20/08/2020
Kajian sistematik dan metà analisis terkini mendapati madu adalah lebih berkesan untuk melegakan GEJALA jangkitan pernafasan seperti batuk, selsema dan sakit tekak berbanding penggunaan antibiotik.
Hanya dua sudu kecil madu diperlukan, makan begitu sahaja atau campurkan dalam air suam dan minum perlahan lahan.
Untuk makluman, jangkitan pernafasan ringan biasanya berpunca dari jangkitan virus. Pengambilan antibiotik TIDAK BERKESAN untuk jangkitan virus.
Pengambilan Antibiotik berlebihan menyebabkan risiko rintangan- ia tidak lagi berkesan apabila ia diperlukan.
*PENTING - Risiko jangkitan infant botulism.
- Kanak kanak bawah 2 tahun tidak digalakkan untuk diberi madu
- Kanak kanak bawah 1 tahun TIDAK BOLEH diberi madu
kredit to public health malaysia