06/04/2026
El Nino Uji Pertanian
Adakah cuaca panas berpanjangan akan menjejaskan bekalan makanan negara?
Mampukah sektor pertanian bertahan apabila sumber air semakin berkurangan dan suhu tanah meningkat?
Persoalan ini akan dikupas secara langsung dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia (SPM) menerusi topik “El Nino Uji Pertanian”, yang bakal menampilkan perkongsian pakar daripada Jabatan Pertanian.
Rancangan ini akan menampilkan YBrs. Tuan Haji Johari bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Pertanian (Pembangunan Industri dan Pengembangan), sebagai panel jemputan bagi membincangkan kesan fenomena El Niño terhadap sektor pertanian dan bekalan makanan negara.
Antara perkara yang akan disentuh termasuk kesan kekurangan air terhadap tanaman, peningkatan kos pengeluaran serta langkah mitigasi kerajaan yang dilaksanakan bagi memastikan pengeluaran makanan kekal stabil.
Orang ramai dijemput menyaksikan siaran ini pada Ahad, 5 April 2026, bermula 8.00 pagi hingga 10.00 pagi menerusi saluran TV1, Berita RTM dan MYTV.
Rancangan ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada cabaran sebenar sektor pertanian, malah membantu masyarakat memahami peranan bersama dalam memastikan keterjaminan makanan negara terus terpelihara.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat penting dan pandangan pakar mengenai fenomena El Niño serta kesannya terhadap masa depan pertanian negara.
YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Datuk Chan Foong Hin 陈泓缣
YBhg Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan