Interesting Video
Another beautiful story of the Hager, Ismail and the Zamzam Well.
Satu lagi kisah indah mengenai saidatina Hajar, Nabi Ismail dan telaga Zamzam.
The History of Makkah - 3D Cinematic Version
PERKONGSIAN 35 (Penutup)
Bismillah...
Siri Perkongsian berkaitan keberkatan air zamzam dimulakan pada bulan Disember 2013 dan kini melabuhkan tirai penutupnya pada hari Jumaat yang terakhir di bulan Disember 2017 ini, dengan perkongsian video menarik sejarah kota suci Makkah.
Pihak Zam Zam Al-Barakah Sabah telah memberikan usaha sedaya upaya terbaik dalam memastikan ketepatan maklumat dalam perkongsian ini (termasuk melalui usaha penterjemahan artikel asal).
Segala sisipan maklumat, artikel dan juga gambar serta video di dalam siri ini adalah diperolehi secara percuma di ruang siber atau internet.
Oleh yang demikian, pihak Zam Zam Al-Barakah Sabah menafikan secara khusus sebarang tangungjawab perundangan yang mungkin dituntut atas sebarang ketidaktepatan, ketidaksempurnaan atau pun pelanggaran hakcipta terhadap maklumat yang terkandung dalam siri perkongsian ini.
Semoga segala perkongsian ini memberikan manfaat untuk semua. Kemaafan dipohon andai terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan selama siri perkongsian ini berlangsung, yang pastinya segala kelemahan serta kekurangan tersebut adalah dari pihak Zam Zam Al-Barakah Sabah sendiri.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dua when drinking zam-zam water - Sheikh Dr. Muhammad Salah
PERKONGSIAN 32
HUKUM DAN FATWA MENJUAL AIR ZAM-ZAM (Bahagian 2)
PENDAPAT ULAMA - Sambungan
Tidak boleh bagi sesiapa pun untuk minum, berwudhu, atau pun mengambil air yang sudah ada dalam wadah tanpa keizinan pemiliknya. Demikian pula, jika seseorang berdiri berdekatan telaga umum atau telaga persendirian, lalu dia mengambil air secara manual atau pun mekanik maka semua air yang mampu diambilnya adalah miliknya dan dia boleh menjualnya kerana air tersebut miliknya dengan dia memasukkan air tersebut ke dalam wadahnya.
Imam Ahmad Rahimahullah menyatakan, “Jual beli air yang terhasil dari keperluan adalah air terhasil yang masih ada di telaga atau pun mata air, diperbolehkan menjual telaga dan mata air milik persendirian. Pembeli telaga tersebut lebih berhak terhadap air yang ada di dalamnya daripada selain dia”.
Syekh Shalih Al-Fauzan mengajukan pertanyaan mengenai apakah diperbolehkan menjual air dan bilakah jualan air diperbolehkan?
Jawapan beliau, “Jawapan pertanyaan ini perlu diperinci. Jika seseorang itu menguasai air dengan bentuk dia memasukkan air ke dalam wadah atau bekas miliknya maka air tersebut telah menjadi miliknya, sehingga dia boleh menjualnya. Alasannya, kerana air tersebut telah dia sendirikan, dia kuasai, dan dia pun telah bersusah-payah untuk mendapatkannya, sehingga air tersebut menjadi miliknya”.
Adapun jika keadaan air tersebut masih berada di dalam telaga persendirian, sungai, atau pun saluran air yang melewati tanah miliknya maka boleh atau tidak menjual air dalam keadaan seperti ini adalah diperselisihkan pendapat oleh kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa pemilik tanah tidak boleh menjual air yang masih berada di sumbernya, namun dialah yang lebih berhak memanfaatkan air yang ada di tanahnya daripada orang lain. Akan tetapi, dia tidak diperbolehkan untuk melarang atau menghalang orang lain yang mahu memanfaatkan air yang ada di tanahnya, asalkan manfaat tersebut tidak membahayakan pemilik atau harta pemilik tana
BEFORE THE LIGHT
PERKONGSIAN 31
HUKUM DAN FATWA MENJUAL AIR ZAM-ZAM (Bahagian 1)
PENDAPAT ULAMA
Persoalan, “Aku pernah mendengar dari seseorang bahawa jual beli Air Zam-Zam itu adalah dilarang. Apakah pernyataan ini benar? Apakah seseorang diperbolehkan untuk mengambil Air Zam-Zam di Masjidil Haram kemudian kembali ke negaranya lalu menjual Air Zam-Zam tersebut? Adakah dalil dalam masalah ini?"
