Louise Holt

Louise Holt Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Louise Holt, Grocers, NO 12 KAMPUNG SUNGAI BEDIL BESAR PETRA JAYA, Kuching.

Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian keselamatan kediaman yang canggih, TRIO Sales ...
16/11/2024

Dalam usaha memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian keselamatan kediaman yang canggih, TRIO Sales & Services Sdn Bhd, pengedar utama produk automotif dan keselamatan di Malaysia, dengan bangganya mengumumkan pelancaran sistem keselamatan rumah pintar 360 Botslab.

Sistem yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) ini menawarkan pelbagai rangkaian produk inovatif yang direka untuk meningkatkan keselamatan dan memberikan ketenangan fikiran kepada pemilik rumah.

Sistem keselamatan rumah pintar 360 Botslab merangkumi pelbagai peranti, termasuk kamera dalaman dan luaran, kamera pemuka, loceng pintu video dan jam tangan kanak-kanak.

Setiap peranti dilengkapi dengan teknologi AI terkini untuk memberikan pemantauan dan perlindungan yang optimum.

"Kami amat teruja untuk memperkenalkan 360 Botslab kepada pengguna di Malaysia," kata Pengarah Urusan Jualan & Perkhidmatan TRIO, David Yap Chong Huat.

"Sistem ini direka untuk memberi pengguna ketenangan fikiran dengan penyelesaian keselamatan yang bijak dan mudah digunakan."

Salah satu produk utama dalam rangkaian ini ialah kamera dalaman C221. Dengan resolusi 5MP dan pelbagai fungsi AI, kamera ini mampu mengesan tangisan bayi, mengenali wajah dan mengesan kehadiran haiwan peliharaan.

Kamera ini juga dilengkapi dengan ciri amaran pencerobohan kawasan untuk memberi amaran kepada pengguna sekiranya terdapat pergerakan yang mencurigakan.

Bagi pemantauan luaran, kamera W312 menawarkan putaran 360 darjah, resolusi 4MP dan penglihatan malam berwarna. Ini membolehkan pengguna memantau persekitaran rumah mereka dengan jelas, walaupun dalam keadaan cahaya malap.

"Produk 360 Botslab telah mendapat sambutan hangat di seluruh Asia dan kami yakin ia akan diterima baik di Malaysia," kata Naib Presiden Kanan 360 Botslab, Mars Ma.

"Kami komited untuk menyediakan produk keselamatan yang inovatif dan boleh dipercayai untuk memenuhi keperluan pengguna di seluruh dunia."

Dengan harga bermula dari RM329, sistem keselamatan rumah pintar 360 Botslab menawarkan solusi keselamatan yang berpatutan dan canggih untuk keluarga di Malaysia. TRIO yakin bahawa sistem ini akan menjadi pilihan utama bagi mereka yang mengutamakan keselamatan dan ketenangan fikiran.

Selain daripada ciri-ciri keselamatan yang canggih, sistem 360 Botslab juga direka untuk kemudahan pengguna. Aplikasi mudah alih yang mesra pengguna membolehkan pengguna mengawal dan memantau sistem dari mana-mana sahaja, pada bila-bila masa.

Dengan pelancaran sistem keselamatan rumah pintar 360 Botslab, TRIO mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri keselamatan di Malaysia. Syarikat ini komited untuk terus berinovasi dan menyediakan penyelesaian keselamatan terkini untuk memenuhi keperluan pasaran yang sentiasa berubah.

Pelancaran ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha TRIO untuk menjadikan rumah lebih selamat dan terjamin untuk semua. Dengan teknologi AI yang canggih dan komitmen terhadap kualiti, TRIO yakin bahawa 360 Botslab akan merevolusikan cara rakyat Malaysia melindungi rumah dan keluarga mereka.

Syarikat pembinaan infrastruktur jalan raya utama yang berpangkalan di Sabah, Azam Jaya Bhd merancang untuk membuat bida...
16/11/2024

Syarikat pembinaan infrastruktur jalan raya utama yang berpangkalan di Sabah, Azam Jaya Bhd merancang untuk membuat bidaan bagi kerja tambahan di Lebuhraya Pan Borneo Sabah, kata Pengarah Eksekutifnya, Datuk Jonathan Lo Chaw Loong.

"Terutamanya di kawasan Sabah, kami menyedari bahawa fasa dua dan tiga projek ini akan dilaksanakan tidak lama lagi, dan kami bersedia untuk mengambil bahagian dalamnya," katanya pada sidang media sempena penyenaraian syarikat itu di Pasaran Utama Bursa Malaysia, hari ini.

