Jamu Kampung

Jamu Kampung Ramuan Tradisi Turun Temurun

Tips Kekal Sihat1. PositifMulakan hari anda dengan sesuatu yang positif. Sebaiknya elakkan sebarang perkara yang boleh m...
09/02/2023

Tips Kekal Sihat

1. Positif
Mulakan hari anda dengan sesuatu yang positif. Sebaiknya elakkan sebarang perkara yang boleh menjejaskan emosi anda, terutama pada waktu pagi. Jangan lupa untuk bersarapan untuk memberikan anda tenaga untuk memulakan hari anda dengan lebih bertenaga. Anda juga boleh memilih untuk berada dalam persekitaran individu yang positif, ini secara tidak langsung, dapat membantu anda menjadi lebih positif.

2. Menjaga diri
Mengambil berat tentang diet pemakanan anda, perbanyakan memakan buah-buahan dan sayuran dengan bijirin. Pilih diet pemakanan rendah kandungan lemak tepu dan kolesterol, kandungan gula, garam dan lemak yang seimbang. Dalam masa yang sama, luangkan masa sekurangnya 30 minit untuk aktif secara fizikal, sekurang-kurangnya 3kali seminggu. Jika tidak dapat meluangkan masa 30 minit sehari, pecahkan kepada 3 sesi dengan 10 minit pada setiap sesi. Anda boleh memilih sama ada untuk berjalan, bersukan, menari, yoga, berlari atau mungkin sebarang aktiviti lain yang anda gemari.

3. Minum air
Perbanyakan untuk minum air sekurang-kurangnya 8 liter sehari, ini turut membantu mengurangkan keinginan makan anda. Elakkan minuman manis atau berkarbonat yang boleh merosakkan kesihatan gigi anda, sekali gus meningkatkan risiko peningkatan berat badan dan masalah kesihatan seperti diabetes. Sebolehnya elakkan pengambilan minuman beralkohol tetapi jika anda tidak boleh mengelaknya, mungkin anda boleh kurangkan pengambilan minuman beralkohol.

4. Kurangkan terdedah kepada matahari
Pendedahan secara berlebihan kepada matahari boleh membawa kepada risiko kanser kulit termasuk masalah melanoma yang kronik. Elakkan dari berada di bawah cahaya matahari antara pukul 10 pagi hingga 4 petang. Jika perlu berada di bawah cahaya matahari, pastikan anda memakai krim pelindung matahari dengan SPF15 dan ke atas, memakai baju berlengan panjang dan memakai topi sebagai pelindung kepada.

5. Mengurangkan berat badan
Masalah berat badan berlebihan adalah punca utama yang menyebabkan diri berisiko untuk menghidapi pelbagai masalah kesihatan. Antaranya seperti:

*Tekanan darah diri
*Kandungan kolesterol tinggi
*Diabetes type 2
*Penyakit jantung
*Stroke
*Beberapa jenis kanser

Mengalami masalah berat badan berlebihan juga cenderung untuk mengalami masalah berkaitan kecederaan berkaitan berat. Masalah umum berkaitan arthritis adalah seperti pada bahagian tulang belakang, pinggul dan lutut.

Jika anda sememangnya mengalami masalah berat badan, langkah pertama yang harus anda lakukan adalah untuk mengelakkan sebarang pertambahan berat berat terlebih dahulu sebelum anda bersedia mencuba untuk mengurangkannya.