Jawapan, “Pada dasarnya, tidaklah diperbolehkan untuk menjual air yang masih berada di sumbernya atau salurannya. Namun, jika air tersebut telah disendirikan dan dimasukkan ke dalam wadah tertentu, misalnya bekas air, maka air tersebut boleh dijual, tanpa ada perselisihan pendapat di kalangan para ulama dalam hal ini.
Ibnu Qudamah Al-Hanbali Rahimahullah (Al-Mughni, 4:215) menyatakan, “Adapun air yang sudah disendirikan dengan dimasukkan ke dalam wadah tertentu maka air tersebut menjadi milik orang yang mengambilnya dan dia boleh menjualnya, tanpa ada perselisihan pendapat di kalangan para ulama dalam hal ini”. Inilah kebiasaan yang berlaku di berbagai kota, air dalam wadah diperdagangkan tanpa ada satu pun ulama yang menyalahkannya.
Whats ruling on mixing Zam Zam water with other water
PERKONGSIAN 30
KRISTAL AIR ZAM-ZAM (BAHAGIAN 2 - Akhir)
Di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun berkongsi hasil penyelidikannya mengenai air yang ditulisnya dalam sebuah buku berjudul “The True Power of Water”. Sejumlah paparan kristal molekul air dari berbagai sumber seperti air dari sungai, laut, telaga dan sebagainya ditayangkan pada waktu itu.
Beberapa molekul air yang ditelitinya berbentuk tidak teratur tetapi terdapat satu kristal air yang kelihatan sangat indah dan cantik, berbentuk seperti bunga atau cakra, bagaikan berlian yang berkilauan, dan memancarkan lebih dari 12 warna jika dibekukan. “Molekul air apakah ini?” Tanya Dr. Masaru Emoto.
Suasana tiba-tiba menjadi senyap, hadirin seakan terpana dan tidak tahu kristal molekul apakah gerangannya itu. Namun seorang pensyarah dari salah sebuah universiti di Malaysia mengangkat tangan, dan berkata “mungkin itu adalah molekul Air Zam-Zam”.
Dr. Masaru Emoto bertanya kembali, “mengapa anda berpendapat bahawa itu adalah molekul Air Zam-Zam?”
Kata pensyarah tersebut, “Sebab Air Zam-Zam adalah air yang paling mulia di dunia ini, jadi wajar sekiranya ia memiliki molekul kelihatan seperti berlian yang bersinar indah”.
Ternyata tekaan pensyarah itu adalah benar kerana itu memang Air Zam-Zam. Penelitian Dr. Masaru Emoto telah menunjukkan bahawa Air Zam-Zam memiliki molekul air paling cantik dan indah di antara air yang lainnya.
Zamzam Water. A Research work by Dr. Masaru Emoto
PERKONGSIAN 29
KRISTAL AIR ZAM-ZAM (Bahagian 1)
Dr. Masaru Emoto menguraikan bahawa air mempunyai sifat kebolehan untuk merakam, seperti pita magnetik atau compact disk. Semakin kuat tumpuan pemberi pesanan, semakin dalam pesanan yang tercetak di air. Air boleh memindahkan pesanan tadi melalui molekul air yang lain.
Kemungkinan penemuan ini boleh menjelaskan kenapa air biasa yang didoakan boleh menyembuhkan si sakit. Dulu sebahagian dari kita menganggap perbuatan tersebut syirik, atau paling sedikit kita anggap sekadar ikhtiar, tetapi ternyata molekul air itu menangkap pesanan doa kesembuhan, menyimpannya, lalu getarannya merebak kepada molekul cecair lain yang wujud di dalam tubuh si sakit.
