15/02/2022
RAWAT SEGERA
Jangan ambil mudah risikonya
Hasil kajian di amerika syarikat, kanser prostat menduduki nombor dua dalam carta punca kematian lelaki negara itu akibat kanser di mana kanser hati adalah penyebab utama.
Di Malaysia tiada kajian spesifik dilakukan berhubung gejala penyakit ini,namun berdasarkan statistik pada 2012,dilanggarkan lebih 1.1 juta lelaki negara ini menghidap kanser prostat. Ia diletakkan sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung,kencing manis dan darah tinggi.
Boleh dikatakan kebanyakan lelaki hanya tahu menggunakan tapi tidak pernah mengambil kisah tentang organ kelakian mereka termasuk prostat. Malah, mereka tidak tahu pun di mana letaknya prostat.
Gejala ini mungkin berlaku secara senyap dan jika tiada pengetahuan dan keprihatinan, maka ianya akan menjadi lebih serius dan menjurus kepada kemungkinan menghidap kanser prostat.