6. Elakkan merokok
Merokok dan tembakau sememangnya satu habit yang mendatangkan keburukan kepada diri. Ia boleh menyebabkan penyakit jantung, kanser mulut, tekak atau paru-paru. Tabiat ini juga menjadi faktor utama kepada masalah kesihatan seperti emfisema dan penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD). Anda mungkin mengalami kesukaran untuk berhenti pada mulanya, malahan anda mungkin akan menemui kegagalan walaupun telah mencuba lebih 5-6 kali untuk berhenti. Jangan berputus asa. Kurangkan bilangan jumlah rokok yang dihisap dari hari ke hari untuk mengelakkan badan anda dari terkejut kerana kehilangan nikotin. Jika masih merasa sukar, pelbagai program berhenti merokok tersedia untuk anda sertai.

https://jamu.com/

KHASIAT MINYAK ZAITUN1) Mengekalkan Tahap Kolesterol Yang SihatSatu kajian menunjukkan bahawa jika seorang dewasa mengam...
08/02/2023

KHASIAT MINYAK ZAITUN
1) Mengekalkan Tahap Kolesterol Yang Sihat
Satu kajian menunjukkan bahawa jika seorang dewasa mengambil 2 sudu besar sehari minyak zaitun dara cuma dalam tempoh seminggu, ia akan berjaya menurunkan kepekatan kolesterol tidak baik dalam tubuh badan kepada kadar yang normal dan mampu ditangani oleh badan.

2) Mengurangi Risiko Serangan Jantung
Kolesterol tidak baik ini dikenali sebagai Lipoprotein Ketumpatan Rendah atau singkatannya LDL adalah gabungan lemak dan protein yang boleh membawa kepada pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri yang lama-kelamaan akan menyempitkan saluran arteri, lantas boleh mengakibatkan serangan jantung dan strok.

3) Membantu Mencegah Kolitis Berulser
Kajian yang dijalankan terhadap 25,000 orang berusia sekitar 40 ke 65 tahun di UK, menunjukkan peserta-peserta kajian yang mengambil dos asid oleik tertinggi mempunyai 90% kurang risiko mendapat Kolitis Berulser berbanding peserta-peserta yang mengambil dos terendah. Kolitis Berulser adalah keradangan pada usus besar atau kolon. Simptom keradangan bergantung kepada tubuh badan seseorang. Sesetengah daripada kita mungkin akan mengalami cirit-birit berdarah atau bernanah, sakit perut, ataupun sembelit. Bagi menangani hal ini, penyelidik telah menyarankan supaya mengambil dua ke tiga sudu besar minyak zaitun setiap hari.

4) Melindungi Diri Daripada Kanser Payudara
Kanser payudara merupakan antara kanser yang sering terjadi kepada wanita berbanding lelaki. Kekal cergas dan sentiasa melakukan senaman harian dapat mengelakkan daripada berlakunya penyakit ini. Selain itu, pemakanan yang sihat juga dapat melindungi diri kita. Untuk mengambil kesempatan akan khasiat minyak zaitun, menambah minyak zaitun dalam diet pemakanan anda juga dapat mengurangkan risiko penyakit ini. Walaupun minyak juga adalah sejenis lemak, ia adalah lemak tidak tepu dan mudah mencair pada suhu bilik dan baik untuk kesihatan anda. Minyak zaitun juga kaya kandungan asid oleik dan bahan antioksidan.

5) Penjagaan Kecantikan Kulit
Selain kulit kepala, kulit badan juga boleh mendapat manfaat daripada khasiat minyak zaitun ini. Kandungan tinggi squalene yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang sangat kuat, dapat membalikkan kerosakan akibat radiasi sinar ultraungu.

6) Penjagaan Kecantikan Rambut
Selain keajaiban dalam membantu mencegah dan merawat penyakit-penyakit berbahaya seperti yang telah dinyatakan dan banyak lagi penyakit lain yang tidak sempat diselitkan dalam artikel ini, khasiat minyak zaitun juga penting untuk rawatan kecantikan tubuh badan seperti penjagaan kulit serta penjagaan rambut. Rambut dan kulit kepala yang kering boleh mengakibatkan keguguran rambut. Dengan menyapu dan mengurut kulit kepala anda dengan minyak semula jadi ini, ia dapat membantu melancarkan pengaliran darah di kepala, seterusnya membantu melancarkan pembahagian nutrien daripada dalam tubuh ke akar rambut serta juga mendapat nutrien tambahan terus daripada minyak zaitun ini. Selain itu, rambut anda akan kekal lembap serta kelihatan lebih bermaya.