Saham Azam Jaya hari ini mencatatkan prestasi yang kukuh apabila dibuka pada harga RM1, mewakili

premium sebanyak 28.2 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 78 sen.

Chaw Loong berkata, syarikat merancang untuk mengurangkan pergantungan kepada kontraktor luar dengan mengendalikan lebih banyak projek menggunakan sumber dalaman mereka, terutamanya projek Lebuhraya Pan Borneo.

"Kami akan mengambil lebih banyak projek secara dalaman sebagai sebahagian daripada strategi pertumbuhannya.

"Kami sedang mengembangkan armada jentera pembinaan dan memanfaatkan teknologi terkini untuk meningkatkan produktiviti di tapak, memaksimumkan kecekapan, dan mengurangkan kos," katanya.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Azam Jaya, Datuk Jessica Lo, menzahirkan keyakinannya terhadap potensi syarikat untuk berkembang di luar pasaran teras mereka di Sabah.

"Kami mempunyai rancangan, terutamanya membabitkan Kalimantan dan Sarawak. Pada masa ini, kami tidak menyasarkan Semenanjung Malaysia, kerana ia agak sesak dengan pesaing.

"Jika margin yang baik tersedia, kami pasti akan mempertimbangkannya. Memindahkan jentera kami ke sana (Kalimantan dan Sarawak) tidak akan terlalu rumit," katanya.

Beliau berkata, industri pembinaan di Sabah berada di ambang pertumbuhan yang pesat, terutamanya di kawasan-kawasan yang memerlukan pembangunan infrastruktur.

"Kami amat teruja dengan komitmen kerajaan persekutuan untuk memajukan pembangunan di Sabah, terutamanya melalui peruntukan Belanjawan 2025, di mana Sabah menerima peruntukan pembangunan tertinggi antara negeri-negeri," katanya.

Syarikat itu mengkhususkan diri dalam pembinaan infrastruktur jalan raya berskala besar, termasuk jalan, lebuh raya, jambatan, tembok dan terowong.

"Dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam industri, kami telah menyelesaikan lebih 50 projek dan menguasai sekitar 5.94 peratus pasaran.

"Kami mempunyai semua sijil yang diperlukan untuk menjalankan kebanyakan projek utama di Malaysia, termasuk Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) serta kontraktor Kelas A dan Gred 7 dan sijil Bumiputera di bawah Kementerian Kerja Raya (KKR)," kata Lo.

Maxis Bhd masih boleh bekerjasama dengan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan berkemungkinan mengambil sebahagian atau kesemu...
16/11/2024

Maxis Bhd masih boleh bekerjasama dengan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan berkemungkinan mengambil sebahagian atau kesemua 28.3 peratus kepentingan yang tersedia untuk dijual oleh Straits Mobile Investments Pte Ltd dalam U Mobile, kata penganalisis.

PublicInvest Research dalam satu nota penyelidikan berkata, U Mobile dijangka mengurangkan pegangan saham asingnya kepada 20 peratus untuk sejajar dengan komitmen bagi memastikan kawalan Malaysia yang lebih besar terhadap rangkaian telekomunikasi, yang dilihat sebagai aset strategik negara.

Katanya, memandangkan intensiti modal penggunaan 5G dan pinjaman tinggi U Mobile, pihaknya percaya syarikat telekomunikasi itu memerlukan rakan kongsi strategik kukuh untuk berkongsi kos pelaburan 5G.

"Berikutan pengumuman U Mobile dilantik oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk melancarkan rangkaian 5G kedua, masih tidak jelas peranan yang akan dimainkan oleh Maxis mulai sekarang.

"Kami percaya Maxis masih boleh bekerjasama dengan U Mobile dan mungkin, mengambil sebahagian atau kesemua 28.3 peratus kepentingan yang tersedia untuk dijual oleh pemegang saham utama semasa (U Mobile), Straits Mobile Investments (kini memegang 48.3 peratus kepentingan dalam U Mobile)," katanya.

Dalam pada itu, TA Securities berkata, pihak pengurusan Maxis mendedahkan bahawa kumpulan itu kini sedang menilai beberapa pilihan yang berdaya maju.

Ia berkata, pada ketika ini, Maxis akan terus menawarkan perkhidmatan 5G melalui perjanjian akses dengan Digital Nasional Bhd (DNB).

Pada 1 November lalu, MCMC dalam satu kenyataan mengumumkan pelantikan U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia.

Pengawal selia itu berkata, ia telah menjalankan penilaian teknikal dan komersial yang terperinci untuk memilih pengendali rangkaian mudah alih (MNO) bagi projek itu, bertujuan untuk memastikan manfaat penuh teknologi 5G sampai kepada orang ramai, industri dan negara.

