarang kata walhal dialah yang mengutuk perbuatan Brandon tadi.
Argh! Ternyata, dua kali lima sama saja kamu.
Sungguhpun Samantha memberontak, tetapi entah mengapa dia sekadar mengikuti segala kemahuan Brandon bagai kerbau dicucuk hidung. Mungkin inilah juga yang dikatakan cinta itu buta? Terlalu buta untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk asalkan si cinta hati setia menemani di sisi? Buta mata, butalah hati.
Namun, Samantha terasa hati dengan tindakan Brandon yang mengambil keputusan terburu-buru tanpa berbincang terlebih dahulu. Ditambah p**a dengan keadaan Samantha yang sedang berbadan dua, hatinya cepat terasa umpama mudah terbelingut bagai pisau belik.

E-BOOK: BUNGA UNTUK TUAN INSPEKTORBy : Izzy Isabelle Jones BLURB:Semua orang tahu siapa Bunga Aerin Qlarissa—pemain biol...
28/04/2026

E-BOOK: BUNGA UNTUK TUAN INSPEKTOR

By : Izzy Isabelle Jones

BLURB:

Semua orang tahu siapa Bunga Aerin Qlarissa—pemain biola yang terkenal dengan sikapnya yang dingin dan mulutnya yang hanya tahu mengeluarkan kata-kata kasar. Seorang genius muzik yang sombong. Tapi yang orang tidak tahu adalah anak emas Dato' Rayyan itu sebenarnya bukan saja wanita yang didiagnosis dengan Alogia, Bunga juga mempunyai gangguan kecemasan sosial disebabkan peristiwa buruk yang berlaku dalam hidupnya.

Apabila sebuah insiden berlaku di mana Bunga menjadi saksi penting dalam satu kes pembunuhan, dia ditemukan dengan Ashaari Kamaruddin, inspektor muda yang ditugaskan untuk melindunginya.

Mampukah inspektor Ashaari Kamaruddin membuka pintu hati seorang Bunga Aerin Qlarissa untuk menerima cinta?

“Saya tak faham kenapa awak cuba berkali-kali untuk mendekati dan berbuat baik kepada saya,” —Bunga

“Saya hanya menjalankan tugas saya.” —Inspektor Ash

“Tugas awak adalah melindungi saya, bukan memahami saya,” —Bunga

"Saya takkan biarkan apa-apa terjadi pada cik." —Inspektor Ash

***************

TEASER 1:

—Bang!

Pintu di lorong belakang pentas terhempas kuat, memecahkan keheningan. Bunga tersentak, matanya membulat. Dia mendengar bunyi tapak kaki yang tergesa-gesa, disusuli suara orang bercakap dengan nada tegang. Dengan perlahan, dia membuka sedikit pintu biliknya untuk mengintai.

Seorang lelaki, berpakaian tidak kemas, kelihatan tergesa-gesa. Wajahnya penuh peluh, matanya liar memandang sekeliling. Dia melangkah masuk ke satu bilik berhampiran, dan sejurus kemudian, seorang wanita keluar dari bilik itu. Wanita itu—Suraya—adalah pemain tambahan dalam konsert malam itu.

“Apa you buat kat sini?” suara Suraya rendah tetapi jelas tegang.

“I perlukan duit,” jawab lelaki itu dengan nada mendesak. “I harus keluar dari negara ini malam ini juga. Polis sedang cari I!”

Wanita itu kelihatan terkejut, tetapi dia segera mengerutkan dahi. “You gila apa, Danial? I mana ada duit!”

Danial—lelaki itu—mendekati wanita tersebut. "Tolonglah, sayang. Pasal you, I merompak. Masa I kaya hasil rompakan, you I manjakan dengan semua wang yang I ada. Apa yang you minta, semua I bagi. Sekarang I susah, you tak nak tolong. Takkan setakat beberapa puluh ribu ringgit pun you takde?"

Suraya menarik nafas panjang, cuba menahan kemarahannya. Semakin menyampah p**a dengan lelaki di hadapannya itu. Matanya diputarkan sekejap tanda meluat.

“Please-lah sayang... You kena tolong I kali ni. Beberapa anggota geng yang lain dah tertangkap, sekarang I ni pun dah wanted oleh pihak polis. Takkan duit yang selama ni I bagi kat you takde tersimpan langsung?” rayu Danial lagi.

“Eh, I kata takde tu, takdelah! Baik you pergi sekarang, sebelum I panggil security!” herdik Suraya, wajahnya bengis. Jelas terlihat di matanya perasaan meluatnya terhadap kekasihnya sendiri.

“Sayang, sampai hati you buat I begini! You tau tak, sekarang ni I sedang dikejar polis. Kalau I ditangkap, dengan you sekali takkan selamat, tau!” Danial cuba mengugut p**a.