https://jamu.com/

10 KHASIAT HABBATUS SAUDA=========================================== Memandangkan habbatus sauda mengandungi beberapa ko...
08/02/2023

10 KHASIAT HABBATUS SAUDA
===========================================

Memandangkan habbatus sauda mengandungi beberapa komponen penting pada kesihatan, ia sekali gus memberi khasiat dan impak positif pada keseluruhan tubuh badan. Antara khasiat habbatus sauda yang dapat dirungkaikan adalah:

1. Aktiviti antioksida

Habbatus sauda kaya dengan bahan-bahan antioksida seperti flavonoids, folifenol dan thymoquinone, carvacrol, t-anethole dan 4-terpineol. Ini menjadikan habbatus sauda sebagai bahan antioksida yang baik untuk melawan radikal bebas yang berpunca daripada pencemaran, cahaya matahari dan bahan kimia. Aktiviti antioksida ini dapat melindungi sel dan tubuh badan daripada kerosakan.
Menurut kajian, ekstrak minyak yang diambil daripada habbatus sauda juga mampu mengurangkan tekanan oksidatif pada haiwan. Namun, banyak lagi kajian perlu dilakukan pada manusia untuk membuktikan impak secara lebih komprehensif.

2. Mengawal paras gula dalam darah

Memandangkan habbatus sauda juga sejenis tumbuhan berbiji, ia turut menunjukkan kesan antihipoglisemik. Petai telah menunjukkan kesan yang baik terhadap kawalan gula darah dalam kedua-dua kajian yang melibatkan manusia dan haiwan.Terdapat satu kajian pemberian minyak habbatus sauda sebanyak 1.5 dan 3ml/hari terhadap pesakit diabetes selama 20 hari. Keputusan yang diterima agak memberangsangkan apabila paras gula darah menurun.

3. Menurunkan paras kolesterol

Kolesterol dihasilkan sebanyak 70% dalam badan kita dan selebihnya ia datang daripada sumber makanan. Umum mengetahui, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu LDL (kolesterol jahat) dan HDL (kolesterol baik). Peningkatan kolesterol jahat dalam tubuh merisikokan kita untuk mendapat penyakit kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok.

Habbatus sauda merupakan sumber makanan yang baik untuk mengawal dan menurunkan paras LDL. Komponen serat yang terkandung dalam habbatus sauda menjadi salah satu faktor ia memberi kesan efektif terhadap pengawalan paras kolesterol.

4. Mengawal tekanan darah

Habbatus sauda mengandungi mineral yang berfungsi dalam pengawalan tekanan darah seperti kalium dan sodium. Kalium mempunyai sifat berlawanan dengan sodium iaitu merendahkan tekanan darah.

Jika dilihat pada kandungan nutrisi, kalium lebih tinggi berbanding sodium, ini menjadikan habbatus sauda adalah sumber makanan anti-hipertensi yang baik.

5. Bertindak sebagai anti-radang

Kajian menunjukkan minyak habbatus sauda mempunyai sifat yang boleh melawan keradangan. Dalam satu kajian menunjukkan bahawa minyak habbatus sauda memiliki kesan baik sama seperti ‘painkiller’.

Walaupun banyak kajian telah dilakukan terhadap haiwan dan ia menunjukkan impak positif dalam mengurangkan kesan radang, lebih banyak kajian terhadap manusia yang perlu dilakukan untuk membuktikan keberkesanannya.

6. Aktiviti antimikrobial

Aktiviti antimikrobial bermaksud aktiviti yang menghalang atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma seperti bakteria dan virus. Habbatus sauda dikatakan mampu merencatkan pertumbuhan bakteria seperti Escherichia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella enteritidis, and Serratia marcescens.