Sementara itu, U Mobile berkata, ia komited kepada kerjasama tempatan dan pemegang saham terbesarnya, Straits Mobile Investment yang dimiliki sepenuhnya oleh firma Singapura, ST Telemedia bersetuju dengan satu penyelarasan strategik bagi mengurangkan pemilikan saham kepada 20 peratus untuk meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.

U Mobile berkata, ia bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua sejajar dengan keutamaan negara, melalui pengukuhan pembabitan dan penyertaan syarikat tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi yang kritikal.

Indeks utama Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki Wall Street yang ditutup kukuh dengan Dow Jon...
16/11/2024

Indeks utama Bursa Malaysia tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki Wall Street yang ditutup kukuh dengan Dow Jones Industrial Average (DJIA) mencecah paras tertinggi pada 44,000 Jumaat lalu berikutan saham kekal berada dalam kedudukan positif, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.41 mata kepada 1,624.65 daripada 1,621.24 pada Jumaat lalu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 4.39 mata kepada 1,625.63.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 182 berbanding 170 manakala 296 kaunter tidak berubah, 1,759 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 201.99 juta saham bernilai RM130.25 juta.

Di peringkat luaran, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata Donald Trump yang memenangi pilihan raya presiden AS komited untuk mengurangkan birokrasi dalam industri seperti perumahan dan tenaga.

Beliau turut merancang untuk melanjutkan Akta Pemotongan Cukai dan Pekerjaan 2017, yang akan tamat pada 2025, mendorong kepada pengurangan kadar cukai korporat daripada 21 peratus kepada 15 peratus dan memperkenalkan 'jawatankuasa kecekapan' untuk mengurangkan pembaziran kerajaan.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung, dengan pelabur kekal berhati-hati menjelang langkah-langkah ekonomi yang dijangkakan dari Beijing.

Di peringkat tempatan, FBM KLCI ditutup rendah sedikit dari Jumaat dalam persekitaran pasaran serantau yang bercampur-campur walaupun prospek ekuiti tempatan kekal positif, dengan ekonomi Malaysia disokong oleh permintaan pengguna yang kukuh, pemulihan sektor dan langkah-langkah berdaya tahan daripada kerajaan.

"Pembaharuan struktur dijangka meningkatkan pendapatan korporat. Saham perladangan dijangka menyaksikan minat jangka pendek yang berterusan berikutan niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) melebihi RM5,000 satu tan.

"Kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan dalam julat 1,620 hingga 1,630 hari ini," katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Axiata dan QL Resources, masing-masing naik 3.0 sen kepada RM2.28 dan RM4.88, IHH Healthcare meningkat 6.0 sen kepada RM7.27, CIMB menambah 5.0 sen kepada RM8.27, Maxis menokok 2.0 sen kepada RM3.59 dan IOI Corp naik 2.0 sen kepada RM3.59.

Daripada saham paling aktif, Mega Fortris berkurangan setengah sen kepada 66.5 sen, Azam Jaya naik 36 sen kepada RM1.14, 3Ren merosot 1.0 sen kepada 44 sen, Ekovest susut setengah sen kepada 37 sen, Sarawak Cable turun 2.0 sen kepada 9.0 sen dan Silver Ridge tidak berubah pada 53.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas Shariah naik 4.47 mata kepada 12,236.27, Indeks FBM Emas meningkat 11.02 mata kepada 12,276.89 dan Indeks FBMT 100 menambah 12.56 mata kepada 11,979.02.

Indeks FBM 70 merosot 19.57 mata kepada 17,845.82 dan Indeks FBM ACE jatuh 3.65 mata kepada 5,141.27.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.18 mata kepada 172.43, Indeks Tenaga berkurangan 0.87 mata kepada 833.21, bagaimanapun, Indeks Perladangan naik 29.57 mata kepada 7,661.15 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 32.80 mata kepada 19,289.82.

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap...
16/11/2024

Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pembukaan hari ini dengan permintaan terhadap mata wang AS itu meningkat berikutan ketidaktentuan politik dan ekonomi global, kata ahli ekonomi.

Pada 8 pagi, ringgit susut kepada 4.3850/3995 berbanding dolar AS daripada 4.3800/3850 pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen pasaran kekal berhati-hati berikutan peniaga terus menganalisis potensi impak terhadap ekonomi secara keseluruhan berikutan Presiden AS yang baharu akan dilantik pada Januari tahun depan.

"Terdapat juga kekecewaan terhadap langkah-langkah rangsangan ekonomi China yang diumumkan minggu lalu berikutan kekurangan butiran untuk meningkatkan permintaan domestik," katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, dari aspek teknikal, ringgit telah berada dalam kedudukan terlebih jual, menunjukkan risiko penurunannya adalah terhad.

