05/09/2025
πΈ Suasana Majlis Maulidur Rasul 1447H | Masjid Jamek Al-A'ala Kuala Sungai Muda
Alhamdulillah, suasana penuh keberkatan dan rasa syukur terpancar sepanjang majlis sambutan Maulidur Rasul pagi ini. Dari laungan selawat, ikrar semangat Rasulullah hingga ke langkah-langkah perarakan β semuanya memperlihatkan ukhuwah dan cinta yang mendalam kepada Nabi Muhammad ο·Ί.
Majlis ini bukan sekadar acara tahunan, tetapi satu penghargaan dan penghayatan terhadap perjuangan serta akhlak Baginda yang menjadi contoh sepanjang zaman.
πΉ Terima kasih atas kehadiran dan kerjasama semua yang menjayakan majlis ini β kariah, Biro Muslimat, para sukarelawan dan seluruh komuniti Kuala Sungai Muda.
"Selawat dan salam ke atas Baginda, cahaya hati umat yang membawa rahmat seluruh alam."