Bakteria-bakteria ini dikategorikan sebagai bakteria yang berbahaya kepada kesihatan kerana menjadi punca beberapa penyakit seperti keracunan makanan. Maka, jika pertumbuhan bakteria-bakteria dapat direncatkan, risiko jangkitan penyakit dapat dikurangkan.

7. Anti-fungal

Habbatus sauda juga dikatakan dapat merencatkan pertumbuhan fungi. Fungi juga merupakan sejenis mikroorganisma yang hidup dengan kehadiran air atau kelembapan dan udara. Terdapat 3 jenis kompaun dalam habbatus sauda iaitu TQ, thymohydroquinone, dan thymol yang dikatakan memberi kesan terhadap kulat, fungi dan yis.

Menurut kajian ini lagi, habbatus sauda juga boleh dijadikan potensi sebagai bahan pengawet semula jadi pemakanan supaya tidak cepat rosak dan basi.

8. Anti-kanser

Habbatus sauda yang kaya dengan bahan antioksida seperti vitamin dan kompaun bioaktif berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel tidak normal seperti kanser.

Menurut kajian, thymoquinone (TQ) iaitu kompaun bioaktif mempunyai fungsi yang paling utama dalam mengurangkan risiko tumor dan pembiakan sel abnormal kanser.

9. Penjagaan kesihatan perut dan penghadaman

Perut adalah organ yang penting dalam sistem penghadaman manusia. Ulser adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dialami oleh individu yang mengakibatkan gastrik dan ketidakselesaan.

Dalam satu kajian terhadap haiwan, 20 tikus yang menghidapi ulser di perut telah dirawat dengan menggunakan habbatus sauda.

Ia menunjukkan kesan pulih sebanyak 83% terhadap tikus-tikus terbabit dan memiliki peratusan keberkesanan hampir sama seperti ubat biasa yang digunakan untuk merawat ulser.

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian perlu dilakukan terutamanya ujian klinikal bagi mengkaji impaknya terhadap manusia.

10. Bertindak pada masalah kesuburan lelaki

Masalah ketidaksuburan boleh memberi implikasi besar terhadap pembinaan sesebuah keluarga. S***m yang abnormal adalah punca masalah ketidaksuburan pada lelaki. Menurut kajian yang dijalankan, kaedah terbaik untuk mengatasi masalah s***m abnormal adalah dengan memberi rawatan menggunakan bahan antioksida.

Habbatus sauda dikatakan sebagai salah satu potensi herba atau kaedah tradisional yang boleh membantu dalam masalah ketidaksuburan lelaki kerana kandungan antioksidanya yang tinggi.

Habbatus sauda telah banyak digunakan dalam pemakanan seharian kita terutamanya dalam bentuk produk-produk komersial yang dijual di pasaran. Semua makanan mempunyai manfaat masing-masing. Rebut peluang untuk mengamalkan pemakanan sihat untuk penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

https://jamu.com/

Manfaat Gambir Pada Kesihatan1. Diarrhea (Cirit Birit)Manfaat gambir yang pertama ialah sebagai ubat untuk cirit-birit. ...
08/02/2023

Manfaat Gambir Pada Kesihatan

1. Diarrhea (Cirit Birit)
Manfaat gambir yang pertama ialah sebagai ubat untuk cirit-birit. Pada zaman dahulu tanaman gambir digunakan sebagai ubat cirit-birit yaitu pada daun dan rantingnya. Daun dan rantingnya dikeringkan, kemudian dihaluskan dan digunakan sebagai teh untuk diminum.

Melalui sebuah penelitian terbukti bahawa daun dan ranting mengandung beberapa bahan bakteri yang dapat menyerang bakteri jahat penyebab Diarrhea di usus besar.

2. Untuk Memperkuat Gigi
Manfaat gambir selanjutnya yaitu untuk memperkuat gigi. Mengunyah gambir merupakan kegiatan mengunyah batang dan daun gambir yang dipercaya dapat memperkuat gigi. Kandungan gambir akan meninggalkan warna kemerahan pada gigi akan tetapi terbukti gigi tidak mudah rapuh, tidak berlubang dan lebih sehat.