"Bagaimanapun, berdasarkan sentimen pasaran yang kekal berhati-hati, permintaan terhadap dolar AS akan berterusan dengan Indeks Dolar AS (DXY) meningkat kepada 105.007," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding pound kepada 5.6628/6815 daripada 5.6943/7255 pada Jumaat lalu dan naik berbanding euro kepada 4.6977/7132 daripada 4.7347/7606 sebelum ini.

Bagaimanapun, ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 2.8675/8774 daripada 2.8637/8795.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.7880/8411 daripada 12.8947/12.9767 sebelum ini, bagaimanapun susut berbanding peso Filipina kepada 7.52/7.55 daripada 7.47/7.51 pada Jumaat lalu dan berkurangan berbanding rupiah Indonesia kepada 279.7/280.8 daripada 278.6/280.3 sebelum ini.

Ia turut rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3022/3136 daripada 3.3207/3394 pada Jumaat lalu.

JF Technology Bhd (JF Tech) membeli pegangan dalam syarikat yang berpangkalan di Singapura, dengan nilai gabungan kira-k...
16/11/2024

JF Technology Bhd (JF Tech) membeli pegangan dalam syarikat yang berpangkalan di Singapura, dengan nilai gabungan kira-kira RM26 juta, dalam usaha untuk mengembangkan perniagaan dan jangkauan pasarannya ke seluruh dunia.

Pembuat litar bersepadu itu membeli semua kepentingan dalam Transcend Target Companies yang berpangkalan di Singapura, terdiri daripada Transcend Technologies (S) Pte Ltd dan Transcend Tech Asia Pacific Pte Ltd (TTAP) dengan harga S$6 juta (RM19.91 juta), katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

TTAP juga memiliki 95.5 peratus kepentingan dalam Transcend Technologies Inc Philippines.

Dalam makluman berasingan, JF Tech berkata ia juga membeli 80 peratus kepentingan dalam syarikat penguji wafer, Q3 Probe Pte Ltd daripada Spire Manufacturing Inc, yang diperbadankan di Amerika Syarikat (AS) tetapi berpangkalan di Singapura, dengan harga AS$1.36 juta (RM5.96 juta).

Pertimbangan pembelian untuk Transcend akan dipenuhi melalui penerbitan saham pertimbangan yang sejajar dengan kepentingan pemegang saham Transcend.

Harga yang akan ditentukan kemudian, adalah berdasarkan harga purata wajaran volum lima hari bagi harga penutup dagangan saham JF Tech.

"Cadangan pengambilalihan itu datang dengan jaminan keuntungan, yang akan menyumbang secara positif kepada pendapatan JF Tech," katanya.

JF Tech tidak mendedahkan jumlah jaminan keuntungan kerana ia akan diperincikan dalam perjanjian muktamad.

"Dengan memanfaatkan rekod prestasi Transcend yang mantap selama lebih daripada 20 tahun dan reputasi kukuh dalam industri semikonduktor di Asia Tenggara, JF Tech boleh mengangkat perniagaan ke peringkat seterusnya," katanya.

Sementara itu, bagi Q3 Probe, pertimbangan pembelian akan termasuk tunai AS$1.08 juta serta pengaturan perolehan tunai prestasi tiga tahun berjumlah AS$272,000, bergantung kepada memenuhi jaminan keuntungan dan pematuhan penjual terhadap obligasi undang-undang.

"Memandangkan pengkhususan Q3 dalam ujian wafer bahagian hadapan, ia akan mengukuhkan lagi kedudukan JF Tech dalam rantaian nilai semikonduktor kedua-dua di bahagian sokongan (ujian litar bersepadu akhir) dan bahagian hadapan.

"Selain itu, ini akan meningkatkan perkhidmatan turnkey komprehensif JF Tech kepada syarikat semikonduktor di seluruh dunia," katanya.

Ia berkata, cadangan pemerolehan dalam Q3 Probe juga disertakan dengan jaminan keuntungan, yang akan menyumbang secara positif kepada pendapatan JF Tech.

Gamuda Bhd (Gamuda) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB), telah menerima kontrak ber...
09/11/2024

Gamuda Bhd (Gamuda) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Gamuda Engineering Sdn Bhd (GESB), telah menerima kontrak bernilai RM451.4 juta daripada BCEI Malaysia Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja asas, awam, struktur, dan seni bina (FCSA) dalam pembinaan satu blok pusat data di Cyberjaya.

