Madu Kelulut 100% Original

Madu Kelulut 100% Original Masih mencari madu kelulut yang original? Madu kami telah melalui ujian makmal dan mengesahkan madu asli.

03/01/2022

Selamat tahun baru 2022.
Semoga azam kita semua menjadi realiti.
Jom sama2 berjaya dunia akhirat.

6 Khasiat Madu Kelulut Kepada Kesihatan.1. Melindungi pankreasPanckreas adalah salah satu organ yang berfungsi untuk men...
31/12/2021

6 Khasiat Madu Kelulut Kepada Kesihatan.

1. Melindungi pankreas
Panckreas adalah salah satu organ yang berfungsi untuk menghasilkan insulin dan glukagon untuk mengawal paras gula di dalam darah dan kerosakkan pada pancreas sudah semestinya dapat menjejaskan pengawalan paras gula di dalam darah.

2. Rawat luka
Madu kelulut digunakan secara tradisional pada zaman dahulu oleh untuk menyembuhkan luka. Madu kelulut yang disapu pada bahagian luka dapat mewujudkan keadaan yang bersih di kawasan luka. Madu ini turut mewujudkan aktiviti angiogenik di mana proses ini akan membantu penghasilan sel baharu.

3. Anti-mikrob
Kajian telah mendapati bahawa madu kelulut mempunyai sifat antimikrob yang baik di mana ianya dapat mencegah aktivti bakteria S.aureus, Bactilus cereus, Pseudomonas aeruginosa dan lain-lain.

4. Anti-oksidan
Kajian telah mendapati bahawa madu kelulut yang dihasilkan oleh spesis lebah bernama T. angustula dan Plebetawittmannt mempunyai sifat antioksida yang tinggi. Kandungan flavonoid dan polifenol yang tinggi di dalam madu ini yang menyumbang kepada sifat antioksida ini.

5. Mengawal paras kolestrol
Tahukah anda bahawa kolesterol di dalam badan kita terbahagi kepada dua iaitu kolesterol baik dan kolesterol tidak baik. Kajian yang dijalankan ke atas haiwan telah mendapati bahawa pemberian madu kelulut dapat menurunkan paras trigliserida dan LDL iaitu sejenis kolesterol yang tidak baik dan meningkatkan paras HDL iaitu kolesterol baik.

6. Anti-kanser
Kajian telah dijalankan untuk mengkaji potensi madu kelulut yang dihasilkan oleh lebah Heterotrigona itama sp di dalam perawatan kanser. Kajian ini mendapati bahawa madu kelulut dapat mencegah pengecutan nuklaer, kondensasi kromatin dan pemecahan nucleus.



Apa itu kanser??Kanser merujuk kepada keadaan ketika sel normal bermutasi sehingga menyebabkan pembahagian sel abnormal ...
30/12/2021

Apa itu kanser??

Kanser merujuk kepada keadaan ketika sel normal bermutasi sehingga menyebabkan pembahagian sel abnormal yang tidak terkawal. Sel barah dapat merebak ke bahagian tubuh yang berlainan dan menyerang tisu lain - suatu proses yang disebut metastasis.

Bergantung pada jenis dan tahap barah, rawatan kanser yang berbeza diresepkan kepada pesakit yang berlainan untuk menghilangkan atau membunuh barah atau memperlambat pertumbuhannya.

Walaupun terdapat kemajuan perubatan dan peningkatan jumlah mangsa kanser selama beberapa dekad kebelakangan ini, kesan sampingan terapi anti-barah tetap menjadi perhatian utama pesakit dan doktor. Kesan sampingan ini dapat memberi kesan besar kepada kualiti hidup pesakit. Oleh itu, pesakit barah dan keluarganya sering mencari jalan keluar alternatif termasuk ubat semula jadi untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan

Khasiat madu kelulut untuk kanser. Madu kelulut berupaya untuk menghalang atau mengurangkan kebarangkalian pembentukkan sel kanser. Hal ini kerana ia boleh untuk meningkatkan status antioksida dalam badan yang mana merupakan penghalang kepada pembentukan kanser.



Apakah itu anti-oksida?Anti-oksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kero...
28/12/2021

Apakah itu anti-oksida?

Anti-oksida adalah bahan yang mengurangkan, meneutralkan serta melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas dan ia juga boleh dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit.

Menurut sumber dari MARDI, kandungan anti-oksidan yang terdapat dalam madu kelulut adalah 4 hingga 10 kali ganda lebih daripada madu biasa.

Asid fenolik, sejenis bahan anti-oksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import.