Namun hingga saat ini belum diketahui efek sebenarnya. Kebiasaan ini sudah ditinggalkan anak kecil karena bekas warna merah pada gigi sulit dihilangkan.

3. Sumber Antioksidan

Manfaat gambir ternyata juga sebagai sumber antioksidan. Daun gambir mengandung zat kimia yang disebut katekin. Katekin merupakan salah satu sumber manfaat antioksidan alami yang dapat menyerang sistem yang terkena radikal bebas. Senyawa ini juga dipercaya menjadi komponen alami untuk menyerang berbagai jenis penyakit. Beberapa negara meyakini perlakuan ini seperti India dan Pakistan.

4. Mempermudah Proses Penyamakan Kulit

Sejak dahulu kala manfaat gambir juga telah digunakan sebagai bahan untuk memudahkan proses penyamakan kulit. Daging hewan tertentu seperti ular, ikan, buaya dan berbagai jenis hewan lainnya biasa digunakan untuk produk dan aksesoris pakaian. Bahan gambir membuat proses penyamakan menjadi lebih cepat dan membuat kulit yang dihasilkan tidak cacat.

5. Pewarna Produk Tekstil Tradisional
Karena warna merah yang dihasilkan pada gigi saat dikunyah dapat bertahan dalam waktu yang sangat lama, maka beberapa ahli mengembangkan teknik pewarnaan tradisional gambir.

Cara memeras atau menumbuk daun dan batang kecil gambir ternyata, bisa menyisakan warna merah untuk berbagai jenis benang dan bahan kapas. Warna merah yang dihasilkan akan lebih tajam dan bisa dipadukan dengan warna lain. Bahkan sekarang pembatik mulai menggunakan gambir untuk mewarnai kain batik.

https://jamu.com/

MANFAAT LINTAH PADA MANUSIA==========================================1. Penyakit jantungTerapi lintah dapat membantu pes...
08/02/2023

MANFAAT LINTAH PADA MANUSIA
==========================================

1. Penyakit jantung

Terapi lintah dapat membantu pesakit yang mengalami penyakit berkaitan jantung apabila ia dikatakan dapat meningkatkan aliran darah serta membuatkan fungsi saraf yang mati kembali aktif.

2. Menyembuhkan luka

Penggunaan lintah sangat berkesan dalam menjaga peredaran darah terutamanya pada bahagian luka sekaligus mempercepatkan proses penyembuhan.

Jika terdapat bengkak pada luka, terapi lintah ini juga dapat mengurangkan bengkak serta menghindarkan ia daripada terkena bakteria.

3. Membunuh sel kanser

Kaedah ini juga dikatakan mampu melindungi sel normal dan menghentikan pertumbuhan sel kanser pada pesakit.

Kajian mendapati air liur lintah mengandungi senyawa dikenali sebagai ghilanten yang mampu menekankan pertumbuhan beberapa jenis tumor kanser seperti paru-paru, payudara dan prostat.

4. Mencegah diabetes

Pakar mendapati terapi lintah sangat baik untuk pesakit diabetes dalam menghalang saluaran darah pesakit daripada menjadi rosak.

Peptida dalam air liur lintah dapat meningkatkan aliran darah pada pembuluh darah dan mencegah pembekuan darah.

5. Masalah pendengaran

Terapi ini juga dikatakan mampu membantu merawat sakit telinga seperti kehilangan pendengaran secara tiba-tiba, tinnitus dan otitis.

