Sook Farm , Keningau

Sook Farm , Keningau We specialize in cultivating premium Black Thorn Durians on our farm.
📍Sook , Keningau , Sabah

Dimiliki oleh MalHarvest Co.

🌱 JUAL BIBIT DURIAN 🌱Mahu tanam durian belum ada bibit? Kami ada ready stock!✨ Jenis Klon: • Durian Musang King (pre-ord...
08/12/2025

🌱 JUAL BIBIT DURIAN 🌱

Mahu tanam durian belum ada bibit?
Kami ada ready stock!

✨ Jenis Klon:

• Durian Musang King (pre-order)
• Durian Black Thorn

🔥 Kelebihan Bibit Kami:

✅ Anak pokok sihat & subur
✅ Daun lawa
✅ Cepat berbuah
✅ Hybrid
✅ Ada sijil pengesahan pertanian

📦 Penghantaran: Seluruh Sabah.

📍 COD: Area berhampiran Keningau-Sook-Nabawan
(Cas mengikut jarak)

💰 Harga : RM33

📞 Berminat? Klik sini untuk WhatsApp:
👉 wa.me/60108885933

“Awal tanam , Awal hasil” 🌳

🇹🇭🇮🇩🇸🇬🇻🇳| Finest Durians of Southeast Asia: A Cultural & Culinary Showcase ☺️🍈 Kanyao – Thailand: Smooth, sweet, and fam...
26/11/2025

🇹🇭🇮🇩🇸🇬🇻🇳| Finest Durians of Southeast Asia: A Cultural & Culinary Showcase ☺️

🍈 Kanyao – Thailand: Smooth, sweet, and famously aromatic
🍈 Petruk – Indonesia: Creamy with a rich bittersweet depth
🍈 Kampung Pulau Ubin – Singapore: Wild, earthy, and authentically local
🍈 Ri6 – Vietnam: Velvety soft with a golden sweetness

A celebration of flavor, tradition, and Southeast Asian pride.

Kelulusan Eksport Durian dan Nangka Segar ke China Pacu Pertumbuhan Baharu Sektor Agromakanan NegaraMalaysia melakar sat...
23/11/2025

Kelulusan Eksport Durian dan Nangka Segar ke China Pacu Pertumbuhan Baharu Sektor Agromakanan Negara

Malaysia melakar satu lagi kejayaan besar dalam sektor agromakanan apabila memperoleh kelulusan untuk mengeksport durian segar dan nangka segar ke China, salah satu pasaran terbesar dan paling berpengaruh dalam perdagangan buah-buahan dunia.

Kelulusan ini menandakan pengiktirafan antarabangsa terhadap keupayaan negara menghasilkan buah tropika berkualiti tinggi, memenuhi standard fitosanitari ketat serta mematuhi protokol eksport yang ditetapkan pihak berkuasa China.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Mohamad Sabu, dalam satu kenyataan di media sosial rasmi beliau menzahirkan rasa syukur dan penghargaan terhadap semua yang terlibat.

“Alhamdulillah, satu lagi kejayaan besar untuk negara kita. Malaysia kini berjaya memperoleh kelulusan eksport durian segar dan nangka segar ke China. Dengan pembukaan akses baharu ini, nilai eksport durian sahaja dijangka melebihi RM1 bilion setahun.”

Beliau turut mengiktiraf kerjasama erat seluruh rantaian agromakanan dan menyatakan:

“Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama para petani, pengusaha ladang, pengeksport, pegawai-pegawai KPKM serta semua agensi berkaitan yang terus bekerja kuat memastikan kualiti dan standard negara kita berada pada tahap tertinggi.”

Kelulusan eksport ini dijangka memberi rangsangan besar kepada ekonomi negara. Untuk durian sahaja, unjuran nilai eksport melebihi RM1 bilion setahun menunjukkan potensi kukuh Malaysia sebagai pengeluar buah premium tropika yang semakin mendapat tempat dalam pasaran global.

Kejayaan ini juga membuka peluang lebih luas kepada ribuan petani, pengusaha ladang dan pengeksport yang selama ini menumpukan pasaran serantau.