Cara simpan madu kelulut dengan betul.1. Botol Atau Bekas Yang Digunakan Dalam Keadaan BersihBotol atau bekas yang nak d...
26/12/2021

Cara simpan madu kelulut dengan betul.

1. Botol Atau Bekas Yang Digunakan Dalam Keadaan Bersih
Botol atau bekas yang nak diisi dengan madu kelulut, mestilah dicuci dengan bersih dan kering.

2. Simpan Dalam Botol Atau Bekas Kaca
Kalau nak simpan dalam botol atau mana - mana bekas, sebaiknya guna bekas atau botol kaca dengan penutup kedap udara.

Tapi sebelum tutup dengan penutup bekas atau botol kedap udara. Selepas tuang madu kelulut dalam botol, jangan tutup, kena pasang kain jaring macam dalam gambar di atas.

Elakkan dari simpan dalam bekas plastik atau besi takut akan terjadinya proses oksidasi yang akan mempengaruhi kualiti madu kelulut.

Sebab apa kena pasang kain net macam tu, nampak tak buih - buih halus tu, madu kelulut yang baru lepas ambil dari sarang memang ada gas dan buih - buih macam tu

3. Tempoh Buih Madu Akan Hilang
Daripada pengalaman sendiri, buih madu kelulut nak hilang memang lambat ambil masa sikit. Tapi bila buih dah tak nampak atau sampai buih dah hilang, baru boleh tutup dengan kemas.

Selagi buih tak hilang biarkan macam tu ya.

4. Jangan Tutup Kemas Botol Atau Bekas
Dalam tempoh nak keluarkan gas untuk hilangkan buih, sekiranya ditutup dengan kemas, apa akan jadi, andai kata korang nak buka tudung botol tu esok hari, memang terjeluak semua madu keluar.

Jadi nasihat di sini, selagi ada buih jangan tutup dengan penutup botol atau bekas masing - masing.

5. Elakkan Dari Serangga
Pastikan biarkan buih madu dah tak ada. Kalau dah buat macam ni, ambil apa - apa bekas letak air dalam bekas, baru letak botol. Takut semut atau serangga lain merayap.

6. Simpan Di Tempat Sejuk Dan Kering
Pastikan letak di tempat sejuk dan kering. Jangan simpan kat tempat yang terdedah terus dengan cahaya matahari. atau di tempat lembap.




Tip makan madu untuk kesembuhan yang maksimum.1. Madu untuk rawat sakit di bahagian kepala= Makan madu dengan makan seca...
24/12/2021

Tip makan madu untuk kesembuhan yang maksimum.

1. Madu untuk rawat sakit di bahagian kepala
= Makan madu dengan makan secara terus tanpa perlu campur air selepas waktu Subuh sehingga sebelum habis waktu Dhuha.

2. Madu untuk rawat sakit di bahagian perut
= Untuk penyakit yang berkaitan dengan perut atau usus p**a, korang hanya perlu amik 1 sudu teh madu sahaja setiap hari selepas waktu Dhuha hingga masuk Zohor. Caranya amik madu bersama dengan air suam dan kacau ikut arah lawan jam.

Masalah Kesihatan Yang Boleh Dirawat Atau Dicegah Oleh Madu Kelulut.1. Menurunkan kandungan gula dan merawat kencing man...
22/12/2021

Masalah Kesihatan Yang Boleh Dirawat Atau Dicegah Oleh Madu Kelulut.

1. Menurunkan kandungan gula dan merawat kencing manis. Seperti yang diketahui, madu kelulut memiliki bahan yang dikenali sebagai antidiabetes. Oleh hal yang demikian, pengambilan madu ini mampu untuk menurunkan kandungan gula yang berlebihan dalam darah kerana ia meransang penghasilan hormon insulin yang berfungsi untuk memecahkan kandungan gula dalam badan dan digunakan oleh sel badan.

2. Pemangkin dan membantu untuk menyembuhkan luka. Melalui kaca mata perubatan, antara faktor yang mempromosikan proses kesembuhan luka adalah seperti nutrisi, penjagaan luka, kesihatan am dan banyak faktor lain. Madu kelulut membantu dengan mengurangkan keradangan, menghalang jangkitan dan juga menggalakkan pembaharuan tisu serta sel.

3. Rawatan untuk masalah mata. Kajian yang dijalankan keatas tikus menunjukkan bahawa kelulut mampu merencatkan pertumbuhan katarak pada mata sebanyak 20% dan hal mungkin bersesuaian untuk manusia. Oleh hal yang demikian, kajian terperinci berkenaan dengan penemuan ini sedang giat dilakukan. Selain itu, madu kelulut mampu untuk mengurangkan risiko jangkitan bakteria.