“Eh, apa p**ak? Yang merompak tu, you dengan geng you! Apa kena mengena dengan I? Duit tu pun, you sendiri yang nak bagi kat I, I tak pernah minta pun!” suara wanita itu semakin lantang. “Baik you pergi sekarang, sebelum polis kejar sampai sini. I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you, okay! Lagipun, I dah ada orang lain. Seseorang yang jauh lebih layak daripada samseng jalanan dan perompak yang dayus macam you ni!! Berani minta duit kat perempuan... buat malu je!”

Kata-kata itu seperti pisau yang menghiris hati Danial. Kemarahannya jadi meluap-luap. Dia segera mengeluarkan pistol dari pinggangnya dan mengacukannya ke arah wanita tersebut. "Kau betina sialan! Jangan main-main dengan aku! Kau bagi ke tak duit tu!"

Namun, wanita itu enggan tunduk. "You alihkan pistol mainan you tu dari muka I! Berani you nak gertak I?!"

Bunga yang menyaksikan adegan itu terasa seperti dunia berhenti. Tangannya menggenggam erat dinding, cuba menahan diri daripada mengeluarkan suara. Dia segera berpaling untuk perlahan-lahan kembali ke biliknya apabila...

“Bagi balik duit aku!” Danial menjerit lagi. Suaranya bergema seakan halilintar.

Lelaki itu hilang kawalan. Dalam pergelutan kecil yang berlaku, satu das tembakan dilepaskan.

—Bang!

Wanita itu rebah ke lantai, darah mula membasahi gaunnya. Matanya terbuka beberapa saat sebelum tertutup perlahan-lahan.

“Perempuan tak guna!! Mati kau, mati!! Arghhh sial!!” Danial dengan marah memijak-mijak tubuh kaku Suraya. “Kau memang patut mati! Perempuan sial!!”

Bunga yang lantas tunduk bila tembakan berlaku tadi menggigil ketakutan. Tubuhnya terasa kaku, dan air matanya mengalir tanpa henti. Dia cuba berundur, tetapi bunyi kakinya menarik perhatian Danial.

Danial berpaling ke arah bunyi itu. “Siapa di sana?!”

28/04/2026

E-BOOK: SHERIFF

By : Izzy Isabelle Jones

TEASER 1

Dia mengorak langkah keluar dari tandas dengan gaya dramatik—langkah panjang, jaket berkibar, dan dada dibusungkan seolah-olah menuju ke medan perang. Saat dia menuruni tangga utama, seorang pegawai muda melintasinya sambil berbisik kepada rakan kongsinya, “Eh, tu ke yang viral sebab back-slapped YB masa press conference bulan lepas?”

Sheriff yang sedang berjalan dengan penuh gaya persis ketua polis wayang Tamil itu tidak dengar bisikan orang sekeliling terhadapnya.

Namanya, Sheriff—satu nama timangan yang dia beri pada diri sendiri kerana filem tempatan bertajuk ‘Sheriff: Narko Integriti’ lakonan Zul Ariffin kerana nama mereka yang kononnya hendak dekat sama—sudah tidak asing lagi. Dia dikenali sebagai anggota polis yang sering memalukan PDRM dengan kesilapan kecilnya setiap kali di depan kamera dan wartawan.

Pertama kali, dia terjatuh kerana gelabah ketika ditemuramah wartawan mengenai kes kecurian yang dia selesaikan, dan dalam pada jatuh itu dia tertarik p**a seluar rakan kongsinya sehingga terlucut. Selepas kejadian berkenaan, rakan kongsinya terus minta dipindahkan. Dan tiada siapa yang hendak dipasangkan dengan Sheriff selepas itu.

Pernah juga Sheriff tertendang kaki meja ketika menghadiri majlis harijadi ACP Datuk Faizal, lantas menyebabkan dia tersandung jatuh dan tertarik kain lapik meja lalu kesemua makanan atas meja berteraburan ke lantai. Ketika itu salah seorang dari pegawai sedang membuat live di TikTok, semua netizen Malaysia telah menyaksikan kejadian tersebut, justeru tular video ‘abam polis bermandikan lauk’ di semua platform media sosial.

✦•······················•✦•······················•✦

Dalam bilik mesyuarat besar Bukit Aman, beberapa pegawai atasan menonton semula rakaman insiden itu. Lagi dan lagi.

“Aduh...” Datuk Faizal mengurut dahinya. Dia mengerling sekilas ke arah Timbalan Ketua Polis Negara yang sedang meneliti maklumat dalam fail atas meja.

“Sarjan Mejar Iris Idrianna Jonathan. Bukit Aman taktikal unit. Diserap masuk ke JSJ hari ini. Dia akan ditugaskan... untuk ‘menjaga’ Sheriff.”

Timbalan Ketua Polis Negara mengangguk-angguk tanpa suara. Manakala dua lagi Pengarah Jabatan PDRM berpandangan sesama sendiri.

Setelah mempertimbangkan, akhirnya Timbalan Ketua Polis membuka mulut,

“Sheriff akan dipindahkan ke unit D11 mulai hari ini, kan?”

“Ya, tuan.” Datuk Faizal mengangguk sekali. “Sarjan Mejar Iris juga akan dipindahkan bersamanya ke dalam unit yang sama.”