Di bawah kerangka Malaysia MADANI, kejayaan ini mencerminkan kesungguhan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) serta Jabatan Pertanian dalam memperkukuh daya saing eksport negara melalui peningkatan standard kualiti, pematuhan protokol fitosanitari, pensijilan amalan pertanian baik, sistem penelusuran digital serta pengurusan pasca-tuaian yang lebih cekap dan moden.

YB Datuk Seri Mohamad turut memberi jaminan bahawa usaha pembukaan pasaran baharu akan diteruskan:

“Insya-Allah, kita akan terus memperluas pasaran dan membuka lebih banyak peluang untuk hasil pertanian Malaysia di pentas dunia.”

Pencapaian ini sekali lagi membuktikan bahawa sektor agromakanan Malaysia mempunyai potensi besar bukan sahaja dari sudut ekonomi, tetapi juga sebagai pemacu reputasi negara sebagai pengeluar buah tropika berkualiti premium.

Kejayaan ini adalah hasil dedikasi petani, inovasi industri, profesionalisme pegawai teknikal dan integriti sistem kawal selia negara.

Cadangan Durian Manufacturer Association (DMA) untuk menobatkan durian sebagai buah kebangsaan Malaysia kembali menghang...
23/11/2025

Cadangan Durian Manufacturer Association (DMA) untuk menobatkan durian sebagai buah kebangsaan Malaysia kembali menghangatkan perbincangan dalam kalangan pemain industri dan pemerhati sektor agromakanan.

Penetapan buah kebangsaan memerlukan kajian menyeluruh, mengambil kira faktor sosioekonomi, penerimaan masyarakat, nilai eksport, kesinambungan rantaian bekalan dan sumbangan durian kepada industri pertanian negara.

Idea untuk santai2
20/11/2025

Idea untuk santai2

Bila musim kemarau tiba, pokok durian akan cepat stress kalau tak dijaga dengan betul.Daun boleh gugur, pucuk baru jadi ...
04/11/2025

Bila musim kemarau tiba, pokok durian akan cepat stress kalau tak dijaga dengan betul.

Daun boleh gugur, pucuk baru jadi kering, dan pertumbuhan terhenti.

Jadi sebelum matahari “bakar” pokok kamu,
Kamu cuba buat 5 langkah ni👇

🌿 1. Sungkupan Tebal di Pangkal Pokok
Gunakan sabut kelapa, rumput kering atau daun kering.

Ini dibuat untuk mengekalkan kelembapan tanah, mengurangkan kadar penyejatan air, dan mengawal suhu tanah supaya akar tidak terlalu panas.
Ini sangat penting terutama untuk anak pokok durian muda yang akarnya masih pendek dan mudah terjejas oleh haba yang tinggi.

💧 2. Jadualkan Siraman Secara Konsisten.

Ketika musim kemarau, tanah akan jadi cepat kering. Jadi pastikan penyiraman dilakukan sekali sehari (pagi atau petang) bergantung kepada tahap kelembapan.

Jika guna sistem fertigasi atau sprinkler, boleh gunakan timer automatik supaya air diagihkan sekata.
Elakkan siram waktu tengah hari kerana air akan cepat tersejat dan boleh ‘terbakar’ daun muda.

🪣 3. Gunakan Sistem Tadahan atau Simpanan Air

Sediakan tangki air hujan atau kolam tadahan sebelum musim kemarau bermula.

Air simpanan ini boleh digunakan untuk menyiram pokok ketika bekalan air terganggu.

Kalau kawasan besar, guna sistem paip bawah tanah atau drip irrigation supaya penggunaan air lebih efisien.

🌱 4. Baja Organik dan Mikrob Tanah

Baja organik seperti kompos, tahi ayam reput, atau baja cecair bio boleh membantu meningkatkan daya serapan air tanah.

Selain itu, mikrob tanah (seperti Trichoderma dan Bacillus) membantu akar pokok menyerap nutrien dengan lebih baik, serta menguatkan pokok daripada tekanan haba dan kekeringan.