Sebuah kajian yang dilakukan dengan meletakkan seekor lintah di bahagian depan dan belakang telinga dan hasilnya menunjukkan keberkesanan pada pesakit.

https://jamu.com/

PELBAGAI KHASIAT GAMAT YANG ANDA PERLU TAHU===========================================Menjaga kesihatan gusiUbat gigi ya...
08/02/2023

PELBAGAI KHASIAT GAMAT YANG ANDA PERLU TAHU
===========================================

Menjaga kesihatan gusi
Ubat gigi yang ditambah dengan ekstrak gamat telah dibuktikan bermanfaat untuk mereka yang mempunyai penyakit gusi. Dalam satu kajian, pesakit gingivitis kronik dan periodintitis yang diberi ubat gigi mengandungi gamat telah menunjukkan pengurangan dalam pembinaan plak dan pendarahan gusi.

Mengawal Kolestrol
Kajian Journal of Agricultural and Food Chemistry in 2002 telah menunjukkan gamat mengurangkan LDL (kolestrol negatif) dan meningkatkan HDL (kolestrol positif).

Mencegah Barah / Kanser
Gamat mengandungi cytotoxic triterpene diglycosides yang dibuktikan melawan sel kanser, termasuk kanser kulit, prostat dan barah buah dada.

Satu lagi kajian menunjukkan satu spesis timun laut mengandungi zat yang mencegah sel kanser limpa.

Meningkatkan Kesihatan Hati dan Limpa
Beberapa kajian ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa gamat mampu meningkatkan kesihatan hati dan limpa.

Tikus yang telah diberi makanan dengan kandungan gamat yang tinggi mempunyai tekanan darah yang lebih rendah.

Dalam satu kajian lain, tikus-tikus ini telah mengurangkan kerosakan limpa, dan meningkatkan kesihatan hati dan buah pinggang.

Mencegah Bakteria
Salah satu spesis timun laut mempunyai sifat mencegah fungus dan bakteria seperti E.coli dari merebak. Satu lagi kajian menunjukkan timun laut melawan sepsis yang disebabkan oleh pelbagai bakteria.

Lain-lain Khasiat Gamat
Gamat sangat berkhasiat untuk membantu penyembuhan luka dalaman dan luaran. Kajian juga mendapati gamat berupaya membantu mencegah penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mencegah dan mengawal kencing manis serta tekanan darah tinggi, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit. Gamat turut mengandungi antioksidan semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas punca kerosakan dan kemerosotan sel.

https://jamu.com/

Khasiat Kurma1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaanKurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutam...
08/02/2023

Khasiat Kurma

1. Sumber serat untuk melancarkan pencernaan

Kurma merupakan sumber serat yang baik untuk tubuh kita terutama bagi saluran pencernaan dan mencegah masalah sembelit. Kajian mendapati, individu yang makan tujuh biji kurma setiap hari akan membuang air besar secara teratur.

2. Mengawal gula dalam darah

Kurma mempunyai rasa manis dengan kandungan fruktosa yang baik untuk tubuh. Fruktosa merupakan jenis gula semula jadi pada buah.

Kandungan gula itu serta serat yang tinggi dalam kurma sangat bermanfaat untuk mengawal gula dalam darah. Serat mencegah kadar gula dalam darah melonjak terlalu tinggi selepas makan.

3. Kaya antioksidan

Kurma mengandungi antioksidan yang dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. Fungsi antioksidan melindungi sel-sel dalam tubuh daripada radikal bebas.

Antioksidan yang terkandung dalam kurma dikenali sebagai flavonoid cukup baik untuk mengurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser.

4. Meningkatkan kesihatan otak

Kajian menunjukkan kurma dapat mengurangkan inflamasi pada otak serta mengurangkan risiko penyakit seperti alzheimer serta pembentukan plak pada otak. Ia juga meningkatkan daya ingatan.