Menurut Gamuda dalam satu kenyataan, kontrak yang dianugerahkan oleh BCEI itu merupakan projek pembinaan satu blok pusat data yang dijangka akan dimulakan pada suku keempat 2024 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama 2026. Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif untuk memenuhi keperluan fasiliti teknologi maklumat yang semakin meningkat di Malaysia.

BCEI Malaysia Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 2023, ialah sebuah firma kejuruteraan yang memiliki reputasi tinggi dalam sektor kejuruteraan dan pembinaan, khususnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada syarikat gergasi Fortune 500.

Penglibatan BCEI dalam projek ini membuktikan kedudukan kukuh Gamuda di pasaran serta kepercayaan pihak luar terhadap kepakaran teknikal yang dimiliki oleh syarikat itu.

Kontrak bernilai RM451.4 juta ini merangkumi skop kerja asas yang melibatkan pelbagai aspek teknikal dan pembinaan, termasuk kerja asas dan struktur, selain kerja-kerja seni bina bagi memastikan pusat data ini dibangunkan dengan piawaian tertinggi. Kerja-kerja FCSA dijangka menyumbang secara positif kepada prestasi kewangan Gamuda bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2025 hingga selesai projek tersebut.

Dengan pengiktirafan dan pengalaman luas dalam industri pembinaan, GESB dikatakan mempunyai keupayaan untuk mengendalikan projek yang mencabar ini dengan cekap, sekali gus dapat menepati jangka masa dan kualiti yang diharapkan. Projek pantas ini juga dijangka menyumbang kepada peningkatan kepakaran teknikal Gamuda dalam sektor pembinaan pusat data, yang kini semakin mendapat perhatian di seluruh dunia.

Gamuda menegaskan, pelaksanaan projek ini turut tertakluk kepada risiko pembinaan yang lazim dihadapi dalam projek-projek besar seperti ini, termasuk cabaran logistik dan sumber manusia. Namun begitu, GESB dilengkapi dengan peralatan dan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk menguruskan setiap aspek projek ini dengan berkesan.

Projek ini adalah langkah penting bagi Gamuda dalam mempelbagaikan portfolionya, khususnya dalam sektor teknologi maklumat yang kini semakin berkembang pesat. Penglibatan Gamuda dalam pembinaan pusat data ini bukan sahaja meningkatkan kedudukan strategiknya dalam industri pembinaan tetapi juga memupuk kemahiran baharu dalam bidang teknologi tinggi.

Selain itu, kontrak ini juga dijangka memberi kesan positif kepada pertumbuhan pendapatan Gamuda dalam beberapa tahun akan datang. Dengan prospek keuntungan yang menggalakkan, projek ini diyakini akan menjadi antara sumber pendapatan utama bagi kumpulan pada tahun kewangan akan datang.

Gamuda turut menjelaskan bahawa tiada ahli lembaga pengarah, pemegang saham utama atau individu yang mempunyai kepentingan peribadi dalam kontrak ini, sekaligus memastikan urus niaga ini dijalankan secara telus dan profesional. Gamuda menegaskan komitmennya untuk memastikan projek ini dijalankan mengikut piawaian terbaik industri.

Sebagai langkah untuk memastikan ketelusan dan pemantauan, Gamuda akan membuat pengumuman berkala kepada Bursa Malaysia sekiranya terdapat perkembangan material berkaitan projek ini. Langkah ini penting untuk memaklumkan para pelabur mengenai sebarang kemajuan signifikan yang mampu memberi kesan kepada nilai pelaburan mereka.

Dengan pelantikan sebagai kontraktor utama untuk projek pusat data ini, Gamuda bukan sahaja dapat memperkukuhkan lagi kehadirannya dalam sektor kejuruteraan tempatan, malah membuka peluang untuk terlibat dalam projek berteknologi tinggi di peringkat global pada masa akan datang.

Malaysia Airlines dianugerahkan status Syarikat Penerbangan Utama Empat Bintang 2025 daripada Persatuan Pengalaman Penum...
09/11/2024

Malaysia Airlines dianugerahkan status Syarikat Penerbangan Utama Empat Bintang 2025 daripada Persatuan Pengalaman Penumpang Syarikat Penerbangan (APEX).

Ini menjadikan Malaysia Airlines satu daripada 50 syarikat penerbangan global yang menerima pengiktirafan berprestij berkenaan, yang berdasarkan maklum balas neutral sepenuhnya daripada penumpang pihak ketiga yang dikumpul melalui kerjasama APEX dengan TripIt dari Concur.

Lebih daripada 600 syarikat penerbangan di seluruh dunia telah dinilai menggunakan lebih daripada satu juta ulasan penerbangan yang disahkan PNR, meletakkan Malaysia Airlines dalam kalangan lapan peratus syarikat penerbangan terbaik di dunia.