Timbalan Ketua Polis mengurut dagunya, “As long as it guarantees that our... Inspector Sharifuddin Rezal stop embarrasing PDRM.”

28/04/2026

🌸ANIME VS K-DRAMA🌸

BILA OTAKU BERTEMU OPPA... CINTA MENJADI PLOT TWIST YANG TAK DIJANGKA.

Ariana Tan, otaku tegar yang hidupnya lebih mengutamakan marathon siri anime, gaming sepanjang hujung minggu... baginya romance ni hanyalah buang masa.

Daniel Lim, oppa wannabe yang pop**ar di kampus—sopan, romantik, punya senyuman yang mampu membuat semua gadis cair melihatnya… Daniel adalah walking K-drama male lead.

Bila dua pelajar dari fakulti Media & Creative Arts ini dipaksa bekerjasama untuk projek besar semester, perang kecil bertukar menjadi chemistry.

"Jangan perasan, boleh tak? Pickup line macam tu tak lut kat saya, okay? Besides, saya bukan blushing sebab awak, tapi sebab saya terkentut tadi." -Ariana

"First time saya jumpa orang perempuan yang tanpa segan silu mengaku dia terkentut. Patutlah ada bau-bau pizza basi tadi." -Daniel

"Orang gila yang obses dengan unrealistic love stories dan k-drama, tak berpijak di bumi yang nyata." -Ariana

"Daripada ada orang tu obses dengan watak fiksyen yang tak wujud. Let me guess... You don't have a boyfriend, but an imaginary anime boyfriend instead? That's sad, pathetic even." -Daniel

Kolaborasi yang bermula dengan salah faham, gurauan, perang dingin kecil dan banyak moment canggung… berubah menjadi sesuatu yang mereka sendiri tak sangka.

Dalam dunia realiti, siapa yang bakal mengangkat bendera putih dulu? Bila hati mula terdetik, beranikah mereka mengakui perasaan yang hadir tanpa dipinta?

25/11/2025

Every morning brings fresh hope and endless possibilities. Go out and make today great!

Secara rasminya ini adalah logo bagi perniagaan kami, RushingHour . Setiap butiran yang terkandung dalam logo ini mempun...
16/11/2025

Secara rasminya ini adalah logo bagi perniagaan kami, RushingHour . Setiap butiran yang terkandung dalam logo ini mempunyai maksud yang tersendiri.

RushingHour yang secara dasarnya adalah idea daripada kedua-dua pengasas sekali gus membolehkan perniagaan ini diberi nafas baru.

Kami akan kongsikan dengan lengkap mengenai butiran yang ada pada logo kami.

Oh ya, walaupun kami sudah menjenamakan semula nama perniagaan kami kepada lebih komersial namun page RayChel Empire masih dikekalkan. Jangan lupa support kami.

16/11/2025

Kepada yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan, jangan kecil hati kalau tak ada orang nak like post kau. Jangan putus asa kalau tak ada orang yang 'show interest' dengan reels kau. Percaya dengan usaha yang tidak akan pernah membohongi hasil. Cuba untuk konsisten setiap hari.

16/11/2025
16/11/2025

I wanted to take this opportunity to remind you of how special you are to me. Your kindness, love, and unwavering support mean more to me than words can express.

Kami yakin masih ramai lagi warga Keningau yang tidak tahu akan wujudnya RushingHour -sebuah perniagaan yang menawarkan ...
16/11/2025

Kami yakin masih ramai lagi warga Keningau yang tidak tahu akan wujudnya RushingHour -sebuah perniagaan yang menawarkan perkhidmatan penulisan dan penerbitan.

Sekiranya kamu tercari-cari perkhidmatan penulisan dan penerbitan, bah cepat-cepat contact kami😁

16 NOVEMBER 2025Hari ini kami akan memperkenalkan logo terbaru bagi RushingHour  selaras dengan perkembangan juga pengha...
16/11/2025

16 NOVEMBER 2025

Hari ini kami akan memperkenalkan logo terbaru bagi RushingHour selaras dengan perkembangan juga pengharmonian dalam sistem pentadbiran kami.

RushingHour yang juga dikenali sebagai RayChel Empire sebelum ini telah dinaiktaraf bagi memberi perkhidmatan paling maksimum kepada semua pelanggan kami yang selama ini menyokong kami bertapak dalam dunia perniagaan.

Walau kami belum dikenali sepenuhnya namun kami sangat menjaga kualiti kerja kami dan berjanji akan menyajikan perkhidmatan yang baik tanpa mengenal erti jemu.

Terima kasih kerana setia menemani kami sepanjang kami berada dalam dunia perniagaan. Jatuh bangun itu adalah perkara yang paling asas dalam perniagaan tetapi kami bangkit kerana kamu-pelanggan kami.

Teruskan kesetiaan dan kebersamaan kamu bersama kami-RushingHour.

11/11/2025

Here's to a wonderful morning and an even better day ahead!

Address

Keningau
89000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when RushingHour posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to RushingHour:

Share

Category