06/07/2026
Satu perkara yang kita tidak boleh ubah ialah genetik. Selebihnya, kita masih ada pilihan.
Risiko kanser bukan hanya ditentukan oleh keturunan.
Ya, sejarah keluarga dan faktor genetik adalah antara perkara yang kita tidak boleh ubah. Tetapi itu hanyalah sebahagian daripada keseluruhan risiko.
Perkara yang kita tidak boleh ubah:
•Faktor genetik dan sejarah keluarga
•Umur
•Jantina
•Sesetengah faktor persekitaran yang sukar dielakkan
Perkara yang kita boleh ubah:
•Berhenti merokok atau mengelakkan v**e
•Kekalkan berat badan yang sihat
•Bersenam secara berkala
•Kurangkan minuman bergula
•Kurangkan makanan diproses, makanan segera dan daging diproses
•Tidur yang mencukupi (7–8 jam)
•Mengurus tekanan (stres) dengan baik
•Menjalani pemeriksaan kesihatan dan saringan kanser mengikut umur dan risiko
Hakikatnya:
Kira-kira 5–10% kes kanser dikaitkan dengan faktor genetik yang diwarisi.
Ini bermakna 90–95% kes kanser bukan disebabkan oleh genetik semata-mata, tetapi berlaku akibat gabungan pelbagai faktor seperti penuaan, pendedahan kepada bahan berbahaya, jangkitan tertentu, dan gaya hidup yang diamalkan selama bertahun-tahun.
Kesimpulannya:
Kita tidak boleh memilih gen yang kita warisi. Tetapi kita masih boleh memilih cara kita menjalani hidup.
Setiap kali kita memilih untuk:
•berjalan 30 minit,
•minum air kosong menggantikan minuman bergula,
•tidur lebih awal,
•mengurangkan makanan diproses,
•dan mengurus stres dengan lebih baik,
kita sedang mengurangkan risiko bukan sahaja terhadap kanser, malah penyakit kronik lain seperti diabetes, darah tinggi dan penyakit jantung.
Mencegah sentiasa lebih mudah daripada merawat. Mulakan dengan satu perubahan kecil hari ini.