Selain itu Malaysia Airlines juga tersenarai dalam Top 10 Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia dan memperoleh tempat ke-6 untuk Syarikat Penerbangan Terbaik untuk Makanan di Anugerah Pilihan Pembaca Condé Nast Traveller 2024 baru-baru ini.

Diperoleh melalui undian pembaca berdasarkan pengalaman peribadi mereka, anugerah ini membuktikan dedikasi berterusan Malaysia Airlines dalam meningkatkan perkhidmatan dan tawaran dalam penerbangannya.

Pengarah Urusan Kumpulan Malaysia Aviation Group (MAG), Datuk Kapten Izham Ismail, berkata pengiktirafan sebagai Syarikat Penerbangan Utama Empat Bintang APEX 2025 dan sebagai salah satu daripada 10 Syarikat Penerbangan Terbaik di Dunia dan Syarikat Penerbangan Terbaik untuk Makanan mengukuhkan komitmen teguhnya dalam memastikan tahap perkhidmatan dan kualiti tertinggi dalam tawaran serta kepercayaan pengguna terhadap jenama mereka.

"Pencapaian ini tidak mungkin tercapai tanpa dedikasi yang tidak berbelah bahagi daripada ahli pasukan kami yang memastikan setiap aspek dan butiran penyampaian perkhidmatan kami selaras dengan semangat Hospitaliti Malaysia.

"Misi kami adalah untuk terus menetapkan standard yang tinggi dan memastikan pengalaman perjalanan yang melebihi jangkaan, menggabungkan perkhidmatan bertaraf dunia dengan warisan budaya Malaysia yang kaya.

"Kami berterima kasih kepada pelanggan kami atas kepercayaan yang berterusan terhadap Malaysia Airlines," katanya dalam kenyataan hari ini.

Izham berkata, dalam usaha berterusan untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dari hujung ke hujung bagi syarikat penerbangan di bawah Malaysia Aviation Group (MAG), pilihan sokongan inovatif diperkenalkan awal tahun ini, termasuk ciri Sembang Langsung di laman web Malaysia Airlines dan Firefly, mengurangkan kebergantungan kepada saluran suara tradisional.

"Di samping itu, Malaysia Airlines menawarkan perkhidmatan eksklusif untuk ahli Enrich Platinum dan Gold melalui Talian Premier yang didedikasikan, dengan sistem pengurusan hubungan pelanggan (CRM) yang dipertingkatkan, membolehkan agen mendapatkan pandangan 360 interaksi pelanggan untuk memastikan penyelesaian kontak pertama.

"Pendekatan berpusatkan pelanggan ini telah meningkatkan kepuasan dengan ketara, dan syarikat penerbangan ini meraih Anugerah Emas untuk Pengalaman Pelanggan Terbaik di Pusat Hubungan pada Anugerah Kecemerlangan Industri 2024, serta Anugerah Kecemerlangan Digital dalam kategori Pengalaman Pelanggan Pengguna IT di Anugerah Kecemerlangan Digital PIKOM.

"Meneruskan momentum ini, syarikat penerbangan ini juga memperoleh gelaran Pengalaman Jenama Malaysia Tahun Ini (Penerbangan) dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Tahun Ini (Syarikat Penerbangan) di Anugerah Pengalaman Asia 2024 pada bulan Oktober," katanya.

Keputusan kerajaan untuk secara beransur-ansur meningkatkan kadar duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) tidak member...
09/11/2024

Keputusan kerajaan untuk secara beransur-ansur meningkatkan kadar duti eksais ke atas minuman bergula (SSB) tidak memberikan impak besar kepada Nestle (Malaysia) Bhd.

Ia cuma dijangka memberi gangguan yang minimum kerana kebanyakan produk syarikat itu memenuhi had peraturan.

Penganalisis MIDF Research, Eunice Ng berkata, secara khusus, semua produk serbuk mengandungi kurang daripada 33.3 gram (g) gula setiap 100g, dan 97 peratus daripada produk sedia diminum (RTD) berada di bawah had gula yang ditetapkan.

"Pematuhan itu mencerminkan pendekatan proaktif Nestle dalam menyelaraskan diri dengan inisiatif kesihatan peraturan, mengurangkan potensi kos atau tekanan harga yang mungkin menjejaskan portfolionya," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Kerajaan dalam Belanjawan 2025 membuat keputusan untuk secara beransur-ansur meningkatkan kadar duti eksais ke atas minuman bergula sebanyak 40 sen seliter mulai 1 Januari tahun hadapan.

Langkah itu dilihat oleh beberapa pemerhati sebagai kaedah berkesan untuk mengurangkan penggunaan minuman berkenaan.