5. Menjaga kesihatan tulang

Bukan susu sahaja baik untuk tulang tapi begitu juga kurma! Ini kerana ia mengandungi mineral iaitu fostor, kalium, kalsium dan magnesium yang dapat mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis.

https://jamu.com/

KHASIAT TONGKAT ALI YANG ANDA PERLU TAHU=========================================1. Meningkatkan Kesuburan LelakiSatu ka...
08/02/2023

KHASIAT TONGKAT ALI YANG ANDA PERLU TAHU
=========================================

1. Meningkatkan Kesuburan Lelaki

Satu kajian telah dijalankan selama 30 hari dengan penglibatan 76 orang lelaki yang lebih tua dan mempunyai kadar testostron yang rendah. Peserta-peserta kajian ini diberikan 200 mg ekstrak Tongkat Ali setiap hari untuk melihat sebarang perubahan pada tahap hormon.

Keputusannya tahap hormon mereka meningkat secara signifikan dalam kalangan 90% peserta kajian.

2. Mengelakkan dari Tulang Reput (osteoporosis)

Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana tulang kepadatan tulang berkurangan dan menjadi rapuh. Keadaan ini menyebabkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah. Keadaan ini kerap dialami oleh golongan warga emas terutama wanita selepas menopous, apabila badan tidak dapat lagi menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Tongkat Ali atau Eurycoma longifolia (EL) telah menunjukkan kesan yang berbeza apabila pada dos 25µg/mL, sel-sel lebih aktif membesar atau membahagi berbanding sel-sel yang tidak dirawat.

3. Mengurangkan Stres dan Tekanan

Stres dan tekanan sering dialami oleh golongan dewasa oleh sebab pelbagai tanggungjawab dan tugasan harian. Oleh itu pelbagai cara telah ditemui untuk mengurangkan tekanan, termasuklah berikhtiar dengan minuman ekstrak Tongkat Ali.

Seramai 63 peserta (32 lelaki dan 31 perempuan) telah menjalani analisis hormon stres sebelum dan selepas uji kaji. Hasil kajian mendapati, peningkatan yang signifikan telah ditemui dengan Tekanan (-11%), Kemarahan (-12%) dan Kekeliruan (-15%).

Setelah peserta-peserta kajian mengambil minuman ekstrak Tongkat Ali ini juga mendapati, status hormon testosteron juga meningkat, dan berkurang hormon stress, cortisol.

4. Boleh Meningkatkan Saiz dan Kekuatan Otot

Tongkat Ali sering dikaitkan dengan kemampuannya yang mampu meransang penghasilan hormon testosteron. Hormon testosteron yang tinggi dikaitkan dengan fizikal yang tegap dan maskulin.

Oleh itu, pengambilan ekstrak minuman Tongkat Ali yang konsisten mampu membantu meningkatkan j***m otot dan mengurangkan penghasilan lemak dalam badan.

5. Mempunyai kesan Anti-Malaria

Malaria adalah penyakit berjangkit yang tersebar melalui jangkitan nyamuk. Di Malaysia, prevalens penyakit malaria amat rendah tetapi di peringkat global telah mencatatkan hampir setengah juta kematian akibat penyakit Malaria pada tahun 2018.

Tongkat Ali dipercayai mempunyai sebatian eurycomnone dan asid 7-methoxy-beta-carboline-1-propionic yang mempunyai kesan anti-malaria.

6. Mencegah Jangkitan Bakteria

Daun Tongkat Ali telah terbukti mampu mencegah dari jangkitan bakteria seperti Salmonella Typhi, Escherichia Coli (E.Coli), Staphylococcus aureus dan Serratia marscesens. Bakteria -bakteria ini mampu menyebabkan jangkitan pada kulit, paru-paru dan darah.

7. Membaiki/menambah baik metabolisma badan

Kadar metabolisma badan yang baik akan mempercepatkan proses pembakaran lemak dan pembebasan tenaga dalam badan. Tongkat Ali dipercayai mampu mempercepatkan fungsi hormon Thyroxine yang berfungsi meransang pengambilan oksigen lalu mempercepatkan proses pembebasan tenaga dari badan.

