28/01/2026
Alhamdulillah.. 27 Januari 2026
Satu lagi sejarah tercipta..
Selesai 'kunjungan hormat' dari pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Putrajaya..
Diiringi oleh KPDN Negeri Kelantan dan KPDN Cawangan Kuala Krai.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke kedai kami Pasir Kelang Mini Mart.
Semoga kami dan seluruh penduduk di pedalaman terus mendapat perhatian dan manfaat dari pihak KPDN melalui program2 di bawah seliaan KPDN di masa akan datang.
:2 tahun lps Pengarah KPDN Kelantan dan team melakar sejarah hadir ke Kg Pasir Kelang buat pertama kalinya bg menyempurnakan Majlis Perasmian Program Keseragaman Harga Barang Kawalan dan Community Drumming yg bertempat di kedai kami Pasir Kelang Mini Mart.
Kami sangat berbesar hati menerima kunjungan ini.