Mengulas mengenai kenaikan gaji minimum, Ng berkata, Nestle berada dalam kedudukan yang baik untuk menguruskan kenaikan gaji minimum yang disemak semula itu.

Beliau berkata, ini mmandangkan semua pekerja pada masa ini memperoleh gaji melebihi had tersebut (RM1,700).

"Pelarasan itu dijangka tidak memberi kesan kepada pendapatan atau margin keuntungan, membolehkan Nestle mengekalkan komitmennya terhadap pampasan yang adil tanpa menanggung kos tambahan," katanya.

Ng berkata, Nestle turut menjangkakan peningkatan progresif dalam keadaan pasaran menuju 2025, dibantu oleh faktor makroekonomi seperti kenaikan gaji kakitangan awam kerajaan (berkuat kuasa 1 Disember 2024), peningkatan gaji minimum daripada RM1,500 kepada RM1,700 (berkuat kuasa 1 Februari 2025) dan bantuan tunai yang akan datang.

Langkah-langkah itu katanya berpotensi meningkatkan pendapatan boleh guna dalam pelbagai segmen pengguna, menyokong pemulihan permintaan Nestle dan berpotensi membawa kepada trajektori hasil yang lebih sihat menjelang separuh pertama 2025.

Selain itu, kesan boikot juga secara beransur-ansur kembali pulih namun langkah boikot itu sebelum ini memberi kesan ketara kepada prestasi kewangan syarikat dengan keuntungan suku tahunan jatuh di bawah RM100 juta selama dua suku berturut-turut.

"Namun, kami percaya bahawa ekuiti jenama Nestle, khususnya dengan produk utama seperti Milo dan Maggi, menawarkan daya tarikan yang kukuh yang mungkin tidak dapat sepenuhnya ditiru oleh produk alternatif.

"Walaupun sebahagian pengguna telah beralih kepada jenama lain, kami menjangkakan pemulihan secara beransur-ansur apabila pengguna kembali kepada produk Nestle yang dipercayai.

"Pemulihan ini dijangka berlaku secara beransur-ansur dan bukannya pantas, dengan potensi untuk membina semula bahagian pasaran dari semasa ke semasa, walaupun pertumbuhan tinggi mungkin sukar dicapai dalam jangka masa terdekat," katanya.

Peraturan baharu yang dilaksanakan kerajaan ke atas produk v**e dijangka akan memberikan kesan kepada syarikat tembakau ...
09/11/2024

Peraturan baharu yang dilaksanakan kerajaan ke atas produk v**e dijangka akan memberikan kesan kepada syarikat tembakau dan v**e di Malaysia.

Penganalisis CIMB Securities, Yee Sin Seh berkata, jangkaan itu adalah selepas Akta Kawalan dan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang baharu, berkuat kuasa pada 1 Oktober 2024 mengenakan peraturan lebih ketat ke atas produk v**e melalui gabungan langkah segera dan berperingkat.

Beliau berkata, ia membabitkan beberapa perubahan ketara termasuk larangan penjualan dalam talian dan melalui mesin layan diri serta larangan iklan dan penajaan.

Katanya, selain itu, Akta 852 turut menyatakan had kandungan nikotin sebanyak 35 miligram (mg)/ mililiter (ml) akan dikurangkan lagi kepada 20 mg/ml bermula 1 Oktober 2025 serta had maksimum pada jumlah kartrij atau pod boleh guna sebanyak 3ml yang akan dikurangkan kepada 2ml bermula 1 Oktober 2026.

"Kami percaya peraturan baharu ini akan memberi kesan kepada syarikat utama seperti British American To***co (BAT) Malaysia dalam beberapa cara," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut, seorang lagi penganalisis CIMB Securities, Walter Aw Lik Hsin berkata melalui akta itu, saluran jualan dan pemasaran produk v**e akan dihadkan selain perlu melancarkan produk v**e baharu yang selaras dengan peraturan yang dikemas kini termasuk had nikotin.

Beliau berkata, ini kerana memandangkan kebanyakan, jika tidak semua, produk v**e semasa mengandungi 30 mg/ml.

"Kegagalan untuk menangani perubahan ini dengan berkesan boleh memberi cabaran kepada kumpulan untuk meningkatkan sumbangan jualan daripada produk v**e.

"BAT Malaysia sasar tingkat sumbangan jualan v**e daripada sekitar dua peratus pada masa ini kepada sasaran 15 hingga 30 peratus bahagian hasil dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang," katanya.

Sebagai rekod, pendapatan BAT Malaysia meningkat 0.5 peratus tahun ke tahun (yoy) pada suku ketiga 2024 (3Q24) disokong oleh peningkatan jualan v**e.

