03/01/2023
NAK BERKAWAN BIARLAH IKHLAS
Dear kawan, terima kasih sebab masih stay dengan aku. Aku harap korang bukan macam kawan-kawan yang lain. Susah dicari, senang ditinggalkan. Bila berkawan buatlah cara berkawan, janganlah bila susah baru tercari-cari siapa kawan kau. Hargailah sikit.
Masih adakah orang yang nak berkawan dengan aku? Maaflah, aku tak kaya, tak berduit, takde rupa, pakai apa yang ada, selekeh, serabai, ada yang sudi? Aku dah biasa, hanya dicari bila diperlukan saja. Orang tak nampak pengorbanan kita. Orang tak tahu apa yang kita lalui. Tapi orang cuma nampak salah kita sahaja. Kadang banyak terasa dengan kawan, cuma tak sampai hati nak bagitahu dekat dia. Kenapa? Sebab dia "kawan".
Dah bosan baru cari kita. Dah susah baru nak cari kita. Dah tak ada kawan baru nak cari kita. Apa dia ingat kita ni Google?. Nak berkawan biarlah ikhlas. Bukan pilih yang berduit, famous, hensem, cantik. Nanti bila susah, kawan yang annoying juga yang akan tolong. InsyaaAllah jikalau hidup kita penuh manfaat dengan tulus ikhlas, maka kebahagian dalam bergaul dengan sesiapapun akan terasa nikmat. Kerana tidak mengharapkan sesuatu dari orang lain, melainkan kenikmatan kita adalah melakukan sesuatu untuk orang lain semata-mata kerana ALLAH SWT.