Jisim tubuh manusia 75% adalah terdiri dari cecair. Jisim otak kita 74.5% adalah terdiri dari cecair. Dan darah kita 82% adalah terdiri dari cecair malah tulang yang keras pun mengandung 22% cecair.
Wudu or Ghusl with Zam Zam water
PERKONGSIAN 28
KANDUNGAN MINERAL AIR ZAM-ZAM
Tidak seperti air mineral yang umum dijumpai, Air Zam-Zam in memang unik kerana mengandungi elemen-elemen mineral sebesar 2000 mg per liter. Kebiasaannya, air mineral semulajadi tidak akan mempunyai lebih dari 260 mg per liter kandungan mineralnya.
Elemen-elemen kimia yang terkandung dalam Air Zam-Zam antaranya;
Ion-ion Positif (+)
Sodium (250 mg per liter)
Calcium (200 mg per liter)
Potassium (20 mg per liter)
Magnesium (50 mg per liter)
Ion-ion Negatif (-)
Sulphur (372 mg per liter)
Bicarbonates (366 mg per liter)
Nitrate (273 mg per liter)
Phosphate (0.25 mg per liter)
Ammonia (6 mg per liter)
Islam and Water
PERKONGSIAN 27
RAWATAN TELAGA ZAM-ZAM
Dahulu kala, Air Zam-Zam diambil dengan menggunakan gayung atau timba, namun kemudiannya digantikan dengan penggunaan pam air pada tahun 1953. Pam ini menyalurkan air dari telaga ke tangki penyimpanan air dan juga ke paip-paip air yang ada di sekitar telaga zam-zam.
Ujian pengepaman (pumping test) telah dilakukan pada telaga ini, pada kadar pengepaman 8000 liter sesaat selama lebih dari 24 jam memperlihatkan permukaan air telaga dari 3.23 meter dibawah permukaan menjadi 12.72 meter dan kemudian hingga 13.39 meter. Setelah itu pengepaman dihentikan dan permukaan air ini kembali ke 3.9 meter di bawah permukaan telaga hanya dalam masa 11 minit setelah pam dihentikan. Sehingga dipercayai dengan mudah bahawa ‘aquifer’ yang membekalkan air ini berasal dari beberapa celah (rekahan) pada perbukitan di sekitar Mekah.
Banyak perkara yang telah dilakukan oleh kerajaan Arab Saudi untuk memelihara telaga ini antaranya membentuk badan khas pada tahun 1994. Ketika ini kerajaan Arab Saudi telah membina saluran untuk menyalurkan Air Zam-Zam ke tangki penyimpanan yang berkapasiti 15000 meter padu, bersambung dengan tangki lain di bahagian atas Masjidil Haram untuk memenuhi keperluan para pejalan kaki dan musafir. Selain itu Air Zam-Zam juga diangkut ke tempat-tempat lain menggunakan lori tangki di antaranya ke Masjid Nabawi di Madinah Al-Munawarrah.
Kini telaga zam-zam telah dilengkapi juga dengan pam elektrik yang terbenam di dasar telaga (electric submersible pump) dan kita hanya dapat melihat gambarnya sahaja.
Hajar and Ismail & The well of Zam Zam
PERKONGSIAN 26
PEMANTAUAN DAN PEMELIHARAAN
Jumlah jemaah haji ke Mekah empat puluh tahun lalu (tahun 1970an) hanyalah sekitar 400 000 orang setahun, terus meningkat menjadi lebih dari sejuta orang setahun di tahun 1990an, dan ketika ini sudah melebihi jumlah 3 juta orang. Tentulah pemeliharaan diperlukan terhadap telaga yang merupakan salah satu keajaiban dan daya tarikan tersendiri bagi jemaah haji ini.
Kerajaan Arab Saudi telah membentuk sebuah badan khas yang mengurus telaga zam-zam ini. Badan Penyelidikan Telaga Zam-Zam yang berada di bawah Pusat Kajian Geologi Arab Saudi (SGS) bertugas untuk;
• Memantau dan memelihara telaga zam-zam untuk mengelak ianya dari menjadi kering.