8. Melambatkan Kenaikan Paras Gula dalam Darah

Bagi pesakit kencing manis, kenaikan paras gula mendadak merupakan ‘red flag’ yang patut diawasi sepanjang masa. Jika tiada pengawalan pada paras gula, pelbagai komplikasi yang lebih buruk mungkin berlaku kepada tubuh badan.

Kajian telah dilakukan ke atas pelbagai tumbuhan herba dan mendapati Tongkat Ali antara 13 tumbuhan yang menunjukkan kemampuan dalam meningkatkan pengambilan glukos atau gula dalam darah di sel lemak 3T3-L1 selepas suntikan insulin dilakukan.

9. Boleh Melawan Kanser

Satu kajian telah dijalankan ke atas pelbagai bahagian Tongkat Ali meliputi daun, batang dan akar. Hasil dapatan menunjukkan 16 dari bahagian tersebut menunjukkan kesan anti-kanser dan mampu menghalang perebakan sel-sel kanser dalam badan.

Antara kanser yang dikesan mampu dihalang adalah kanser payudara dan kanser paru-paru. Secara ringkasnya, Tongkat ali boleh dianggap sebagai terapi tambahan untuk rawatan pelbagai jenis kanser pada manusia.

https://jamu.com/

KHASIAT POHON KUCING GALAK YANG ANDA PERLU TAHU===========================================1. Ulser mulut Gunakan air reb...
08/02/2023

KHASIAT POHON KUCING GALAK YANG ANDA PERLU TAHU
===========================================

1. Ulser mulut
Gunakan air rebusan tersebut untuk berkumur. Berkumur-kumurlah dengan air rebusan itu sebanyak 2 kali sehari. Iaitu pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur. Amalkan sehingga sembuh.

2. Penyakit kulit
Basuh kawasan tubuh badan yang mengalami penyakit kulit menggunakan rebusan pokok kucing galak. Lakukan petua ini setiap hari dan teruskan sehingga anda benar-benar sembuh.

3. Menguatkan tenaga batin dan badan kuat
Minum air rebusan akar atau daun pokok kucing galak. Amalkan meminum secara sederhana atau hanya apabila perlu. Sebagai contoh, minumlah segelas sebelum anda melakukan kerja berat dan tujuan lain yang seumpama dengannya.

4. Sembelit
Minum air rebusan.separuh gelas waktu pagi dan separuh gelas waktu petang. Lakukan sehingga sembuh

https://jamu.com/

11 KHASIAT DAUN BELALI GAJAH YANG ANDA PERLU TAHU ========================================1. Dalam tahun-tahun kebelakan...
08/02/2023

11 KHASIAT DAUN BELALI GAJAH YANG ANDA PERLU TAHU

========================================

1. Dalam tahun-tahun kebelakangan, terdapat ramai pesakit-pesakit kanser sembuh secara ajaib selepas pengambilan Daun Belalai Gajah telah dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar dan mencetuskan kegilaan. Oleh kerana kesan khasnya, ia mengubati pelbagai jenis kanser, termasuk limfoma, kanser hati, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payudara, kanser nasofarinks, kanser rahim, kanser ovari, leukemia, kanser otak dan kanser prostat.

2. Daun Belalai Gajah menyembuhkan dan menggantikan Sel-Sel Badan yang rosak. Selepas setiap 6 bulan menerusi proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui. Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk pulih sepenuhnya.

3. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.

4. Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

5. Ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

6. Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebaslah yang menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan pelbagai penyakit pembunuh senyap.

7. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium, magnesium dan nutrien lain dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

8. Daun Belalai Gajah mengandungi serat mentah yang tinggi. Serat dalam usus manusia berfungsi sebagai penyerap kelembapan dan merangsang peristalsis usus.

9. Mengeluarkan pelbagai toksin dalam badan.

10. Ia mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang sangat kuat.

11. Hipotemia -. Untuk mengurangkan demam

https://jamu.com/

Address

Lembah Sireh Business Centre
Kota Bharu
15050

Telephone

+60122222001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jamu Kampung posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category