09/09/2026
📢 NOTIS MAKLUMAN: ISU PARCEL J&T YOYI SELF COLLECTION
💕 Pelanggan Kedai Serbaneka Mantini yang dihormati.
Bagi mengelakkan salah faham yang berterusan, sila ambil maklum perkara penting tok:
📦 Hanya tempat transit:
Kedai Serbaneka Mantini cuma ejen tumpangan untuk MENERIMA, MENYIMPAN DAN MENYERAH parcel anda secara selamat
🚛 Bukan penghantar:
Kedai Serbaneka Mantini TIDAK menentukan laluan barang, tidak boleh menukar alamat dan tidak bertanggungjawab jika barang anda tidak dihantar ke rumah
✍️ Keputusan J&T Yoyi:
Isu barang diambil sendiri (Self Collection) adalah arahan sepenuhnya daripada pihak J&T Yoyi, di luar kawalan Serbaneka Mantini
☎️ Saluran aduan:
Sebarang aduan atau ketidakpuasan hati, sila hubungi terus pihak J&T Yoyi
👮 Tindakan tegas:
Sila hentikan segala tuduhan, makian atau kekerasan lisan dan fizikal terhadap warga kedai kami. Pihak Kedai Serbaneka Mantini tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan diri
Kerjasama dan sikap saling menghormati daripada semua amat kami hargai.
Terima kasih.
Kedai Serbaneka Mantini