• Menjaga perbandaran di sekitar Wadi Ibrahim kerana mempengaruhi pengisian air.
• Mengatur aliran air dari daerah tangkapan air (recharge area).
• Memelihara pergerakan air tanah dan juga menjaga kualiti melalui bangunan kawalan.
• Menaiktaraf pam dan tangki-tangki penyimpanan.
• Mengoptimumkan bekalan dan edaran Air Zam-Zam
Zam Zam Well Rare Pictures
PERKONGSIAN 23 (bahagian 2 akhir)
TUDUHAN PREJUDIS DOKTOR MESIR
~oleh Tariq Hussain dan Moin Uddin Ahmed
Kemudian dia bergerak disekitar telaga ketika proses pengepaman dan menyedari fenomena yang sama di mana-mana bahagian dalam telaga. Sebenarnya aliran air ke dalam telaga melalui dasar telaga adalah sama di setiap titik, ini mengekalkan paras air yang stabil. Selepas saya menyelesaikan pemerhatian, saya mengambil sampel air untuk diuji di makmal-makmal Eropah. Sebelum saya meninggalkan Kaabah, saya bertanya kepada pihak berkuasa mengenai telaga lain di sekitar Mekah.
Saya diberitahu bahawa telaga-telaga disekitar Mekah kebanyakannya telah kering. Apabila saya kembali ke pejabat saya di Jeddah, saya melaporkan penemuan tersebut kepada penyelia saya yang mendengar dengan penuh minat tetapi membuat komen yang sangat tidak rasional bahawa zam-zam kemungkinan juga bersambungan secara dalaman ke Laut Merah. Bagaimana mungkin apabila Mekah adalah kira-kira 75 kilometer dari laut dan telaga yang terletak sebelum bandar kebiasaannya masih kering? Keputusan sampel air yang diuji di makmal Eropah dan yang dianalisa di makmal kami sendiri didapati hampir sama.
Perbezaan antara Air Zam-Zam dan air yang lain adalah dalam kuantiti garam kalsium dan magnesium. Kandungan garam-garam tersebut didapati lebih tinggi sedikit di dalam Air Zam-Zam. Ini mungkin penyebab yang menyegarkan jemaah haji yang keletihan, tetapi lebih penting lagi Air Zam-Zam mengandungi fluorida yang mempunyai kemampuan untuk mencegah penyakit dengan membunuh kuman. Selain itu, laporan dari makmal Eropah menunjukkan bahawa Air Zam-Zam sesuai diminum.
Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh doktor Mesir telah terbukti palsu. Apabila ini telah dilaporkan kepada Raja Faisal beliau amat gembira dan mengarahkan percanggahan laporan dalam akhbar Eropah. Ia adalah satu rahmat bahawa kajian ini dijalankan untuk menunjukkan komposisi kimia air. Malah, lebih banyak yang diterokai, lebih banyak keajaiban yang akan terbo
Video Pabrik Air Zam-zam Palsu Gegerkan Semarang
PERKONGSIAN 23 (bahagian 1)
TUDUHAN PREJUDIS DOKTOR MESIR
~oleh Tariq Hussain dan Moin Uddin Ahmed
Datang musim haji mengingatkan saya akan keajaiban Air Zam-Zam. Pada tahun 1971, seorang doktor Mesir menulis surat kepada Akhbar Eropah menyatakan bahawa Air Zam-Zam tidak sesuai untuk diminum.
Saya segera berfikir bahawa ini hanyalah satu bentuk prasangka terhadap umat Islam dan bahawa kenyataan beliau itu hanyalah berdasarkan andaian bahawa kedudukan Ka’bah yang dikatakan terletak di kawasan yang rendah (di bawah paras laut) dan terletak di tengah-tengah kota Mekah maka air sisa di bandar mengalir melalui saluran dan seterusnya jatuh ke takungan air.
