24/12/2022
Resepi Karipap Frozen Rangup
Bahan-bahan
1kg tepung gandum
180g minyak masak
30g marjerin
2 cawan air ais @ 390g (jangan tuang semua)
2 sudu teh garam halus
1 biji telur
1 sudu besar gula
Minyak untuk menggoreng
Cara buat karipap frozen
1. Ayak tepung gandum dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dengan marjerin sehingga berbuih.
3. Tuang minyak di atas tepung dan gaul dengan senduk kayu.
4. Apabila sudah suam, gaul dengan jari sehingga menjadi serbuk roti. Ketepikan.
5. Larutkan air ais bersama garam dan telur. Sebatikan dan tuang sedikit demi sedikit pada tepung.
6. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.
7. Perap selama 15 minit. Timbang doh 20 – 25g setiap doh, gelek dan isikan inti dan kelim.
8. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit. Alaskan plastik dalam bekas sebelum bekukan.
🌸Kami juga menjual Frozen Karipap dengan harga yang sangat berpatutan. Dapatkan sekarang di talian +60 11-1220 7313
Rujukan: https://myresepi.com/resepi-karipap-frozen/?fbclid=IwAR0NLCHWidn0YvCk1QPQZdpBovQ4dcB4a-ywBGhXi_WJjS_jkfYGHFaugWU
Anda mencari resepi karipap frozen? Kami ada kongsikan cara buat yang simple. Boleh gunakan sukatan cawan dan mudah sahaja.