4. Meransang kesuburan. Ramai yang bertanyakan tentang khasiat madu kelulut untuk wanita dan khasiat madu kelulut untuk lelaki. Untuk pengetahuan anda, madu kelulut memberikan impak serta kesan baik kepada hormon kesebuburan. Hal ini secara tidak langsung membantu pasangan yang sukar untuk mendapatkan zuriat. Namun begitu, pengambilan madu bukanlah rawatan hakiki kepada semua masalah kesuburan kerana terdapat pelbagai punca yang mengundang kepada masalah ketidaksuburan. Madu ini hanya membantu dari segi hormon kesuburan dan hanyalah sebagai makanan tambahan.




Cara makan madu kelulut untuk kesihatan.Badan segar waktu pagi- Ambil 1 atau 2 sudu madu kelulut sebelum makan waktu pag...
20/12/2021

Cara makan madu kelulut untuk kesihatan.

Badan segar waktu pagi
- Ambil 1 atau 2 sudu madu kelulut sebelum makan waktu pagi. Lepas ambil madu, elakkan makan sehingga 1 jam untuk khasiat penuh.

Menyembuhkan luka dan kesan terbakar (disebabkan api atau air panas)
- Sapukan madu kelulut di tempat yang terbakar atau luka. Madu bertindak sebagai antiseptik yang mujarab.

Melegakan batuk dan sakit tekak
- Ambil campuran air limau nipis/lemon suam dan campurkan satu sudu madu.



KHASIAT MADU KELULUT1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)2. Strok3. Kanser4. Hipertension5. Gaut6. Sakit-sakit sendi7. Me...
19/12/2021

KHASIAT MADU KELULUT

1. Diabetis Mellitus (Kencing Manis)
2. Strok
3. Kanser
4. Hipertension
5. Gaut
6. Sakit-sakit sendi
7. Menguatkan tenaga batin
8. Anti-Penuaan
9. Jerawat
10. Kudis/Kurap/Fungus
11. Meningkatkan metabolisme badan, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin.
12. Memulihkan kecederaan dalaman

MENGAPA MADU KELULUT MAMPU MERAWAT PENYAKIT DAN MENJAGA KECANTIKAN?

Madu kelulut sememangnya mempunyai banyak khasiat. Disebabkan lebah kelulut lebih kecil berbanding lebah biasa, ia mampu menghisap madu daripada bunga sehingga ruang paling dalam. Hasilnya, madu yang dihisap mengandungi banyak vitamin dan mineral.

Antara bahan penting yang dihasilkan kelulut ialah propolis. Propolis dihasilkan oleh lebah melalui campuran air liurnya dengan bahan makanannya seperti debunga, kulit kayu, pucuk-pucuk pokok dan bunga. Anak-anak lebah kelulut dan kokun sangat sensitif kepada serangan virus, kulat dan serangga perosak. Untuk memastikan sarang sentiasa bersih, steril dan kondisi terkawal, lebah kelulut menghasilkan propolis yang berfungsi sebagai antikulat, antivirus dan antibakteria.

Khasiat propolis ialah mengandungi kesemua 16 jenis asid amino, glukosa, vitamin A,B,C,D dan E, bioflavanoid dan pelbagai mineral. Bioflavanid sangat baik untuk kelancaran dan baik pulih sistem tubuh manusia dan ternakan.

Jom amalkan makanan sunnah. "Superfood" pertama malaysia.



Antara khasiat madu kelulut :1) Anti - mikrobKelulut menggunakan resin daripada pokok dan memprosesnya dalam sistem tubu...
18/12/2021

Antara khasiat madu kelulut :

1) Anti - mikrob
Kelulut menggunakan resin daripada pokok dan memprosesnya dalam sistem tubuh mereka bagi menghasilkan madu untuk mencegahkan pembiakan mikrob.

2) Anti - Oksidan dan Anti - Kanser
Asid fenolik dan derivatif adalah bahan antioksidan yang terkandung dalam madu kelulut dan kandunganya lebih tinggi berbanding madu lebah tempatan atau madu import.

3) Masalah pencernaan
Madu kelulut mengandungi vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang penting untuk proses percernaan. Tambahan, madu kelulut juga mengandungi anti bakteria yang dapat mencegah pertumbuhan bakteria dalam salur pencernaan.

4) Menurunkan kandungan gula dalam darah
Hasil kajian dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) menunjukkan madu kelulut berupaya menurunkan glukosa dalam darah.




Address

Kuala Krai

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Madu Kelulut 100% Original posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share