☂️ 5. Pasang Jaring atau Pelindung Sementara

Jika pokok masih muda, boleh pasang jaring hitam (shade net) atau penutup plastik lutsinar bagi lindungi daun daripada terik matahari.
Langkah ini dapat mengurangkan suhu sekitar dan elak daun jadi layu atau terbakar.
Untuk pokok dewasa, boleh gunakan penyiraman kabus (mist spray) di waktu panas untuk turunkan suhu persekitaran.

Musim kemarau ni bukan masalah ,
tapi ujian sejauh mana kau kenal tanah dan pokok sendiri. 🌳💪

🌱  PROMOSI JUALAN BIBIT DURIAN BLACK THORN 🌱🟢 Bibit Durian Black Thorn Berkualiti Tinggi🍀Sesuai untuk kebun komersial at...
31/10/2025

🌱 PROMOSI JUALAN BIBIT DURIAN BLACK THORN 🌱

🟢 Bibit Durian Black Thorn Berkualiti Tinggi
🍀Sesuai untuk kebun komersial atau tanam sendiri!

💰 Hanya Rm45 / Pokok!
🌱 Bibit ketinggian cantuman 1kaki-2kaki.
📦 Stok terhad – Cepat sebelum habis!

✅ Pokok sihat & cepat membesar
✅ Dapat bibit boleh terus tanam
✅ Jaminan varieti Black Thorn asli / Ada sijil SPBT

Mahu bibit lain pun ada.

📍Self pickup : Sook , Keningau
Pos pun boleh. Melalui box express

📞 Tempahan / Pertanyaan:
📲 010-888 5933

Atau tekan link d bawah ⬇️⬇️
https://wa.link/nfgs0b

Tempahan dibuka sekarang! 🐥Anak Ayam Turkey Comel 🦃Mencari haiwan peliharaan yang unik dan menyeronokkan? Kami membuka t...
09/10/2025

Tempahan dibuka sekarang!

🐥Anak Ayam Turkey Comel 🦃

Mencari haiwan peliharaan yang unik dan menyeronokkan? Kami membuka tempahan anak ayam turkey untuk dimiliki di rumah!

✨ Menjadi teman yang mesra dan menghiburkan keluarga.
✨ Sesuai untuk pendidikan anak-anak tentang haiwan dan pertanian.
✨ Anak ayam yang sihat dan mudah dijaga.
✨ Memberi pengalaman menyeronokkan menjaga haiwan ternakan sendiri.
✨ Daging boleh dimakan.
✨ Jimat dan mudah dijaga kerana ayam turkey antara ayam yang paling tahan lasak.

Ada 5 variety ditawarkan 🦃
✅ Bronze Turkey
✅ White Holland
✅ Black Spanish
✅ Bourban Red
✅ Blue Slate Turkey

‼️DIJAMIN AYAM DIHANTAR HIDUP ‼️
Warranty disediakan. Jika mati semasa penghantaran. Ayam akan ditukar baru.

📞 Tempah sekarang sebelum habis! Pastikan rumah anda diserikan dengan keriangan si kecil berbulu ini.

13/09/2025
13/09/2025
AVOCADO 🥑✨Nahh untuk peminat avocado , ada sudah avocado kami 🙂Avocado Premium 🥑Variasi;1. QAV 12. Booth 73. Russell4. H...
02/09/2025

AVOCADO 🥑✨

Nahh untuk peminat avocado , ada sudah avocado kami 🙂

Avocado Premium 🥑
Variasi;
1. QAV 1
2. Booth 7
3. Russell
4. Hybrid

Fresh dari ladang 🌱

Open for order!
Dekat kita cod , jauh kita pos.

Alhamdulillah, hari ini merupakan detik yang amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia apabila YAB Perdana Menteri, Dat...
23/07/2025

Alhamdulillah, hari ini merupakan detik yang amat bermakna buat seluruh rakyat Malaysia apabila YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beberapa inisiatif penting yang mencerminkan komitmen tinggi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh kebajikan rakyat dan menjulang semangat perpaduan negara.

Pengumuman tersebut telah disambut dengan penuh rasa syukur dan penghargaan oleh warga Jabatan Pertanian dan seluruh penjawat awam yang turut menjiwai denyut nadi rakyat.

Address

Sook
Keningau

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sook Farm , Keningau posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share