13/08/2026
4 MUSUH MUSUH UTAMA MINYAK ZAITUN.
Marilah kita kenali musuh musuh Minyak Zaitun supaya kita akan dapat melakukan perbandingan serta memilih dengan Bijak. Ianya juga akan membantu kita mendapat sepenuh Khasiat & Kebaikan dari amalan pemakanan Minyak Zaitun yang berkualiti tinggi.
1. CAHAYA.
a. Minyak Zaitun mesti di jauhkan daripada terdedah kepada Cahaya.
b. Cahaya UV atau Ultra Ungu dari Matahari dan Lampu Fluorescent akan menyebabkan berlaku tindak balas kimia disebut sebagai “Photo Oxidation”. Ini akan menyebabkan Minyak Zaitun TEROKSIDA dan boleh memudaratkan kesihatan.
c. Sebaiknya Minyak Zaitun mesti dibotolkan di dalam Botol Kaca Gelap Kalis Cahaya UV atau dengan menggunakan Tin Aluminium agar ianya dapat menghindarkan cahaya.
2. OKSIGEN / UDARA.
a. Oksigen perlu dihapuskan semasa penyimpanan Minyak Zaitun sama ada di dalam tangki simpanan atau botol.
b. Minyak Zaitun yang terdedah kepada Oksigen / Udara akan TEROKSIDA dan ini akan menyebabkan perubahan BAU, RASA dan WARNA Minyak Zaitun.
c. Kandungan khasiat Minyak Zaitun akan berkurangan dan terus hilang apabila Minyak Zaitun tersebut telah TEROKSIDA dan ianya juga akan menghasilkan RADIKAL BEBAS.
d. Setiap botol Minyak Zaitun mestilah diisikan dengan Gas Nitrogen atau menggunakan kaedah Pembotolan “Nitrogen Injection” bagi mengekalkan kandungan khasiat.
3. SUHU TINGGI.
a. Minyak Zaitun Extra Virgin adalah hasil dari proses Perahan Sejuk atau “Cold Pressed”. Ianya diperah dengan suhu tidak lebih daripada 27C - 30C.
b. Sebaiknya Minyak Zaitun ini perlu dihindarkan daripada terdedah kepada suhu yang tinggi semasa simpanan. Tangki simpanan Stainless Steel dan bilik simpanan khas akan membantu mengekalkan suhu semasa simpanan jangka panjang.
c. Botol Kaca Gelap Kalis Cahaya UV dapat mengekalkan suhu Minyak Zaitun pada paras yang sesuai jika ianya tidak terdedah kepada sumber suhu tinggi seperti api, cahaya matahari terik dan alat pemanas.
4. TEMPOH MASA.
a. Semua jenis Minyak Zaitun mempunyai “Jangka Hayat” atau ‘Shelf Life”.
b. Minyak Zaitun yang dibotolkan dengan Gas Nitrogen atau “Nitrogen Injection Bottling” di dalam botol kaca gelap Kalis Cahaya UV akan mempunyai jan