09/10/2023
‼️Jangan beri madu pada bayi‼️
Madu tidak sepatutnya diberikan pada bayi berusia kurang 12 bulan‼️. Madu, terutamanya yang asli, terdedah kepada bakteria dikenali sebagai clostridium botulinum.
Bakteria ini dapat menyebabkan keracunan botulisme, di mana tubuh akan mengalami kekejangan dan boleh meragut nyawa. Ia jarang berlaku kepada orang dewasa kerana mempunyai sistem imunisasi yang tinggi.