29/08/2026
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
@๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐
Sekitar suasana Program Jualan Agro MADANI @ Pasar Tani Asia City yang berlangsung pada hari ini dengan sambutan yang menggalakkan daripada komuniti setempat.
Menariknya, ramai pengunjung mengambil peluang cuti sekolah yang panjang untuk berkunjung ke Pasar Tani bagi mendapatkan pelbagai barangan segar dan keperluan harian untuk kegunaan seisi keluarga.
Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan, udang serta hasil laut dan barangan keperluan harian ditawarkan pada harga yang berpatutan.
Turut menjadi tarikan, Kombo MADANI khas sempena Bulan Kebangsaan, sekali gus memberi peluang kepada pengguna mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih jimat.
Program ini juga menjadi platform untuk menyokong usahawan dan peniaga tempatan serta memperkukuh pemasaran hasil pertanian tempatan kepada masyarakat.
"๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ : ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐"
FAMA Sabah