Walaupun jumlah jualan dalam industri rokok sah mengalami penyusutan disebabkan oleh penurunan bilangan perokok yang beralih kepada v**e, adalah menggalakkan untuk melihat bahawa pendapatan BAT Malaysia bagi sembilan bulan pertama 2024 mencatatkan penurunan lebih perlahan iaitu 0.8 peratus yoy, dan pendapatan 3Q24 meningkat sebanyak 0.5 peratus yoy.

Ini didorong terutamanya oleh peningkatan jualan v**e selepas pelancaran perintis pada Julai 2023 diikuti dengan pelancaran pelbagai format atau variasi baharu pada Oktober 2023, November 2023 dan awal 2024, yang meningkatkan prestasi pendapatan keseluruhannya.

Dalam perkembangan lain, walaupun jualan rokok haram di Malaysia masih tinggi, ia mencatatkan penurunan marginal sebanyak 0.4 peratus suku ke suku kepada 54.8 peratus dalam 3Q24.

Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signi...
09/11/2024

Bursa Malaysia susut di bawah paras sokongan psikologi utama 1,600 apabila pelabur tidak melaksanakan langkah yang signifikan dalam keadaan isyarat lemah daripada Wall Street berikutan pendapatan yang tidak memberangsangkan daripada firma teknologi utama.

Peniaga berkata aliran menurun ini mungkin menarik minat belian semasa harga rendah, dengan indeks utama dijangka bergerak antara 1,600 dan 1,610 hari ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 9.32 mata kepada 1,592.56 daripada 1,601.88 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 10.82 mata kepada 1,591.06.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 295 berbanding 85 manakala 266 kaunter tidak berubah, 1,729 kekal tidak diniagakan dan 30 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 1.46 bilion saham bernilai RM1.29 bilion.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, Microsoft dan Meta mengheret pasaran Amerika Syarikat (AS) berikutan kebimbangan mengenai peningkatan perbelanjaan kecerdasan buatan yang berterusan, walaupun pendapatan mereka melebihi jangkaan.

Pelabur turut menilai data ekonomi AS yang bercampur-campur, dengan pertumbuhan ekonomi maju pada suku ketiga berkembang 2.8 peratus, di bawah unjuran 3.0 peratus.

"Indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi terkini mencapai jangkaan, walaupun impaknya tidak memberangsangkan apabila hasil 10 tahun AS meningkat sedikit kepada 4.282 peratus," kata Thong.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup rendah sedikit, dengan peniaga menjangkakan lebih banyak langkah rangsangan, walaupun isyarat peningkatan ekonomi diperlihatkan dalam Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Oktober China.

"Di dalam negara, kami tertarik dengan penjualan besar-besaran ini daripada dana asing tetapi menjangkakan belian semasa harga rendah akan berlaku sekiranya indeks susut di bawah 1,600.

"Sementara itu, harga minyak sawit mentah mencecah sekali lagi paras tertinggi setakat ini pada tahun ini, melepasi RM4,700 satu tan, walaupun ia masih tidak diberikan perhatian," kata Thong.

Sektor perbankan meneraju penurunan dalam kalangan saham wajaran tinggi, dengan CIMB turun 15 sen kepada RM7.84, Hong Leong Bank susut 42 sen kepada RM20.08, Maybank berkurangan empat sen kepada RM10.46, dan RHB rendah enam sen kepada RM6.35.

Press Metal turun 10 sen kepada RM4.65 dan Tenaga Nasional susut 12 sen kepada RM13.92.

Antara kaunter aktif, Classita naik setengah sen kepada 4.0 sen manakala Silver Ridge dan Alpha IVF masing-masing kekal tidak berubah pada 48 sen dan 34.5 sen.

Elridge Energy menambah satu sen kepada 45 sen dan Maxland turun setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 65.28 mata kepada 12,037.95, Indeks FBMT 100 turun 60.47 mata kepada 11,753.63 dan Indeks FBM Emas Syariah rendah 64.01 mata kepada 12,998.15.

Indeks FBM 70 susut 59.55 mata kepada 17,543.32 manakala Indeks FBM ACE rendah 13.09 mata kepada 4,992.56.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 159.97 mata kepada 18,926.71, Indeks Perladangan turun 0.59 mata kepada 7,253.18 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.93 mata kepada 173.24.

Bagaimanapun, Indeks Tenaga menokok 3.36 mata kepada 838.61. – Bernama

Address

NO 12 KAMPUNG SUNGAI BEDIL BESAR PETRA JAYA
Kuching
93050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Louise Holt posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Louise Holt:

Share

Category