26/06/2025
BELAJAR MELEPASKAN..!
" Abang Dee, saya nak buka restoran"..!
" Tahniah" tanda memberi sokongan. " Berapa bajet? "
" Saya ada 150K. Cukup tak? "
Jawapan saya - cukup. Guna apa yang ada di tangan. Jangan habiskan untuk renovasi. Fikirkan kos kos lain.
Bila ada yang bertanya pasal nak buka restoran, tak mahu menyuruh dia fikir panjang. Tak mahu memberi cerita cerita tak best.
Sebab pelajaran yang paling Best ialah belajar melalui pengalaman.
Kita hanya mampu berkongsi pengalaman. Tapi untuk menjayakan sesebuah restoran itu ialah diri sendiri.
SELEPAS 2 TAHUN.
Dia mesej lagi.
" Abang Dee, tak boleh lawan dah. Dah habis modal, ".
Saya terdiam.
Dalam 5 tahun ini, saya telah berjumpa dengan ramai pengusaha kedai makan. Bermacam fasa mereka lalui. Ada yang Best. Ada yang sebaliknya.
Salah satu punca merajuk, ialah kenaikan sewa. Bayangkan kita sedang bertahan, kontrak sewa di naikkan. Ada yang kena 5%, 10% dan lain lain.
Jika terpaksa berpindah, modal baru untuk set up. Pengalaman 2 tahun itu, mereka boleh belajar sesuatu.
Ada waktunya dalam hidup ini, kita perlu belajar satu perkara yang sangat berat, iaitu melepaskan.
Bukan sebab kita lemah.
Bukan sebab kita gagal.
Tapi kerana kita sudah buat yang terbaik… dan kini tiba masa untuk redha.
Ramai kawan-kawan Abang Dee dalam dunia restoran, yang bermula dengan penuh harapan.
Setup restoran cantik. Modal besar. SOP jaga rapi.
Makanan sedap. Marketing jalan. Malah pernah capai jualan tinggi… Tapi satu hari, mereka terpaksa tutup.
Bukan sebab malas.
Bukan sebab tak pandai urus.
Tapi kerana dunia perniagaan kadang-kadang datang dengan gelombang yang tak dapat dijangka.
Sale tak konsisten. Team bertukar-tukar.
Kos makin naik. Pelanggan makin susah dijangka.
Dan akhirnya… satu keputusan paling berat terpaksa dibuat: menutup kedai.
Menutup sesuatu yang dibina dengan kasih sayang itu menyakitkan. Ibarat melepaskan anak sendiri.
Dari kosong… jadi tempat penuh kenangan.
Tiba-tiba hari terakhir, kena tutup lampu.
Kunci pintu. Dan pandang buat kali terakhir.
Sunyi.
Tapi…
Rezeki yang terhenti bukan bermakna perjuangan berakhir. Menutup kedai tidak bermakna menutup semangat. Kadang Allah suruh kita lepaskan satu pintu, kerana ada pintu lain yang sedang Dia buka.
Sebagai usahawan… kita bukan hanya pandai membuka. Kita juga kena kuat untuk menutup dengan tenang — dan membuka semula dengan jiwa yang baru.
Mungkin rezeki bukan di restoran itu.
Tapi dalam bentuk baru yang belum kita nampak.
Bisnes baru. Lokasi baru. Ilmu baru.
Atau mungkin… diri kita yang baru.
Doa Abang Dee,
untuk semua sahabat yang sedang belajar melepaskan:
Semoga Allah gantikan kesedihan itu dengan ketenangan.
Dan semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk bangkit… bukan dengan kecewa, tapi dengan harapan.
Sekarang ni, dalam Group Gemma, ada 400 usahawan. Setiap hari mendengar cerita cerita mereka. Keluh kesah dengan situasi semasa.
Bersabarlah.
Moga kita semua akan berjumpa sesuatu yang kita cari.