29/09/2025
๐๐ข๐ฆ๐ฉ๐ญ๐จ๐ฆ ๐๐ข๐ณ๐ข๐ค๐๐ฅ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ:
Anxiety boleh mencetuskan simptom seperti jantung berdegup laju, tangan berpeluh, rasa pening, sesak nafas, atau rasa nak pengsan.
Kalau simptom ini muncul ketika memandu, risiko kemalangan boleh meningkat kerana tumpuan terjejas.
๐๐๐ค๐ฎ๐ญ ๐ฌ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฉ๐๐ง๐ข๐ค (๐ฉ๐๐ง๐ข๐ ๐๐ญ๐ญ๐๐๐ค) ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐๐ข ๐ฃ๐๐ฅ๐๐ง ๐ซ๐๐ฒ๐
Individu bimbang mereka tidak dapat mengawal kereta jika tiba-tiba diserang panik.
Ada yang trauma pernah alami serangan sebegitu ketika memandu, lalu menjadi semakin takut untuk mengulanginya.
๐๐ฏ๐๐ซ๐ญ๐ก๐ข๐ง๐ค๐ข๐ง๐ ๐๐๐ง ๐ฐ๐จ๐ซ๐ฌ๐ญ-๐๐๐ฌ๐ ๐ฌ๐๐๐ง๐๐ซ๐ข๐จ
Anxiety sering datang dengan pemikiran negatif seperti โKalau aku pengsan tengah jalan?โ, โKalau aku l4ngg4r orang?โ, atau โKalau aku gagal kawal kereta?โ.
Pemikiran ini boleh melumpuhkan keyakinan untuk memandu.
๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐๐ง ๐๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐๐๐ง ๐ญ๐ฎ๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐๐ง
Rasa cemas yang berlebihan boleh buat seseorang hilang fokus pada keadaan jalan, lebih sibuk dengan degupan jantung sendiri berbanding pemanduan.
๐
๐๐ค๐ญ๐จ๐ซ ๐ค๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ๐๐ง
Doktor atau pakar kadang-kadang nasihatkan pesakit dengan anxiety teruk atau serangan panik yang belum terkawal untuk elakkan memandu buat sementara waktu.
Tujuannya bukan untuk menghadkan kebebasan mereka, tapi untuk menjaga keselamatan diri dan orang lain.
Tetapi ini tidak bermaksud semua pesakit anxiety tak boleh memandu. Ramai yang boleh, terutama bila rawatan mereka berkesan, ada teknik kawalan diri (contohnya teknik pernafasan, grounding), atau mereka memandu ditemani orang yang dipercayai.