Nasib baik berita ini sampai ke pengetahuan Raja Faisal yang merasa teramat marah dan mengambil keputusan untuk menyangkal kenyataan provokatif doktor Mesir itu. Beliau segera mengarahkan Kementerian Pertanian dan Sumber Air untuk menyiasat dan menghantar sampel Air Zam-Zam ke makmal-makmal Eropah untuk menguji kesesuaian air tersebut untuk diminum.
Kementerian tersebut kemudiannya telah mengarahkan Loji Tenaga dan Penyulingan menjalankan tugas tersebut. Di sinilah saya yang telah bekerja sebagai seorang jurutera penyahgaraman (jurutera kimia untuk menghasilkan air minum dari air laut) dan saya telah dipilih untuk menjalankan tugas ini. Pada ketika itu, saya mengingati bahawa saya tidak mengetahui bagaimana gambaran sebenar telaga yang menakung Air Zam-Zam tersebut. Saya pergi ke Mekah dan melaporkan diri kepada pihak berkuasa di Masjidil Haram menerangkan tujuan kedatangan saya.
Mereka mengarahkan seorang lelaki untuk memberikan apa sahaja bantuan yang diperlukan. Apabila kami tiba di telaga zam-zam, adalah amat sukar untuk saya mempercayai bahawa telaga Air Zam-Zam tidak lebih seperti kolam kecil, kira-kira 18 kaki X 14 kaki, adalah merupakan telaga yang telah membekalkan berjuta-juta gelen air setiap tahun untuk Jemaah haji semenjak kewujudannya pada zaman Nabi Ibrahim Alahi salam beberapa abad yang lalu. Say
Ruling on drinking zam zam standing up
PERKONGSIAN 22
ADAB MEMINUM AIR ZAM-ZAM
Betapa istimewanya air dari sejarah Nabi Ismail Alahi salam dan Saidatina Hajar Radhiallahu anha. Air yang tidak ada tolok banding akan istimewanya, tidak pernah surut walau berjuta umat manusia telah menggunakannya.
Sebahagian fuqaha (pakar perundangan Islam) menggariskan beberapa adab yang dihukumkan sunat ketika meminum Air Zam-Zam di antara:
1. Mengadap kiblat.
2. Hendaklah duduk atau berdiri sekiranya keadaan tidak membenarkan untuk duduk (terdapat hadis yang meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam meminum Zam-Zam dalam keadaan berdiri dan para ulama ada membincangkan perihal hadis tersebut).
3. Berniat sebelum meminumnya dengan niat apa yang kita mahu kerana Allah Subahanahu wa ta’ala memperkenankan niat bagi peminumnya.
4. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum dan ketika bernafas itu hendaklah di luar bekas atau gelas itu (yakni tidak minum dengan sekali teguk sehingga habis, bahkan minum dengan berhenti sebanyak tiga kali).
5. Membaca “Bismillah…" setiap kali meminumnya.
6. Memuji dan mengucapkan syukur kepada Allah Subahanahu wa ta’ala setelah selesai minum dengan menyebut “Alhamdulillah” sebagaimana hadis yang disebutkan di bawah. Daripada Muhammad bin Abdurrahman bin Abu Bakr katanya;
"Ketika aku duduk di sisi Ibnu Abbas Radhiallahu anhu, datang seorang lelaki kepadanya, lalu berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu "Dari mana engkau datang?" Lelaki itu berkata "Dari perigi zam-zam". Ibnu Abbas Radhiallahu anhu berkata "Apakah engkau minum dari perigi itu sebagaimana yang sepatutnya?" Lelaki itu berkata "Bagaimana?" Ibnu Abbas Radhiallahu anhu berkata "Apabila engkau minum Air Zam-Zam, maka menghadaplah ke kiblat, sebut nama Allah Subahanahu wa ta’ala dan bernafaslah tiga kali (waktu minum). Minumlah Air Zam-Zam sehingga kenyang dan jika sudah selesai maka pujilah Allah Azza wajalla kerana Rasulullah Sallallahu alaihi wa sallam bersabda; "Sesungguhnya tanda yang membezakan antara kit